Friday 22 November 2013

Hari Ini Ku Senyum Riang..

 
 
Holaaa.... Semalam parent aku datang, sebab nak tengok 'sarang' baru kitorang..muehehehe..
Ikutkan plan asal, mak aku nak datang minggu depan tapi last minute tukaq plan.. aku nak melompat je semalam bila mak call cakap nak datang.. Ape lagi, sebagai anak yang baik dan suka mengambil kesempatan, maka, aku request mak aku bawak macam-macam dari kampung. Hehehehe..
 
Semalam, lepas habis keje, mak ngan abah tunggu dekat shoplot depan apartment lama yang aku duduk aritu..nyampah aku tengok apartment tu. Teringat kisah durjana yang tuan rumah buat kat kitorang.. Aku ingat sampai bila-bila... Cet!
 
Mak kalau datang mesti tak lupa bawak lauk febret aku... Sambal tumis sotong & rendang pedas puyuh.. Aku suka yang mak aku masak jer.. Orang lain tak mau!! hahaha.. Jadi, semalam, dua kali la aku tambah nasi..memang kedarah habis-habisan..
 
Semalam memang penuh la kereta bapak aku.. Dengan tv nya, besi penyangkut tuala, pinggan mangkuk, buku2 yang aku suruh bawak(konon2 nak study), langsir, beras, extension plug, area tv, blander pun siap beli.. Tudung saji, tempat letak pinggan, senduk, kuali, periuk..tetiba aku rasa macam best gile... Tah hape2..dah keje pun, mak bapak provide kan..hahaha...
 
Aku bukan taknak beli barang2 tu tapi aku selalu pikir, kalau aku beli barang banyak2, nak pindah randah nanti susah... Kalau dah duduk rumah sendiri takpe... Tapi memangdangkan Nana akan stay lama kat 'sarang' baru tu.. maka aku terima je ape2 rezeki yang Allah bagi..Alhamdulillah... Kecil tapak tangan, Stadium bukit jalil cheq tadahkan...hehehehe..
 
Maka, semalam, bermula la sesi mengemas barang2 kat rumah tu.. Pukul berapa ntah semalam baru aku tidur.. Ngantuk jangan cakap la... tapi, walau mata macam dah digam-gam, mulut tetap pot pet pot pet sembang dengan mak..hehe..rindu gile..lama kot tak jumpa..hahaha...Pagi tadi dah rasa macam nak buat2 pengsan jer.. malas giler nak keje.. Tapi memangdangkan boss aku nak buat sales esok, maka ada banyak keje yang aku perlu settlekan..
 
Kene gantung banner,bunting..tag harga baru, lukis gambar ladybird, dan dalam masa yang sama kena layan customer jugak samada yang walk-in mahupun online.. Dah la hari ni kawan aku half day.. tinggal aku terkontang-kanting nak settlekan saki baki..huhuhu..tapi orait la..takde la meroyan aku sorang2 sebab boring..pejam celik je dah kul 7, leh balik..hehehe..
 
ni la akibatnya kalau suruh orang tangan 'pengko' lukis ladybird..
aku dah cakap, xcaye..suruh jugak aku likis ladybird.. lantak le kome..
 
ps: Esok ada sales.. so, sesiapa yang suka dengan produk2 Litte Dje, nantikan pengumukan di FB yer.. jeng..jeng..jeng... moh2 datang reramei kat kedai esok..
 
Yes!! Lagi 3 jam nak balik..muehehehe....
 
 

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 19 November 2013

Prince Frog in Da House!!

 
Citer dah basi..tapi tetap nak post kat blog jugak..hehehehe..
 
Tadaaaaaaa!!!
Prince Frog =)
 
 
aku beli last week lepas balik dari interview dekat Shin Etsu..
Cumel tak??
hehehe
 
Tapi yang OZ punya aku rasa macam malas nak beli je..
Aku nak tunggu Red Riding Hood dengan yang warna hitam tu..ape eh? lupa nama..hehe
 
 
K, bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

Pengalaman Interview 2

 
 
Semalam aku interview dengan Datacom plak.. Position IT helpdesk.. Yang jenis angkat2 call nih.. Aku tak minat sebenarnya..tapi aku cuba jugak pergi..Taknak menyesal di kemudian hari la konon.. Puuihh!! Padahal aku gi pun sebab gaji yang dia offer tu tinggi..dekat 2.5k la gitu.. banyak ke?? Banyak la bagi orang yang gaji kecik macam aku ni.. huhuhu..

Client yang aku perlu serve kalau aku keje kat situ ialah client yang gunakan product HP. Contohnya printer.. dan..printer la!! tu je aku tau..sebut HP je, printer yang muncul dalam palotak aku.. padahal banyak lagi product dia macam desktop, laptop, server..bla..bla..bla.. tapi aku tau printer jer..hahahaha..So, bila dah kene keje dengan organisasi yang besar dan terkenal dan canggih vagai.. maka, proses untuk mendapatkan kerja tu memang leceh dan perlu melalui banyak tapisan la jugak.

Office dia dekat area Damansara. Dekat 1 Tech Park. Punya la jam masa aku nak pergi situ.. Balik pun jam. Tapi nasib baik la aku pergi awal..So aku sampai awal la jugak.. Sampai-sampai je aku terus call person in charge interview aku tu..tapi sampai pukul 10.30 tak sampai. Interview yang dijanjikan ialah pukul 10.00am. (Orang tu memang tak datang keje rupenye. So, interview di 'take over' oleh staff lain).

Ada 3 test yang perlu aku lalui untuk melayakkan aku ke stage interview.

Test 1: Test Bahasa Inggeris. Ada 30 soalan kalau aku tak silap.. Yang ni kertas objective. Kebanyakan soalan nak test tahap grammar la..

Test 2: Typing Test. Dia bagi masa 2 minit, dan aku boleh pilih tajuk ape2 pun yang aku nak taip. Markah lulus adalah 35% (average ketepatan dan kecepatan aku menaip) dan berkat aku belajar menaip laju2 dengan boss aku dulu, dan berkat aku kaki chatting dulu, maka aku lulus dengan markah 40%..wakakaka...janji lepas..

Lepas typing test ni, dia suruh kitorang pergi lunch. Ada lagi 2 orang candidates lelaki yang amik test ni dengan aku. Aku sorang je pompuan.. Tetiba jadi geng..hehehe.. Sambil lepak2 tu aku korek-korek sket ilmu nak troubleshooting ni sebab aku rasa macam diorang terer lagi bab2 teknikal ni dari aku..huhuhu..

Test 3: Test Technical. Ni dia nak tengok sejauh mana kemahiran aku dalam bidang technical. Ada 53 soalan kalau tak silap aku dan soalan-soalannya berkisar tentang komputer, printer, networking, operating system, dan macam-macam lagi kejadah yang aku tak ingat. Aku jawab dengan confident.. Confident je laaa... betul ke tak fedulik ape aku..ahahahaha.. Test ni pun jawab dalam komputer jer..ada 5 jawapan, boleh pilih sampai 3 jawapan.. Tapi kalau kita boleh kecikkan lagi skop jawapan, dapat markah lebih lagi..paham tak?? Dia bukan saja nak tengok kita boleh cari jawapan yang betul, tapi dia nak tengok sejauh mana kita paham soalan dan sejauh mana kita boleh berikan jawapan yang tepat atau hampir tepat.. Ada jugak dia repeat soalan yang sama, jadi dia nak tengok jawapan yang kita bagi tu sama tak dengan jawapan kita sebelum tu.. Kalau tak sama, potong markah. Bagi aku test ni tricky sket dan aku rasa macam menyampah jer...hahahaha

Selepas settle ketiga-tiga test ni, aku dipanggil interview pulak. Pukul 5ptg baru interview.

Interview plak ada 2 orang staff. Macam-macam la soalan diorang tanya related dengan post yang aku mintak tu. Memandangkan aku tak pernah keje bahagian call service ni, maka, banyak la aku tercengang-cengang dengar soalan diorang.. Antara soalan-soalan yang diorang tanya ialah:

1) boleh ke aku handle workload yang banyak?
2) kalau customer call, marah-marah, camne aku nak handle?
3) Boleh tak kalau hari raya pun aku kene keje jugak?
4) Macam mana aku tangani pressure aku?
5) Selalu kalau printer kat opis rosak, atau tak boleh print, ape yang aku akan buat?
6) Kalau aku tak tau nak handle problem customer, ape yang aku akan buat??
7) Pernah tak aku mengalami situasi dimana bila ak try buat sesuatu, dan aku gagal setlekannya, apakah lesson yang aku dapat daripada case tersebut?

Dan bla..bla..bla.. aku tak ingat banyak lagi..dekat setengah jam la aku disoal-siasat. Ada jugak dia tanya soalan2 teknikal dan aku blasah je la jawab.

Seriously, masa dengar diorang citer pasal customer yang call marah2, maki2, dan meninggi suara, aku rasa macam dah tak berkenan dengan keje ni, jadi aku jawab interview pun dah sambil lewa.

Aku malas la nak keje camni..kene maki2 ngan orang. Dah la aku ni sensitip..kang tak pasal2 aku mencarut jer kat orang tu pulak..wakakakakaa.. Hmm.. Aku kalau boleh kali ni nak cari keje tetap yang aku boleh stay lama la.. Taknak la keje kejap2.. Sebab aku rasa kalau aku dah tak tahan dimaki, aku blah je nanti.. So, aku rasa baik tak payah. Gaji banyak, hati tak gumbira pun watpe kan??

Keje mau happy2, baru awet muda.. tak kena cancer, takde darah tinggi.. tak gitu?? hehehe..
Okeh, tadi ada orang call interview lagi.. aku accept je la..Kali ni kat kelana jaya pulak. Lagi satu kat KLIA..aduh..nak g ke tak yang KLIA tu eh??? hmmm pening kepalo den..
Okay bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 12 November 2013

Assignment Received..

 
Alhamdulillah...walaupun dah duduk jauh sket, tapi sampai awal jugak ke opis pagi ni... Mula-mula rasa macam malas je nak keje hari ni.. Badan sakit-sakit.. Semalam mengemas barang-barang, pasang cabinet sampai jari lebam..hmm aku rasa ada urat kat jari yang putus kot so ada darah beku.. Sampai pagi ni sakit lagi.. tapi bengkak dah kurang dah...

Macam biasa la..first time kalau aku masuk rumah/bilik baru, mesti tak boleh tido.. dah dekat nak subuh baru boleh. Semalam pun sama..Tapi kulup (Nana) sebelah aku tu rileks jer..Pukul 11 dah 'lesap' dah..Siap berdengkur bagai..Aku sorang la yang terkedip-kedip mata. Macam-macam bunyi la aku dengar semalam..haizzzz... Balik ni kompom aku pengsan. hahaha...

Disebabkan aku sakit jari (ngade2), maka Nana yang drive. Aku sambung make-up kat sebelah. Takde r jam sangat. Aku keluar rumah pukul 7.45am tadi, sampai TTDI pukul 8.25am.. Sempat la Nana masuk opis dia. Aku masuk kul 9.30 tapi dah alang-alang sampai awal, aku masuk je opis terus. Nasib baik ada kunci.
Oh dasat aku melalut...

Berbalik kepada topic asal... Aku dah dapat assignment dari programmer yang interview aku semalam... Simple je..Aku rasa guna html jer.. Tapi disebabkan aku dah lama tak usik coding, maka, mata aku tetiba je berair masa tengok design yang dia bagi tu..hahahaha..Mata oh Mata..time ni la ko nak ngengada pun kaaannnn???

Hmmm..sempat ke aku nak siapkan jumaat ni??
InsyaAllah..aku akan usaha sehabis boleh..
Dan aku serahkan segala-galanya pada Allah s.w.t.
Biar Dia yang buat keputusan untuk aku.
Kawan-kawan, doakan cheq naaa... =)
K, nak breakfast jap. bye

Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 11 November 2013

Done Interview for Assistant Programmer Post


Alhamdulillah...selesai lagi satu interview... Ni kat One Drop Group.. Post Assistant Programmer.. Ni nak citer sket la pengalaman aku interview tadi..

Company ni senang je nak cari..Same building dgn kwsp shah alam..Lepas tanya Makcik Cleaner, aku dapat tau lokasi sebenar dan terus naik lif ke tingkat 4. Lepas introduce diri aku kat receptionist, dia kasi aku form untuk isi.. Part ni macam kelakar sket la.. Hahahah..

Sebab ape aku cakap kelakar?? Citernye cenggini.. Form tu ada 3 page. 

Page 1: Details aku, working experience & Educational info.
Page 2: Tell us one bad thing that happened to you and what lesson you got from it.. (lebih kurang cenggini la ayat dia.. macam suh buat karangan la..)
Page 3: Huraikan kriteria2 yang perlu anda capai untuk menjadi modal insan yang berkualiti. (300 patah perkataan)

Kat sini je dah bape minit aku spent nak mereka ayat..hahaha..

Dan kebetulan pulak semalam, kitorang baru pindah rumah. Bapak jauh gila dari tempat kerja.. Ni semua gara2 anak tuan rumah aku yang meroyan tahap hmmm... tahap orang bodoh sombong la... Aku malas nak cite lebih2..kang takut mengaibkan dia pulak tapi serius aku tak pernah jumpa orang yang sombong dan bongkak macam dia seumur hidup aku..

Lantak la..malas nak pikir dah..janji rumah baru kitorang cantik, besar, sewa murah dan yang penting aku duk ngan Nana jer.. malas nak ambik orang! Harap2 okay la kali ni..huhu

living room.
toilet master bed room

dapur..

porch

So, berbalik kepada citer interview tadi, aku pun citer la pasal kes pindah mengejut aku tu disebabkan takde perjanjian hitam putih dengan tuan rumah..sebab tu tuan rumah aku cam !@#$%^&* sket..cakap berbelit-belit...sakit nooooooooooo hati ni! dah! lupakan!!

So, pengajaran yang aku dapat, apa2 pun business deal, kena ada agreement officially.
Kelakar pulak bila pikir balik aku tulis benda2 jadah ni dalam application form..hahaha..page 3 aku hentam jer..huhuhu..

Masa sesi interview, aku bagitau secara jujur dengan manager tu tentang pengetahuan dan pengalaman aku dalam bidang programming. Alhamdulillah, dia bagi aku peluang untuk buktikan kesungguhan aku nak keje ngan dia. Dia akan bagi aku homework yang aku kene submit Jumaat nih.. InsyaAllah.. Aku try buat.. Coding guna html, php and MySQL jer.. Tapi disebabkan otak aku dah karat, maka aku akan gunakan kepakaran aku dalam bidang mengcopy paste coding kat internet, tanya kawan2 yang keje programmer dan buku2 programming aku yang akan menjadi sasaran. Aku akan buat bersungguh2 sebab "sungguh-sungguh" adalah salah satu kriteria modal insan yang aku hurai dan goreng2 dalam application form aku tu..huhuhuhu

Gaji tak banyak..tapi lepas tempoh percubaan, naik la sket.. Gaji penting gak bagi aku since aku dah duduk jauh. Minyak tu yang sakit tuuuu... Tapi kalau nak dibandingkan dengan experience, aku rasa experience tu lagi penting. Sape setuju?? Angkat tangan,..hehe

Okay la...aku pening kepala ni.. ni kat rumah Maksu.. kang sat lagi baru balik rumah. Kemas barang2 plak..waduh....fening mak nok...Jangan pitam kang sudah!
K la, nak tengok Upin Ipin jap..hehehee..
Bye.




Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 8 November 2013

Musim Interview Di Hatiku

 
Alhamdulillah..hari ni aku dapt call untuk interview lagi..Kali ni jawatan IT Assistant Officer.. Layak jadi assistant jer..huhuhu.. Gaji yang dia tawarkan starting from 1.8.. okay la.. Ni company buat magnet plak..company dari jepun. Haritu yang MIS Assistant tu kat kilang buat santan..hehehe.. Isnin ni kat One drop perfumes.. Harap2 daripada ketiga-tiga interiew ni, sangkut la satu kat aku..huhuhu.. Tapi One drop macam susah jer sebab dia nak ambil programmer..oppss..pembetulan.. Assistant Programmer..hehehe.. Aku bab-bab programming ni lemoh sket..maklum le..otak dah karat.. hehehe...

Ntah bos kasi cuti ke tak..Isnin ni memang boleh cuti.. Khamis ni aku takut takde orang nak jaga butik.. Tapi Seksyen 26 dekat jer.. Kalau aku lari sekejap pun okay kot..tapi kena maklumkan kat boss dulu la.. Hmm.. dah la boss tak tahu menahu pasal interview nih.. Nak bagitau ke tak ha??? Rasa cam tak sedap ati lak tak bagitau..nanti boss kata ape plak?? haizzzz... nanti la aku pikirkan..huhu..

Ni first time aku ada 3 interview within 2 weeks..  Semua gara-gara aku main apply jer jawatan kosong kat jobstreet tu.. Dulu masa aku perlukan keje sangat2, takde lak diorang call..huhuhu.. Mungkin ada hikmahnya masa tu aku tak dipanggil.. hehe..ape2 pun Alhamdulillah... Aku bersyukur.. Andai ditakdirkan aku takde sangkut kat mana2 pun, aku bersyukur jugak sebab tuhan bagi aku peluang attend interview.. Ni pun pengalaman jugak kan.. =)

hmmm.. tadi aku ada buat logo properties untuk page properties kak wa.. Aku buat cincai jer sebab nak cepat.. gini la ropenyerr... hehehe...
ni kalu mintak post graphic designer kompom failed..hahahaha

Haaa..dah alang-alang aku post gambar kat atas ni, aku promote la sekali.. sape nak beli rumah/ nak view rumah/ nak tanye ape2 pasal real estate, leh call no kat atas ni.. takpun g kat page fb tu ha... malas nk taip..hahaha...
K, bye..

Thanks for reading =) comment le weyh!

Okay, Aku tak Leh Control.. Hello Kitty Ugly Duckling Done!

 
Tadi aku call McDelivery, pesan G-Wrap.. ngan Ugly Duckling sekali...
Bukan aku nak makan sangat pun tp sebab aku nak beli dak hello kitty ni, aku order la jugak..pejam mata...dan dah dapat pun!!!
 



Bentuk kotak dia macam buku...blakang ada citer tak abes..fairy tale la sgt!

Tadaaaa!!
Ni dia Ugly Duckling..chumel tak??
tinggi dia ada la dalam 18cm jerr
 

memang ko duduk la dalam kotak ni..aku takkan bukak punyer..hehehe
 
ok bye.
 

Thanks for reading =) comment le weyh!

Hello Kitty Cute kat McD...

 
Aduiiihhhh. wo..oh...~~ Aku KESAWANAN!!!
 
mau tak sawan?? ce tengok nih!!
 
 
 
Chet!!! dah la cute semuanya.. tp aku xmakan mcD..cane??? hmmm... ke nak suruh nana je belikan???..hahahaha..

Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 7 November 2013

Lepak Selepas Interview

Hoyeayyyy!! Dah lepas interview MIS Assistant...legaaaa... Next interview on Monday.. Assistant Programmer kat One Drop Perfumes plak..huhuhuhu...

Alhamdulillah...urusan interview tadi berjalan dengan mudah walaupun aku dah tersesat jalan tadi..tapi tetap sampai on time.. 15 minit earlier lagih..huhuhu.. Parking pun sonang walaupun kawasan tu macam horror je aku tengok..huhuhu..

Sampai-sampai je, terus diorang panggil aku...dah tau aku nak datang.. diorang mintak la documen2 yang diperlukan, then, terus aku naik jumpe manager. Mula2 ingat dia akan speaking london habis-habisan...rupanya kecek melayu je ngan aku..huhu..mudah keje den... takde r nampak bangang botingkek-tingkek nanti..hehehe

Aku pun sembang2 je la ngan dia.. Dia pun santai jer... Bagi aku, dari segi gaji, benefit dan keje dia agak menarik.. Kalau aku dapat la keje ni, memang aku pergi kot. Tapi sayaratnya kene setuju ngan gaji yang aku letak la...mihmihmih... 

Lepas habis interview, pergi scan ic and lesen pulak. Bapak aku mintak emelkan kat company insurans sebab orang yang aku langgar haritu mintak cover insurans. 

Sian bapak aku tadi call, suara macam serak2 sebab dia tengah batuk. Tolong doakan bapak aku sembuh cepat yea =)

Pastu, aku ambil Kak Wa dekat KTM Batu 3. Terus pergi library Seksyen 13. Aku kena buatkan dia fan page and website untuk project properties kitorang. Banyaknya benda nak buat...pengsan kalu aku kene buat sorang2.. Yang sebelah ni duk main enset jer dari tadi. Tau r enset baru beli! Chet!!

view dari tingkat 2 library...
Dah!! Aku nak balik... Fed-up!!!
p.s: doakan yang terbaik untuk interview aku eh..thank you =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 5 November 2013

Semalam Yang Menggila....

 
Boss aku nak cat kedai dia kat Bukit Subang.. Kira macam kilang la tu.. Maka, habis la dibungkusnya bebarang kat sana, hantar kat kedai yang aku jaga nih..huhuhu..
 
Semalam, adik dia hantar barang2 tu..separuh mampus la aku ngan Sab ngangkutnya naik ke atas (kedai nih kat tingkat atas..). Tumpo bak kata orang Perak..hahahaha... Yang naya tu, adik dia bukan nak tolong pun..dia tolong loading barang dari van ke depan tangga jer..huhu.. deiii!!
 
Lepas tu 2 kali trip plak tuh..ngrrrrr...
 
nih..tangga nih la..haaaa..
brape kali ntah aku ulang alik semalam..

ni sikit jer... banyak aku dah hangkut..
2nd trip punya.. time tu la ada customer pon...huhu

pastu naik balik...

ni yang second trip punya..
first trip dah siap susun..
owh..ini sebahagian jer.. belah tepi berlambak lagi..
kosser nak hambik..
 
Dan semalam aku rasa mulut aku dah berbau darah..hahahaha.. rasa nak muntah ijo, tercabut kepala lutut...semua ada la... huhuhu.. Nasib baik la berdua dengan Sab semalam..kalau sorang, aku suh jer adik boss aku tu angkat.. semalam tak sempat nak mintak tolong, dia dah cabut dengan van dia..hahaha..
 
siap r pas ni...
 
 

Thanks for reading =) comment le weyh!

Sunday 3 November 2013

Yeay!! Dah Ada Geng!!

 
Owh, lupe nak citer...Hari Jumaat lepas, ada sorang budak baru masuk keje skali ngan aku la kat butik ni.. Muda lagi..baru 21 tahun.. Baru pas abes diploma katanya...Okay la kan..ada jugak geng aku kat sini..takde la aku keje sorang2 macam nak pengsan.. Kesian dia.. First day je dah kene hangkut barang naik atas.. Banyak plak tu..huhuhu..Nasib baik ada budak nih..lau tak, mati katak aku nak angkat sorang2..huhuhu..
 
Budak ni okay la.. cepat belajar.. aku ajar sikit jer, dia dah bleh pick-up.. Tapi bab-bab reply email dari customer dia tak berapa mahir lagi.. takpe, bab-bab reply biar akaaaakkkkkkk yang uruskan yer..Adik g layan customer yang walk in jer..huhuhuhu..
 
Semalam aku cuti, ambil Cae dekat KLIA. Balik2 Malaysia jer terus menggagau nak makan Pecel Lele.. Dasar perut jawa betul..hahaha..
 
Okay la, nak sambung keje.. bye..
 
*haizz..ada customer mintak dics lagi..huhu...

Thanks for reading =) comment le weyh!

Interview Lagi....

 
Kelmarin aku dapat call dari satu company nih, dia invite aku untuk attend interview session pada hari Khamis 7hb ni.. Aku ON jerrr...

Kali ni jawatan Management Information System (MIS) Assistant la pulakkk... First time aku dapat offer interview untuk jawatan nih.. Amender JD dia pun aku tak tau memula.. Lepas letak tepon jer, terus aku google pasal company tu & pasal JD jawatan ni. Rupanya lebih kurang macam IT Support gak la.. Orait la kan..janji ada tempias2 IT tu..  Company tu kat Puchong jer.. Dia dah siap emelkan aku maps and application form.

Jadi, ape lagiii... tak reti2 nak study ke Linda oiiiiii???

Hola...Hola... Jangan depa suh aku demo coding sudah... lama dah tak wat menatang2 coding nih..hahaha.. blasah je la...

Selagi ada orang yang sudi menjemput aku untuk interview, aku layan kan jer.. mana tau ada yang lekat dengan gaji yang agak....hmmmm...up sket la kot eh??? hahaha..verangan...

Aku tak kisah.. janji aku nak experience dalam bidang IT yang dah semakin nyawa2 ikan dalam kepala hotak aku nih.. Aku nak asah balik supaya bersinar.. Gaji belakang citer.. Bagi aku, pengalaman tu lagi penting...
Tapi aku dah mula rasa seronok keje kat butik ni....Acaner?????
hehehehe....
Kawan2, doakan aku berjaya yer.... thanks.

Thanks for reading =) comment le weyh!