Monday 4 March 2013

Ramdom 2

Assalamualaikum w.b.t..

Aku tak tau nak update ape..
Blasah la..janji update! huhuhuhu..

1- Aku perasan ada kelainan pada kornea mata aku. Mata aku kaler dark brown gitu.. Jadi, bila ada macam kaler kelabu sikit dekat part atas dia, nampak sangat obvious dia. Aku risau kot-kot nanti dia merebak ke bawah, tak pasal-pasal mata aku jadi kaler kelabu pulak nanti. Untuk menyedapkan hati aku yang memang dah tak sedap ni, aku check mata Nana sekali dan aku tengok dekat mata dia pun ada sikit-sikit tapi tak la obvious sangat macam aku. Aku punya siap ada urat saraf kecik-kecik lagi kat atas dia.Tapi aku tak rasa sakit pun. Penglihatan aku pun normal je walaupun aku memang ada rabun jauh. Semalam aku pergi klinik Mediviron, doktor tu pun macam blurr jer.. Terus dia suruh aku pergi jumpa pakar mata sebab dia pun tak boleh nak buat apa-apa..huhuhuhu..Pagi ni aku gigih google pasal penyakit mata tapi takde pun gejala yang menyerupai keadaan mata aku sekarang. Haizzz.. Ni yang aku tension ni. Bila aku tension, aku tak boleh tido. Bila aku tak boleh tido, aku boleh kena migrain. Bila kena migrain, kena pergi klinik. Haizzz... Ari Khamis ni aku nak pergi klinik lagi,nak buat blood test terus!

2- Hari ni, Nana pakai laptop sebab dia nak buat presentation kat opis dia, so aku tak boleh nak layan Running Man. Muahahahaha...Motif??!!

3- Roadtax kereta aku akan expired pada 17 Mac ni. haizzz.... Baru plan nak beli external hardisk baru! Next month la nampak gayanya...

4- Pasal kes pencerobohan di Lahad Datu tu, aku doakan pasukan keselamatan Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Kepada wira-wira negara yang telah gugur dalam mempertahankan negara, mari kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh para shuhada. Amin.

5- External hard disk yang baru dibeli oleh member aku telah buat hal. Member aku lupa nak format. Aku nak format balik pun dah hang semacam jer ni.. Kang ada jugak yang kena baling ke luar tingkap kang! Ahhh!! STRESS!!!

6- Sijil training dotNet aku dah siap. Tapi kena pergi ambil sendiri dekat Technology Park Bukit Jalil. Cheh!! Satu kerja pulak nak kena pergi ambil. Post tak boleh ke?? Aku dah la susah nak mintak cuti! Haizzzzzz... Tapi Boss takde minggu ni!! Aha!!! Boleh kot kalau aku ambil AL sehari untuk setelkan kejadah-kejadah semua ni!

7- Aku ada dapat invitation untuk interview dari IBM tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku malas nak pikir. Aku rasa keje aku sekarang dah okay, rumah dekat, tempat kerja Nana pun dekat, transport takde masalah, cuma gaji je.. Hmmm.. Tapi aku bersyukur. Ada orang yang lebih malang nasibnya dari aku. Aku stay dulu kat sini. Kalau Nana dah stabil, boleh berdikari sendiri, insyaAllah aku akan ikhtiarkan macam mana nak improve. Sabr..Sabar..

8- Bila pilihanraya ke 13 akan berlangsung?? Den tak sabar dah nak mengundi nih!! hehehehe



Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment