Monday 25 March 2013

Selamat Hari Polis!!

Assalamualaikum w.b.t..

Lamanya tak menaip..
Tak tau nak taip ape. Idea tu ada tapi macam tak menarik jer.. hehehe

Oh ye! Hari ni merupakan Hari Polis yang ke 206. Memandangkan Abah aku polis, aku rasa hari ni bermakna la jugak dalam hidup aku. Mane tak nye, sepanjang aku tinggal dengan mak bapak aku, ada la jugak beberapa kali aku sambut hari polis ni.

Aku ingat lagi masa family aku menetap dekat Berek Polis Kuala Kangsar dulu, aku tengok pokcik-pokcik polis ni berkawad masa hari polis. Disebabkan aku dah biasa tengok diorang berkawad, aku macam takde respond jer..macam takde la excited mana pun.. Yang aku focus time tu ialah main bersama kawan-kawan.. Mak bapak aku sibuk dengan kawan-kawan diorang, aku, abang dan kawan-kawan sibuk kejar kucing, tangkap berudu, main kereta kebal replika, naik moto polis traffic, jolok buah mangga belakang lokap dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik. So, hari polis tu macam takde makna sangat la...hahaha

Bila dah besar sikit, baru la aku paham apa intipati sambutan hari polis ni....

Biasa la, ada ucapan dari Ketua Polis Daerah, ada kawad perbarisan, ada pertunjukan, makan-makan dan persembahan retis-retis...

Pada hari ni jugak, pokcik-pokcik polis yang naik pangkat akan dikurniakan pangkat tu oleh tetamu VIP yang terlibat. Untuk bekas-bekas polis, atau tokoh-tokoh yang banyak berjasa pada negara jugak akan diberi pingat peringatan bagi menghargai jasa mereka.

Part yang paling boring ialah part speech. Aku memang tak boleh dengar speech ni. Aku akan jadi seperti cacing yang diletak dalam oven. hehehe..Kadang-kadang ada la tokoh-tokoh veteran yang cerita pengalaman diorang jadi polis masa zaman komunis dulu.Yang ni best sebab aku memang suka bab-bab sejarah ni.

Part yang paling best ialah pertunjukan. Pokcik-pokcik polis ni akan buat show seni mempertahankan diri, lawan-lawan la kata omputeh. Pastu show camne nak tangkap penjenayah dan mengesan dadah guna anjing polis yang dah dilatih. Pastu part retis tu kadang-kadang best, kadang-kadang diorang import artis dari lokap jer..Maksudnya, kalau ada banduan yang pandai menyanyi, diorang akan jemput untuk nyanyi pada hari tu. Zaman sekarang aku tak tau la camne. Ada sekali tu, diorang jemput adik Jamal Abdillah nyanyi, sebijik macam suara Jamal. Bapak aku layan abes time tu. Beliau peminat tegar Jamal Abdillah. Hehehe..

Tapi sekarang bila aku dah berjauhan dari mak abah, aku dah jarang pergi celebrate hari polis ni. Aku pun dah tak tau apa aktiviti-aktiviti hari polis sekarang. Tapi aku rasa lagi happening dari dulu kot.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Polis la kepada pokcik dan mokcik polis di Malaysia. Semoga   pasukan polis kita ni ikhlas dan bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara. Aku  sebagai anak polis, berbangga dengan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Aku sedikit kecik hati bila ada orang yang memperlekeh, menghina, mengutuk dan memburuk-burukkan pasukan polis ni. Dalam setandan pisang, takkan semuanya busuk!! Memang ya, kadang-kadang ada polis yang dah mencemar imej kepolisan itu sendiri tapi bukan semua yang macam tu. Macam mana pulak dengan polis-polis yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan keamanan negara? Nyawa diorang tu tak bernilai ke? Kalau takde polis traffic, alamatnya pukul 12 tengahari la baru ko masuk opis. Jangan la disebabkan politik, pasukan polis jadi mangsa. Apa badan-badan beruniform yang lain tu perfect sangat ke?? Haaaa...

Contoh macam kes Lahad Datu nih, korang tak kesian ke tengok famili-famili anggota keselamatan kita yang  terkorban demi mempertahankan negara? Anak-anak jadi yatim, isteri jadi balu, ibu-bapa kehilangan anak menantu.. Hanya keluaga polis je yang tahu macam mana perasaan nervous dan risaunya bila Ayah atau suami mereka ditugaskan menjalankan operasi. Hanya doa untuk keselamatan mereka yang mampu mengiringi pemergian mereka .

Jadi, untuk mereka yang hanya tahu menuding jari sahaja tu, pikir la balik. Yang layak menilai dan menjadi hakim samada tenggungjawab dan amanah yang dipikul itu berkat atau tidak, hanya Allah sahaja. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin.

Jadi akhir kata, Saya Bangga Menjadi Anak Polis!
*Nyanyi lagu Gerak Khas... lalalala~~




Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment