Friday 29 March 2013

My Abah




Handsome tak??? hehehe
Amacam? ada gaya model tak?? hehehe

Sayang Abah!!

*Kalau aku jadi anak laki beliau, mesti aku handsome gak macam beliau. wakakakakak...*Pppaannggg!!!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 27 March 2013

Training CompTIA A+ Certificate

Assalamualaikum w.b.t.

Aku ada apply satu training under MDeC nih tapi tak tau lagi diorang approve ke tak application aku tuh sebab dulu pun aku pernah ambil training under MDeC gak sekali. Sijil dah keluar dah tapi aku tak ambil lagi. Malas bebeno nak pergi ke Technology Park Bukit Jalil tu. Haizzz...

Harap-harap yang ni approve la sebab aku dah boring duduk dekat office ni takde keje. Training yang aku apply tu ialah CompTIA A+ Certificate. Aku nak pergi training ni sebab ia ada kena mengena dengan job scope aku sekarang.

Ni ape yang dia state dalam brochure.

Upon successful completion of this course, participants will be able to: 

identify the components of standard desktop personal com-puters. 
identify fundamental components and functions of personal computer operating systems.
install and configure operating systems. 
identify personal computer security concepts. 
support personal computer security 
support laptops and portable computing devices. 
support printers and scanners.
identify personal computer security concepts. 
support personal computer security

Tengok!! brape banyak perkataan "support" di situ..heheheh

Training ni ambil masa 6 hari jer. So, kalau aku terpilih, memang aku rasa takde masalah boss aku nak kasi aku cuti. Lagipun ramai yang boleh back-up kerja aku kat opis ni. * Pigidah!! Macam la banyak no keje kau kan??

So, aku berharap aku terpilih la untuk join training ni sebab, pertama, training ni FREE!!
Yang kedua, aku DAHAGAKAN ilmu! Hahahahaha!!! Pooodaaahhh!!!



Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 25 March 2013

Oh My Twitter!!!

Dato Fazley Yaakob follow gua la..hihihihihi

Excited + Malu giler...

Excited sebab ade retis fofuler follow twitter aku.

Malu giler sebab aku jarang update twitter. Mende yang dia follow ntah! Hahahaha

Haaa, sesape yang rasa die retis, meh la follow twitter idup segan mati tak mau ni..
hahahahahhaahah

Neway, Thank Dato' Fazley Yaakob..

Bila..Bila April...
Aku menantimu...
Aku Menantimu... 

Yezzaaa....

Thanks for reading =) comment le weyh!

Selamat Hari Polis!!

Assalamualaikum w.b.t..

Lamanya tak menaip..
Tak tau nak taip ape. Idea tu ada tapi macam tak menarik jer.. hehehe

Oh ye! Hari ni merupakan Hari Polis yang ke 206. Memandangkan Abah aku polis, aku rasa hari ni bermakna la jugak dalam hidup aku. Mane tak nye, sepanjang aku tinggal dengan mak bapak aku, ada la jugak beberapa kali aku sambut hari polis ni.

Aku ingat lagi masa family aku menetap dekat Berek Polis Kuala Kangsar dulu, aku tengok pokcik-pokcik polis ni berkawad masa hari polis. Disebabkan aku dah biasa tengok diorang berkawad, aku macam takde respond jer..macam takde la excited mana pun.. Yang aku focus time tu ialah main bersama kawan-kawan.. Mak bapak aku sibuk dengan kawan-kawan diorang, aku, abang dan kawan-kawan sibuk kejar kucing, tangkap berudu, main kereta kebal replika, naik moto polis traffic, jolok buah mangga belakang lokap dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik. So, hari polis tu macam takde makna sangat la...hahaha

Bila dah besar sikit, baru la aku paham apa intipati sambutan hari polis ni....

Biasa la, ada ucapan dari Ketua Polis Daerah, ada kawad perbarisan, ada pertunjukan, makan-makan dan persembahan retis-retis...

Pada hari ni jugak, pokcik-pokcik polis yang naik pangkat akan dikurniakan pangkat tu oleh tetamu VIP yang terlibat. Untuk bekas-bekas polis, atau tokoh-tokoh yang banyak berjasa pada negara jugak akan diberi pingat peringatan bagi menghargai jasa mereka.

Part yang paling boring ialah part speech. Aku memang tak boleh dengar speech ni. Aku akan jadi seperti cacing yang diletak dalam oven. hehehe..Kadang-kadang ada la tokoh-tokoh veteran yang cerita pengalaman diorang jadi polis masa zaman komunis dulu.Yang ni best sebab aku memang suka bab-bab sejarah ni.

Part yang paling best ialah pertunjukan. Pokcik-pokcik polis ni akan buat show seni mempertahankan diri, lawan-lawan la kata omputeh. Pastu show camne nak tangkap penjenayah dan mengesan dadah guna anjing polis yang dah dilatih. Pastu part retis tu kadang-kadang best, kadang-kadang diorang import artis dari lokap jer..Maksudnya, kalau ada banduan yang pandai menyanyi, diorang akan jemput untuk nyanyi pada hari tu. Zaman sekarang aku tak tau la camne. Ada sekali tu, diorang jemput adik Jamal Abdillah nyanyi, sebijik macam suara Jamal. Bapak aku layan abes time tu. Beliau peminat tegar Jamal Abdillah. Hehehe..

Tapi sekarang bila aku dah berjauhan dari mak abah, aku dah jarang pergi celebrate hari polis ni. Aku pun dah tak tau apa aktiviti-aktiviti hari polis sekarang. Tapi aku rasa lagi happening dari dulu kot.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Polis la kepada pokcik dan mokcik polis di Malaysia. Semoga   pasukan polis kita ni ikhlas dan bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara. Aku  sebagai anak polis, berbangga dengan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Aku sedikit kecik hati bila ada orang yang memperlekeh, menghina, mengutuk dan memburuk-burukkan pasukan polis ni. Dalam setandan pisang, takkan semuanya busuk!! Memang ya, kadang-kadang ada polis yang dah mencemar imej kepolisan itu sendiri tapi bukan semua yang macam tu. Macam mana pulak dengan polis-polis yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan keamanan negara? Nyawa diorang tu tak bernilai ke? Kalau takde polis traffic, alamatnya pukul 12 tengahari la baru ko masuk opis. Jangan la disebabkan politik, pasukan polis jadi mangsa. Apa badan-badan beruniform yang lain tu perfect sangat ke?? Haaaa...

Contoh macam kes Lahad Datu nih, korang tak kesian ke tengok famili-famili anggota keselamatan kita yang  terkorban demi mempertahankan negara? Anak-anak jadi yatim, isteri jadi balu, ibu-bapa kehilangan anak menantu.. Hanya keluaga polis je yang tahu macam mana perasaan nervous dan risaunya bila Ayah atau suami mereka ditugaskan menjalankan operasi. Hanya doa untuk keselamatan mereka yang mampu mengiringi pemergian mereka .

Jadi, untuk mereka yang hanya tahu menuding jari sahaja tu, pikir la balik. Yang layak menilai dan menjadi hakim samada tenggungjawab dan amanah yang dipikul itu berkat atau tidak, hanya Allah sahaja. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin.

Jadi akhir kata, Saya Bangga Menjadi Anak Polis!
*Nyanyi lagu Gerak Khas... lalalala~~




Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 22 March 2013

Petanda Awal

Assalamualaikum w.b.t...

Petanda Awal??
Petanda ape??

Petanda awal blog ni bakal bersawang sesawang-sawangnye!!
HAHAHAHAHAHA...

Hmm..Sejak kebelakangan ni, aku macam busy jer...
Macam la banyak sangat keje kan???
Padahal...

Hmm.. Nanti dah ada idea, aku update la ape2 kat blog ni..

Ni pasni nak pergi Putrajaya lagik. Hantar invoice.
Pagi tadi meeting, tak sempat nak breakfast. Lepas meeting baru breakfast. Tu pun dah pukul 12.00 tengahari. Breakfast la sangat!!

So, waktu lunch aku tak keluar. Siapkan invoice. Dato'  suruh hantar hari ni jugak. Mampoih!!
Part aku dah siap! Tunggu part si Safwah je tu.. Perut dah lapor..hmmmm....

Minggu ni jer dah 4 kali kene pergi Putrajaya... Fenat dowh! Dah la boring!!

K, bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 14 March 2013

Nak Kulit Santek??

Assalamualaikum w.b.t.
Morning!! =)

Pagi ni aku panic sekejap sebab tadi adaptor laptop aku gagal berfungsi. Setelah aku ketuk-ketuk, terajang sedas dua, dah okay dah. Aku rasa adaptor ni dah sampai tahap nazak dah kot sebab semalam masa tengah tengok running man, laptop aku padam terus, hanya disebabkan aku terpegang adaptor ni. Ciss!! Terus aku tido sebab fed up.

Ni petanda awal la bahawa poket aku bakal rabak lagi.mueheheheh...

Oh lari topik lagi!!

Ni aku nak story sikit ni, semalam aku pergi pejabat kastam, aku jumpa sorang kakak ni yang mukanya dah lain. Lain?? Lain camne ek??

2 bulan lepas, aku pernah jumpe kakak ni. Masa tu dia pregnant. Semalam, aku pergi kastam, dia dah masuk kerja balik. Tapi wajah dia lagi berseri-seri compare dengan sebelum ni. Belum sempat aku nak kurang ajar tanya dia ade pakai produk ape-ape ke?? dia dah bagitau dulu yang dia ada jual collagen. Hmm..dah agak dah... pink gebu semacam je kulit beliau.

Disebabkan dia dah promote beriya-iya, maka aku yang cepat terpengaruh ni pun laju je setuju nak beli collagen tu kat dia. Nama collagen tu ialah El Marino Blanc, product dari Elken. Akak tu jual kat aku harga ahli iaitu RM198.00. Kalau harga bukan ahli RM200++ kot.

collagen El Marino Blanc

Aku beli collagen ni pun sebab dah terbukti depan mata bila aku tengok kulit akak tu. Sebab tu aku tak teragak-agak nak beli. Aku tengok sekarang ni dekat facebook dah ada macam-macam produk untuk kulit tapi aku tak tau la samada kesahihannya boleh dipercayai atau tak. Sekarang ni kan macam-macam benda orang boleh buat untuk melariskan product diorang. Jadi, aku malas nak percaya sangat.

Berbalik kepada collagen ni, collagen ni membantu kulit kita jadi lagi halus dan berseri. Disebabkan aku ada masalah jeragat kat pipi, maka aku beli la collagen ni. Hopefully jeragat aku hilang pasni. Heheheh..

Ramuan collagen ni:
Maltodextrin, fructose, grape juice powder, strawberry , Collactive (collagen & elastin from fish), cranberry juice powder, raspberry juice powder, blackcurrant, lemon, pineapple, Viqua (pomegranate extract), malic acid, Red Orange Complex (Orange extract), xanthan gum, tricalcium phosphate.

senang citer, ramuan dia penuh dengan extract bua-buahan yang kaya dengan vitamin C. Dan dia ada bau sikit sebab ada elastin ikan. Tapi boleh telan la sebab bau anggur dia lagi kuat. Warna dia pun macam air anggur. Cara makan dia, bancuh je dengan air, pastu telan. Aku minum 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat. Hehehehe.. 

Okay la, aku nak buat kerja. Adios. 
=)


Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 12 March 2013

Garam!!

Assalamualikum...

Selamat Pagi!!
Dah breakfast??

Nak citer sikit, pagi tadi aku breakfast Kuewtiaw Goreng + Telur Dadar.
Bila aku makan telur dadar je, aku rasa masin.
Pastu aku makan kuewtiaw pulak, pun masin.
Aku pelik!!

Selalu aku beli breakfast dekat kedai makan ni, tak pernah masin!
Aku memang pantang kalau makanan aku masin!
Memang aku tak makan la...

Pastu aku perasan ada seketul objek keras macam batu.
CHEH!!!
GARAM!!
Ngeri; ketulan garam yang telah dikeluarkan dari tempat kejadian!

Ni kalau aku tergigit ni, mau trauma seminggu tak makan!!
Mau naik darah tinggi aku nanti!!
Tak sampai setengah portion pun aku makan, terpaksa aku stop sebab aku mengalami mental traumative yang amat sangat bila ternampak seketul garam tu. Haizzzz...

Oh, bila terpikir je pun aku dah rasa nak migrain!
Aku saman makcik yang masak kuewtiaw ni kang!! hahahaha...
Takpe la.. aku redha...

*Over! penyepak kang!!!



Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 8 March 2013

Menarik Ke Tak, Suka Hati Aku Ler..

Assalamualikum w.b.t.
Salam Jumaat =)

Morning!!

Sekarang ni penyakit malas aku makin menjadi-jadi sejak aku copy program variety 'Running Man' dari office mate aku. Bukan setakat satu dua episod jer, ade 132 episod! Jenuh aku nak habiskan! Disebabkan itu, aku menggunakan masa terluang yang ada di office ni untuk menontonnya!! Hahahaha.. siot jer!!

Dan disebabkan itu, aku jadi 'liat' sikit nak update blog.. Takde disiplin betol!! Huhuhuhu..
Dan dikesempatan ini, akan aku rangkumkan segala apa yang terbuku di benak hati ni dalam satu entry jer. Menarik ke tak?? Ntah! Terpulang kepada anda yang membacanya..huhuhuhu...

1) Data Recovery

Setelah berminggu aku bergelut dengan hard disk yang dah nyawa-nyawa ikan ni, akhirnya pagi tadi aku berjaya jugak meng'copy' data-data tersebut ke dalam sebuah hard disk yang jugak penyumbang kepada kelewatan proses tersebut. Pokcik kastam ni nak hard disk yang memory besar jer (2 TB). Tak nak kalah! Tapi data yang nak di backup tu tak sampai pun 130 GB!! Cheh!!! Dah la nak check disk pun makan masa. Tetiba nak ada bad sector la bagai.. tension aku!!

La ni aku tengah buat data recovery untuk satu lagi hard disk. Ntah boleh siap ke tidak hari ni. Kalu aku kene format lagi external harddisk tu, minggu depan la aku sambung. Esok cuti. nak lepak kat rumah layan Running Man!! Oh giler dah!! Ciss!! Tak guna punya Running Man!! =p

 settle dah part ni!! legaaa...

2) Pau Gandum

Masa balik dari kampung haritu, aku singgah dekat R&R Tapah. Dan aku telah terpukau melihat pau gandum yang banyak dijual di situ. Korang pernah try tak?? Cousin aku cakap dekat kedai kek King ada jual. 

 ni la 'rope' pau gandum tu. Yang bintik-bintik macam chicken pox tu gandum.

yang aku makan ni pau daging. 

Aku tertarik melihat keunikan pau ni lantas membelinya lalu memakannya dengan begitu nikmat sekali. Seriously, makan sebiji je dah kenyang. Mungkin sebab dia guna tepung gandum kot. (Ye..ye je aku. Bab-bab masak ni memang failed). 

Dapatkannya di pasaran sekarang!!!

3) Beza Haiwan & Manusia



Gambar ni aku ambil depan office Nana. Ada satu bangkai anjing yang mungkin baru dilanggar. Seekor anjing lagi duduk kat tepi sambil lihat mayat rakannya. Mungkin jugak adik beradik dia sebab kaler sama. Actually ada seekor lagi. Masa aku nak ambil gambar tu, dia dah jalan ke tepi, so, tak masuk frame.

Aku just mampu tengok je la sambil cakap "Kesiannya....". 
Nak angkat bangkai tu ke tepi, memang tak la.. Bukan sebab haram ke hape, tapi aku memang takut anjing. Kalau kucing tu insyaAllah la aku berani sikit nak angkat. Tapi kalau dah teruk sampai terburai isi perut semua, memang tak la. Takut nanti aku pulak yang terkeluar isi perut kat situ. Teruknya aku!!

So, apa beza manusia dengan haiwan?? 
Aku malas nak cerita kat sini, kang masuk sampai kes Pencerobohan Lahad Datu pulak. 
Otak aku ni bukan betul sikit. Pantang ada peluang, mesti nak imagine lebih-lebih.
Korang fikir la sendiri. 

Tapi yang pasti, kalau manusia berada di tempat anjing yang hidup tu, mesti dia akan call polis dan ambulans.

4) Dil Bole Hadippa!!

(Hati Berkata "Horey"... gitu la maksud dia...)
Korang pernah tengok movie 'She's The Man' tak?? 
Ala, cerita pasal sorang gadis yang menyamar jadi budak lelaki untuk join satu pasukan soccer nih. Aku tak kenal pelakon dia tapi okay la cerita tu..

Tapi yang aku nak cerita kat sini ialah She's the man versi Bollywod! Huhuuuuuuuu..

Rani & Shahid kapoor sebagai pemain kriket.

Untuk pengetahuan korang, aku memang kaki Hindustan. Dari kecik dulu aku dah memang gile tengok cerita hindustan. Jadi jangan nak jaki eh!! hehehe

Cerita ni aku dah tengok sampai nak muntah 2 tahun lepas. Masa tu aku lepak kat rumah maksu lepas habis study. Anak-anak Maksu aku replay cerita ni berulang-ulang kali sampai aku naik menyampah la. Hahahah.. Tapi baru-baru ni aku rasa macam rindu pulak nak layan movie ni. Terus aku cari kat Speedy. huhu..

Aku memang minat dengan Shahid Kapoor. Paling gile tengok dia dalam Vivaah dan Jab We Met. Tapi dalam cerita ni, Rani Mukherjee cute sangat. Dia menyamar jadi lelaki singh untuk join pasukan kriket sebab perempuan tak dibenarkan join. Disebabkan dia memang obses gila dengan kriket, dia sanggup buat apa saja demi cita-cita dia. (Ayat tak boleh blah...). Dalam masa yang sama, dia suka dekat Rohan (Shahid) iaitu capten pasukan dia sendiri. Nak tau lebih lanjut, pergi beli sendiri. Takpun cari movie online, takpun tunggu tayang kat TV3. hahahaha..

5) Jambatan Sudah Roboh..Sudah Roboh.. Sudah Roboh...

Last week kecoh pasal jambatan roboh kat Putrajaya tu eh.. 
Nak buek macam mano..dah kena fire dengan Ultraman.. hehehe
Dan minggu lepas jugak masa aku kena pergi pejabat Kastam Putrajaya, sempat la aku ambil gambar ni.. Hmmm..biasa je.. tak kagum sangat pun..



Sebenarnya dah berbulan dah jalan ni kena tutup dan Plus dah buat lencongan. Diorang dah detect yang jambatan ni ada problem. So, dalam masa diorang tengah buat kajian, tetiba jambatan ni roboh.. So, tak payah la nak sibuk-sibuk buat spekulasi. Lain la kalau landasan monorail yang roboh..Haaa, yang tu memang kena buat spekulasi secara besar-besaran. Hahahaha...

Tapi yang aku tak boleh blah ialah gambar-gambar yang tersebar di facebook berkenaan jambatan ni. Memang kelakar giler!!!
kreatif. Hehehehe..
melampau!!! hahaha

Okeh. Time for Running Man!!
Bye =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 6 March 2013

Saya Sayang Emak Saya

Assalamualaikum...

Pernah tak anda rasa STRESS sangat-sangat?
Pernah tak anda rasa SEDIH tapi tak tau nak cerita kepada sesiapa?
Pernah tak anda rasa LONELY walaupun sebenarnya anda mempunyai ramai teman?
Pernah tak anda rasa LOSER kalau nak compare dengan orang di sekeliling anda?

Saya PERNAH!!!

Sehingga pada satu tahap yang saya sudah rasa GIVE-UP dengan diri sendiri!!!

Rasa malas nak buat semua benda,
Rasa nak marah jer,
Sensitive dengan semua perkara
Dan akhirnya saya akan menangis sendiri.... (xmau nangis depan orang. Malu!!)

Pada saat itu, otak saya secara automatiknya akan menyuruh saya ambil handphone, call Emak!!!
Ya, Call Emak!
Walaupun kadang-kadang saya tak mahu menyusahkan Emak, merisaukan Emak...
Tapi saya lebih memerlukan Emak!!
(Sungguh selfish!!)

Dan bila saya ceritakan segala suka-duka saya pada Emak, saya jadi tenang.
Walaupun tidak semua perkara boleh diselesaikan, tapi saya tetap akan rasa tenang.
Rasa jatuh semua beban yang saya pikul sebelum itu.

Itulah kuasa tuhan.
Hanya cuma bercakap dengan Emak, saya rasa semua masalah telah selesai.
Semua penyakit telah sembuh,
Semangat untuk teruskan perjuangan naik semula,
Emak lah pain killer yang terbaik untuk saya.

Terima Kasih Tuhan.
Engkau telah kurniakan satu nikmat yang tidak ternilai buat kami,
Sesungguhnya tiada apa yang lebih bahagia dari mendengar nasihat dan dorongan seorang Ibu,
Walau kadangkala nikmat itu kami perlekeh, pandang ringan, dan anggap tak up-to-date,
tapi seorang Ibu, masih tidak putus asa membimbing dan menegur anaknya agar jadi manusia yang baik.

Terima Kasih Emak,
Saya Sayang Emak Dunia Akhirat,
Saya mohon maaf andai ada salah dan silap yang saya lakukan hingga mengguris hati Emak.
Saya Sayang Emak.
Sayang Abah juga.. =)

Alhamdulillah... Saya kembali tenang...

The best Mum ever, I Love U, Emak =)

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 




Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 4 March 2013

Ramdom 2

Assalamualaikum w.b.t..

Aku tak tau nak update ape..
Blasah la..janji update! huhuhuhu..

1- Aku perasan ada kelainan pada kornea mata aku. Mata aku kaler dark brown gitu.. Jadi, bila ada macam kaler kelabu sikit dekat part atas dia, nampak sangat obvious dia. Aku risau kot-kot nanti dia merebak ke bawah, tak pasal-pasal mata aku jadi kaler kelabu pulak nanti. Untuk menyedapkan hati aku yang memang dah tak sedap ni, aku check mata Nana sekali dan aku tengok dekat mata dia pun ada sikit-sikit tapi tak la obvious sangat macam aku. Aku punya siap ada urat saraf kecik-kecik lagi kat atas dia.Tapi aku tak rasa sakit pun. Penglihatan aku pun normal je walaupun aku memang ada rabun jauh. Semalam aku pergi klinik Mediviron, doktor tu pun macam blurr jer.. Terus dia suruh aku pergi jumpa pakar mata sebab dia pun tak boleh nak buat apa-apa..huhuhuhu..Pagi ni aku gigih google pasal penyakit mata tapi takde pun gejala yang menyerupai keadaan mata aku sekarang. Haizzz.. Ni yang aku tension ni. Bila aku tension, aku tak boleh tido. Bila aku tak boleh tido, aku boleh kena migrain. Bila kena migrain, kena pergi klinik. Haizzz... Ari Khamis ni aku nak pergi klinik lagi,nak buat blood test terus!

2- Hari ni, Nana pakai laptop sebab dia nak buat presentation kat opis dia, so aku tak boleh nak layan Running Man. Muahahahaha...Motif??!!

3- Roadtax kereta aku akan expired pada 17 Mac ni. haizzz.... Baru plan nak beli external hardisk baru! Next month la nampak gayanya...

4- Pasal kes pencerobohan di Lahad Datu tu, aku doakan pasukan keselamatan Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Kepada wira-wira negara yang telah gugur dalam mempertahankan negara, mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh para shuhada. Amin.

5- External hard disk yang baru dibeli oleh member aku telah buat hal. Member aku lupa nak format. Aku nak format balik pun dah hang semacam jer ni.. Kang ada jugak yang kena baling ke luar tingkap kang! Ahhh!! STRESS!!!

6- Sijil training dotNet aku dah siap. Tapi kena pergi ambil sendiri dekat Technology Park Bukit Jalil. Cheh!! Satu kerja pulak nak kena pergi ambil. Post tak boleh ke?? Aku dah la susah nak mintak cuti! Haizzzzzz... Tapi Boss takde minggu ni!! Aha!!! Boleh kot kalau aku ambil AL sehari untuk setelkan kejadah-kejadah semua ni!

7- Aku ada dapat invitation untuk interview dari IBM tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku malas nak pikir. Aku rasa keje aku sekarang dah okay, rumah dekat, tempat kerja Nana pun dekat, transport takde masalah, cuma gaji je.. Hmmm.. Tapi aku bersyukur. Ada orang yang lebih malang nasibnya dari aku. Aku stay dulu kat sini. Kalau Nana dah stabil, boleh berdikari sendiri, insyaAllah aku akan ikhtiarkan macam mana nak improve. Sabr..Sabar..

8- Bila pilihanraya ke 13 akan berlangsung?? Den tak sabar dah nak mengundi nih!! hehehehe



Thanks for reading =) comment le weyh!