Thursday 28 February 2013

Aku Dah dapat Duit Br1M

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..rezeki...
Dapat la jugak aku top-up2 duit simpanan aku yang tak seberapa...

Tapi kan, nasib baik aku pergi ambil surat Br1M tu di rumah Maksu semalam. Kalu tak, aku dah terlepas tarikh ambil voucher tu hari ni. Pukul 9 pagi tadi aku mintak izin dekat boss untuk pergi Seksyen 2. Nasib baik la dekat je dekat Seksyen 2. Kalau kat tempat lain, merewang la aku nak cari. Aku bukannye terer sangat jalan-jalan kat sini. Huhuhuhu... Sampai kat sana, dekat 20 minit aku spend untuk cari parking. 5 minit jalan kaki, sampai-sampai dapat nombor 637!!! Hahahha.. Masa aku sampai tu baru nombor seratus lebih. Tapi okay la, cepat je dah sampai giliran aku. Diorang bukak banyak kaunter.

Lepas dapat voucher tadi, terus aku pergi tunai kan dekat Maybank Seksyen 20. Giles ramai betul orang! Aku masuk office balik dalam pukul 12.30 tengahari. Ni time lunch, aku malas nak keluar dah.Huhuhu..

Oh ye, hari ni ada 4 orang datang untuk interview jawatan Electric Technician. Aper citer ntah! Tak sempat nak tanya boss aku lagi. Jumaat depan pun ada lagi interview. Harap-harap Dato' belum buat apa-apa keputusan lagi la. Kalau tak, naya je Encik Tadjul. Siapa Encik Tadjul??? Jeng..jeng..jeng..hehehe..

Okay! Nak layan Running Man.

Si Ixac kena demam denggi la pulak. Kesian pulak aku nak kacau. Ada problem sikit dengan data yang aku dah recover ni. Bila dah transfer ke hard disk, tetap tak boleh baca. Haizzzz... STRESS!!!

bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 27 February 2013

Poning..Poning...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!
Pagi ni aku pening kepala sikit. Mungkin sebab tak cukup rehat kot semalam.
Padan muka aku! Sape suruh layan Running Man lagi!
Haizzz...

Semalam Maksu aku sms bagitau aku yang voucher Br1m aku dah sampai dekat rumah dia. Balik kerja nanti aku singgah sat la kat rumah dia.
Pasai Brim ni kan, aku ada la tertengok berita yang pasai Nik Aziz cakap penerima Brim ni disamakan macam haiwan. Haizzzz..
Aku malas nak pikir pasal hal2 politik ni tapi sebab aku dah ter tahu isu ni, aku nak pikir jugak! Tak kire!

Aku tak faham la kenapa dia boleh buat statement camtu sebab aku tak dengar dari mulut dia sendiri. Mungkin ada salah faham atau dia cakap lain, orang cakap lain. Aku taknak bias mana-mana. Tapi kalau betul la ada manusia yang cakap penerima bantuan brim ni sebagai haiwan, aku rasa macam nak hantuk je kepala dia dekat ponggong lembu. Oh emosi!

Dah kerajaan nak bagi duit, amik je la! Kang tak amik kang, duit tu masuk poket depa plak ye tak?? hehehe..

Lagi satu, dah hang sibuk2 tak puas hati apasal?? ntah2 kaum kerabat hang pun dok apply brim ni jugak. Ke hang pun ada apply tp tak dapat??heh!

Jangan jadi selfish la... tau tak dengan brim ni, boleh bantu mereka-mereka yang memerlukan. Hang dah kaya, tak payah la apply. Bayangkan orang miskin yang kais pagi makan pagi yang susah nak tanggung anak-anak nak sekolah lagi. Tak bermakna mereka yang terima duit bantuan ni pecacai. Tapi tu dah rezeki yang Allah bagi kat depa. hang nak pertikaikan apa plak?? Kalau haiwan, rezeki dia dalam bentuk makanan, rumput ke, pellet ke, air ke.. Bukan duit!!

Aku nak bebel panjang-panjang kang, orang kata aku bias mana-mana pulak. Terpulang la. Mana yang aku rasa aku patut hambik, aku ambik jer! Tu hak aku! Kang diorang guna duit aku untuk perkara-perkara yang tak berfaedah kang, lagi aku sakit hati. Baik aku amik jer. Dan yang paling penting, PRU-13 ni, aku nak mengundi. Tak kire!



Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 26 February 2013

Abang Aku dah Bertunang!!

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku balik kampung dekat Grik sebab abang aku nak bertunang. Jadi, aku ambil cuti hari Jumaat dan Isnin.

Aku bertolak hari Jumaat hari tu dari Shah Alam ke Ipoh, ambil abang aku dulu, balik sekali.

Lepas tu, Mak aku suruh pick up Opah dekat Kuala Kangsar. Lepas tu terus Shoot ke Grik.
Petang la jugak aku sampai. Tension je Mak aku sebab kitorang sampai lambat. Hehehehe..
Sampai je, terus Mak suruh aku bawak dia pergi pasar malam dekat Pekan Grik sebab dia nak buat nasi lemak sikit untuk sarapan esoknya. Abah cakap nak buat doa selamat sikit pagi Sabtu tu. Lepas tu, aku pergi merayau dekat kawasan taman sebab nak cari bunga nak letak dalam tepak sirih. Aku rembat bunga tepi jalan je. hehehe..

Hari Sabtu tu dah ramai sedara-mara dan jiran-jiran terdekat datang makan. Tengahari baru gerak ke rumah bakal tunang abang aku. Nasib baik rumah dia dekat Gerik jugak. Tak la jauh sangat. Anak polis jugak! Huhuhuhu...

okay la, aku malas nak membebel dah. Ni ada sedikit gambar di hari pertunangan beliau..


hantaran dari pihak abang aku 

 hasil gubahan Mak Ngah & Mak Yang aku.

 dalam bilik aku jer diorang lepak. Ni time orang tengah baca doa.

 Mak aku tak jemput ramai orang, so dia buat nasi lemak, bubur kacan dan kuih muih jer.
Oh! kuih tu orang sponsor eh. 

 ni cousin aku. Kitorang sebaya tapi dia dah ada dua orang anak. Aku ada anak tekak je!

kawan-kawan abah 

ni pun kawan-kawan Abah.

 Mak & Aku

 berselerak giles kat blakang tu!

 Nana & Mak

 Yang kanan ni la abang aku. Masa ni tak mandi lagi. Ceh!!!

 antara salah seorang ahli rombongan meminang

 simple je hantaran kitorang. Maklum la, tangan pengkor..

 Mak tengah nak letak cincin dalam bekas cincin. Tak nak letak awal-awal sebab takut cincin jatuh atas rumput katanya..hahahahha

 Abah pulak join mak tolong letak cincin..

tiga dari kiri, wakil belah perempuan..


 Abang aku bertunang setahun. InsyaAllah..

 Hantaran dari pihak perempuan. Jenuh la aku makan coklat. Semalam aku timbang berat, rasa nak pitam tengok berat sendiri! huh!

 Kucing tuan rumah..

nama abang aku Jeffry, nama tunang dia Miza.

 sarung cincin

 serius jer muka mak aku..heheheh

 bakal geng aku nanti..Miza dan aku sebaya. Kitorang kenal masa kerja sekali dekat Ipoh haritu. Aku memang dah kenal sangat la dengan dia so aku tak la kekok sangat dengan dia ni.

 yang paling kiri ni opah aku.solo lagi! hahaha



 yang belakang Nana tu Mak Yang aku, yang baju hijau ni Mak Ngah aku. Belakang tu anak die.

 Mak Ngah & handbag nyer..

 Selamat dah ko jadi tunang abang aku ye!!

 Tere Monkey Gangga..

 malu-malu kucing konon! Blah la!

Abang, takleh ke ko duduk sopan sikit?? haizzz

Okay, sekian dulu waktu ni, aku nak pergi toilet jap. 
Bye!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Kembali Bertugas

Assalamualaikum..

Hari ni aku kembali bekerja setelah 4 hari bercuti di kampung. Lemau betul rasa badan masa nak bangun pagi tadi tapi aku gagahkan jua demi mencari sesuap rezeki. (Ini semua poyoooo~~).

Pagi ni aku check facebook sebab 4 hari tertinggal cerita-cerita sensasi. Antara topik-topik hangat kat facebook aku ialah,

1) Gambar-gambar pertunangan abang aku dah tersebar. =p
2) Isu Brim yang aku sendiri tak paham.Kena angkat sumpah bagai. Yang tak bleh blah tu ada 'orang' yang samakan penerima Brim sebagai haiwan. Oh terhinanya!
3) Gosip retis-retis Malaysia yang aku malas nak ambik tau.
4) Gambar keluarga, anak, kahwin, tunang kawan-kawan yang diupload oleh mereka. (Aku bila pulak??)

dan macam-macam lagi....

Jadi hari ni, aku nak setelkan apa2 yang patut.

Gambar tunang abang aku akan di update kendian.

Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 21 February 2013

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tak sihat hari ni. Semalam aku MC. Ade jerawat dalam telinga! Tah hape-hape jer jerawat ni. Macam takde tempat lain je nak tumbuh. Tak pasal-pasal telinga kanan aku pekak! Ciss!! Tak 'semart' dah! Huhuhuhu...

Hari ni, walaupun pekak, aku tetap datang office. Ada kerja yang perlu di setelkan sebelum aku balik kampung nih! Walaupun pekak, aku tetap happy!! Muahahahaha!

Hoyeay!! Esok balik kampung!!
Sebelum subuh, aku akan bertolak ke Perak!
Excited la pulak nak balik kampung kali ni.
(*macam kan dah lama tak balik jerrrr..padahal baru minggu lepas balik..)

Hopefully kereta tak meragam la.
Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali ye!

Tapi kali ni aku tak mo drive!
Nak suruh Nana jer yang drive!
Aku nak rileks je kat sebelah.
Muakakaka..

okay, nak sambung kerja..

Bye =)
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 15 February 2013

Aku Kena Rampok!

Muahahahhahah..
(gelak pulak! vodo ape??)

Aku bukan kena rampok dengan 44 penyamuunnnnn...
tapi dengan CELCOM!!!

Abes dah duit aku..

Ni broadband la punya pasal!!

Cenggini ceritanya....

Aku ada 1 broadband celcom yang aku beli dari tahun 2009 lagik. Masa tu aku tengah study kat Shah Alam. Aku terbeli broadband tu dekat Plaza Alam Sentral walaupun masa tu aku dah ada satu Broadband Blue Cube. Vodo!!

Ni semua gara-gara promoter broadband yang promote kat aku tu handsome macam pelakon Korea Kim Hyun Joong! Siyes tak tipu!! Masa tu tengah gila Korea. Tanpa ragu-ragu, aku beli broadband tu pakai duit PTPTN dan sampai la aku duduk kat rumah Maksu haritu, aku tak pakai dah sebab aku pakai wifi rumah Maksu. Jadi, bila tak pakai, aku malas nak bayar. Buat ape aku nak bayar?? Aku bukan pakai pun! Ceh! Berlagak!

Padahal, ko pakai ke, tak pakai ke, bil tetap jalan Ngok!!! RM70/monthly. Fix! No bargain!!

Kim Hyun Joong

 promoter Celcom tu yang memang ada iras-iras KHJ
gile simpan lagi gambar ni!

Aku siap bergambar lagi dengan beliau tapi gambar tu tak leh letak sebab aku free hair lagik time tu. So, ada gambar sipi-sipi je sebab ni aku curi-curi tangkap. Dah beli, baru tangkap betul2. Hehehe.Bengong!

*sekarang aku tak minat KHJ dah!! Sebab dia, aku pokai! Huh!!!

Sepanjang 3 bulan aku duduk kat rumah Maksu, aku tak bayar satu sen pun. Malas! Nak potong, potong  la. Ade aku kesah???

Disebabkan aku tak kesah, maka mereka pun terminate la line aku yang bernombor 019214**22 tu tanpa sebarang notis. Notis kejadahnya??? Aku tak update pun alamat terkini aku. Mesti notis tu dihantar ke rumah sewa masa aku study dulu. Muahahahha...

So, tadi, tanpa sebarang notis jugak, customer care center dia dah call aku suruh bayar bill yang tertunggak berjumlah RM235.25. Mane datang jumlah tu ntah!! 25 sen pun ade??? lantak la! Aku malas nak ambil tau! Bayor je la! Kalau dia call aku lagi esok siap la!

Salah aku jugak pun! Apasal bingai sangat tak reti-reti nak terminate sendiri kat Celcom Center kalau dah taknak pakai! Sekarang, fadan la muker.. Hehehhe..

Camne nak balik kampung ni.?? Hoih..Hoih..Abang aku nak bertunang ni hoih!!!

" I want back my money! I need my money! Give me back my money!!!"
  (Dialog Will Smith dalam 'Pursuit of Happyness')

*Cilake punya Celcom! Lain kali call la time aku banyak money!!
Oh! Tiada lagi 'lain kali'.
Thanks for reading =) comment le weyh!

CNY: From Shah Alam to Teluk Intan to Gerik to Kedah

Assalamualaikum...

Hamboih..banyak nye 'to'. Macam orang lain takde 'to' jer...
hohoho..

Ni aku nak citer, mase CNY aritu kan aku balik kampung. Tak plan pun nak balik sebenarnye, tapi lagi dua tiga hari sebelum CNY aritu, si Cae (pakwe Nana) offer nak tumpangkan kitorang balik sebab dia pun nak balik Kedah lepas kenduri Safwah.

Oh ye, lupe nak citer! Hari Sabtu tu ada kenduri officemate aku, Safwah dekat Teluk Intan, Perak. Dah alang-alang pergi Perak tu, baik balik kampung je terus ye tak! Tapi Jammed gile kot masa tu.. Boleh osteoporosis aku duduk dalam kereta. Tapi nasib baik bukan aku yang drive. Si Cae yang drive sebab kereta dia manual. Aku mane reti bawak manual! Muahahaha.. malang betul nasib Cae! Kalau tak, boleh gilir-gilir drive.

So, pagi Sabtu tu, kitorang bertolak dari Shah Alam ke Teluk Intan, tapi sebelum tu, singgah breakfast dulu dekat restoran Ayah Itam. Sembang-sembang sekejap, bla..bla..bla... dekat pukul 12 baru gerak pergi Teluk Intan! 'Sekejap' la sangaaaaaattttttttt!!




cam biase..sebelum bertolak, gile camera dulu.. 

Aku bila dah stuck dalam traffic jam, mula la takde keje lain, membuta je dalam kereta. Malas aku nak tengok kereta-kereta ni beratur. Tah hapa-hapa jer..Tak tau sebab ape, tetibe je jam. Memang la!! Semua nak keluar bercuti ari Sabtu tu! Bila dekat dengan R&R je, mesti jam. Muntah..muntah.. Jadi, sebelum aku muntah dalam kereta, baik aku membuta. Yang si Cae ni tak tau jalan alternatif nak pergi ke Teluk Intan tu. Ayah Itam aku kata, ikut Kuala Selangor, mesti tak jam sangat. Tapi disebabkan tak reti + takut sesat, maka, beliau decide nak ikut Bidor je la.. Lantak la, bukan aku yang drive! 

Yang kelakarnya, kitorang sampai ke majlis kenduri dalam pukul 3 petang gitu. Pengantin pun kitorang tak sempat nak jumpa sebab pengantin dah pergi photoshoot. So, malas nak kacau pengantin. Biar mereka teruskan agenda mereka. Sape suruh datang lambat! Tapi rasa macam VVVVVVIP je datang lambat-lambat gitu... Hehehehe.. Tapi memang dapat layanan VVVVVVVIP pun!!

Mana tak nye, kitorang makan dekat dengan meja pengantin (sebab meja biasa semua dah dikemas),

meja makan beradab pengantin.

Lauk yang dihidang, banyak gile (sebab catering dah kumpul semua baki-baki lauk yang ado dalam tray buffet tu. Kira banyak la untuk kitorang bertiga makan. Boleh cedok lauk sampai tak hengat donia),

meja yang lain semua dah dikemas.

Dilayan oleh mak bapak kepada pengantin sendiri (mak Safwah siap kasi kuih muih sepinggan, siap tapau bawak balik lagi makan dalam kereta),

Lepas dah kenyang macam pacat, pergi masuk dalam rumah posing dekat pelamin pengantin pulak tanpa sebarang rasa malu.
cantik pengapit pengantin ko, Nana..hahahah seksi meh..


ambil badi la konon.. feeling-feeling kenduri korang la konon eh??!!

baju merah ni anak sedara si Safwah.

Lepas tu, pergi masuk rumah, tumpang toilet, siap tengok TV citer Hindustan Veer Zaara (lakonan Shah Rukh Khan & Preety Zinta lagik), gile tak sopan. Hahahaha...

Lepas tu pergi sign guess book sambil rembat coklat dan lolipop yang ado. Lepas tu abang ipar Safwah bagi lagi door gift. Lepas dah puas buat rumah Safwah macam rumah sendirik, lalu kitorang pun mintak izin nak balik. Maka, bermula kembali episod duka dalam hidup Cae. Meredah jam dari Bidor sampai ke plaza tol Kuala kangsar. Dari Kuala kangsar ke Gerik, tak jam dah.Tapi sampai Gerik pun dah dekat pukul 10 malam. 
semak la kalau aku yang duduk kat belakang. Si Dizzy ni pun nak balik kampung jugaakkkk

Esoknya, kitorang membuta sampai pukul 12 tengahari. Lepas tu makan, lepas tu tido balik. Penat la konon!!! Petang tu aku merayap dengan mak aku ke Expo dekat Pekan Grik. Gile murah barang-barang dekat situ. Rabak dompet. Lepas tu aku beli dompet baru. hehehehe...

hari Ahad tu memang kitorang rileks dekat rumah jer la sebab Isnin nak ke Kedah pulak,ada kenduri 2 pupu aku yang aku sendiri tak kenal Muahahah

Hari Isnin, pagi-pagi lagi dah keluar rumah. Abah excited sangat nak pergi kedah. Lama dah tak pergi katanya.. Ye la, dah lama tak jumpa saudara mara dia. Dari Gerik ke Kedah dah dekat sangat dah. Kitorang ikut jalan kampung. Kalau ikut highway, confirm jam sebab semua nak pergi Pulau Pinang nak tengok tarian kuda 'Gangnam Style'. Vodo!

Aku memang suka lalu kat jalan kampung. Kiri kanan ada pokok jer.. Rasa nyaman jer. Rasa kagum je dengan ciptaan Allah s.w.t bila dapat tengok sungai, pokok, gunung-ganang, dan haiwan-haiwan liar yang try nak lintas jalan. heheheh..

Sampai ke Kedah, dalam pukul 11 pagi gitu, singgah dekat rumah Tok Anjang dulu. Semua terkejut 'tanjat boboi' tengok kitorang sebab kitorang dah besar tinggi. Diorang cakap dah 10 tahun tak tengok kitorang. Yeke 10 tahunnnn??? Aku pun dah tak ingat bila last aku pergi kedah. Rasa-rasanya masa form 5 dulu kot last aku pergi Kedah. Baru 9 taunnnnnn....

Nana dan buaian... Tajuk novel terbaruku...puuii!!

Tok Anjang cakap, buaian dekat atas ni Tok Wan (moyang) aku beli masa tahun 1983. Masa ni Mak dan Abah pun belum kahwin lagi. Aku teringat lagi, masa kecik-kecik dulu, kalau pergi ke rumah Tok Anjang ni, buaian ni la yang kitorang terkam dulu. Kalau sampai rumah Tok Anjang pukul 3 pagi, 3 pagi jugak kitorang hayun buai ni sampai nak lerai. Aku dan sepupu-sepupu aku memang obses la dengan buaian ni setiap kali pergi ke Kedah. Memang takde pikir benda lain dah.Boleh bergaduh la kalau tak dapat naik buai ni. Setiap kali hayun, memang tak hengat donia. Rasa nak terbang ke kampung sebelah je. Memang best la time tu. Memang jakun dan tak tahu malu betul!! Hahahahaha.. Sekarang, nak pegang pun aku takut. Macam dah nak reput je. Takde orang main dah buai ni. Tok Anjang dah letak ia di bawah pokok dekat belakang rumah. Sian dia... 

Dear Buai,

Takkan kulupa jasamu,
sebagai penghilang keboringan kami,
tatkala mak bapak kami sibuk sembang dengan adik beradik diorang,
suatu ketika dahulu,

Hanya engkaulah entertainment kami ketika itu,
walaupun rasa macam nak roboh seluruh komponen-komponenmu,
dek kerana beratnya kami,
dek kerana kami hayun sampai tak hengat donia,
namun tatkala mendengar gelak tawa kami
engkau tetap gagahi jua.

Terima kasih buai,
tanpamu kami boring,
tanpamu kami sepi, 
tanpamu kami panas,
sebab Kedah kan panas!

 copyright protected.

gile.. citer pasal buai pun beriya...!

Tapi ramai betul yang buat kenduri masa hari Isnin tu. Kawan aku 3 orang yang ajak aku attend kenduri diorang tapi tak dapek den nak poei..

Yam ajak pergi kenduri cukur jambul anak dia,
Shu ajak kenduri doa selamat dekat Putrajaya,
Budak rumah aku sendiri buat kenduri bertunang dekat rumah sewa kitorang!pun tak pergi!

Kedah jugak yang aku pergi walaupun aku rasa boring tahap gaban tapi aku pergi jugak sebab mak aku paksa pergi. Dia kata dah alang-alang balik tu, pergi la ziarah sanak saudara. Nanti jumpa tepi jalan pun tak kenal. Memang pun! Aku kalau jumpa kawan aku kat tepi jalan pun aku buat tak kenal je. hahahahaha.. tipu!

Hari Selasa, bertolak kembali ke Shah Alam.. Jam jugakkk...
Pukul 11 malam baru samapai ke Shah Alam. Singgah di rumah Maksu jap, ambil kereta. Tak masuk rumah pun, sebab dah lewat. Aku dah mengantuk gile. Fadahalll... aku yang paling lama membuta dalam kereta. Aku bagi alasan dekat Maksu, aku kerja esoknya, jadi nak tidur awal..baeeekkkkkkk punya alasan!!

macam tak percaya je banyak ni je beg yang kitorang bawak balik haritu..haizzzz..
nama lagi tumpang kereta orang.

Minggu depan balik Gerik lagi. Abang aku nak bertunang pulak. Kena ambil cuti ni!!
huhuhu

Bye.





Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 13 February 2013

Brim 2.0

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni best gile pergi kerja tak jammed macam selalu sebab ramai yang cuti lagi.
Over taw!

Okeh, ni emel yang aku dapat tadi pasal Brim2.0 yang aku ada apply aritu. (maklum la, gaji sikit.. =p)



Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,

LULUS

Terima Kasih.

Bilik Operasi BR1M 2.0
Kementerian Kewangan Malaysia
Hotline : 1-800-222-500


dah pastu nak watpe?? Tunggu surat je la kot. Ceh! bagitau la details lagi. Satu keje pulak nak kena call Hotline tu. Haizzz...

Korang yang ada apply, boleh la buat semakan.

Call je nombor hotline tu.
Kalau malu-malu biawak nak call, email je kat sini :  br1m2@treasury.gov.my
bagi no i/c korang jer..


Okeh, nak minum milo jap.
Bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 8 February 2013

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Yeay!! Dapat cuti sampai hari Selasa next week.
Korang camne?? Cuti tak?? Ape plan??

Esok aku akan attend kenduri kahwin officemate aku kat Teluk Intan, Perak.
Lepas tu aku shoot terus ke Gerik, Perak.

Hari Isnin, aku nak pergi ke Kedah pulak, kenduri kahwin anak kepada sepupu bapak aku. Aku pun tak kenal mana satu sebab dah berzaman aku tak pergi Kedah. Last pergi rumah sedara mara dekat kedah tu tahun 2004 kalau aku tak silap. Balik nanti kena tanya balik kat mak aku nama2 tok sedara yang aku kena panggil macam Tok Teh, Tok Anjang, Tok Chik dan macam-macam lagi. Hari tu masa dekat kenduri cousin, nasib baik aku tak kena sekeh dengan Tok Teh sebab aku tak ingat dan tak cam langsung dia. Nasib baik bapak aku bagi hint dekat sebelah. Kalau tak, mesti dah kena dah!! Tu la penangan orang yang tak reti-reti nak ziarah sedara-mara. Bapak aku mesti suspend je time tu.  Takut kena sound tepek dengan pak sedara dia. Hahahahahah...

Dekat rumah mak nanti, aku nak tolong la mak aku buat persiapan untuk majlis bertunang abang aku nanti. Tapi nak buat ape eh?? Macam la aku terer no bab-bab menggubah hantaran ni. Ntah-ntah makan tido jer keje aku kat kampung tu.Huhuhuhu...

Okay la..
Selamat bercuti semua.
Gong Xi Fat Chai kepada rakyat Malaysia.
(Orang Malaysia ni semua perayaan diorang celebrate. Maksud aku, celebrate dalam context  cutiiiiii.... hehehehe)

Bye.

ps: dah receive Slim Swiss Shower Gel tadi. Abang pos laju hantar. Jom sental lemak-lemak yang ado.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 6 February 2013

Macam-Macam Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, blood pressure aku kembali normal pada hari ini sebab gaji aku dah masuk. Huhuhuh.. Sedih!!! Takpe..think positive...
Okay, bila gaji dah masuk! Aku boleh berjimba-jimba!! Muahahahha..

Perkara pertama yang aku buat, aku telah meng'order' satu produk ini iaitu:

The Slim Swiss Aromatherapy Gel Shower 



Tak jadi pulak nak order FIGURE UP CAPSULE.

Slim Swiss ni murah lagi, so aku try yang ni dulu. Ni gara-gara terbaca kat blog Green Apple la ni. Ceh!! Cepat betul aku terpengaruh. Hehehehe.. Takpe..takpe.. ni kalau tak turun jugak aku tak tau la.. Felinna Inchloss pun dah nak licin aku kerjakan. Tapi resultnya macam masih samar-samar je..ehhehehe..
*mane tak nye, dah tiap-tiap hari kedarah nasi goreng tak hengat!!!

Aku harap kali ni, Slim Swiss dapat tolong aku dengan lebih berkesan. Hehehehe...

Kedua, line internet dah okay balik. Aku suruh manager IT betulkan. Ceh!! dia ping ip address aku jer.. pastu restart, trus okay. pastu siap promote window 7 kat aku sebab dia kondem Window XP aku. Hehehe..Aku still pakai XP lagi weyh... hahahahaha... Old Skul la katakan.....

Ketiga, aku tak tau la benda ni klakar ke surius..
Sorang colleague aku dapat surat daripada seseorang yang tak puas hati dengan beliau. Surat tu ditaip dalam notepad dan diletakkan dalam folder sharing kawan aku ni. Dalam surat tu, penulis menyatakan perasaan tidak puas hati kepada kawan aku yang dikatakan bermulut celupar dan suka menjaga tepi kain orang pun adoi. Penulis juga membuat ugutan kepada kawan aku tu. Part kelakar bagi aku, di akhir notepad layang itu, ada surah bagai... Siap main dengan kalimah Allah.  

Kawan aku ni takde syak orang lain dah! Dia syak sorang je musuh dia dalam office ni iaitu seorang engineer yang berbangsa Cina, yang mempunyai awek berbangsa Melayu. Hahaahahahaha... Dan bermacam-macam perkara dan syak wasangka timbul atas alasan berikut:

1- Engineer Cina ni memang dengki kat dia sebab dia suka mengadu dekat boss yang engineer ni tak buat kerja. Lagi satu, company taknak bayar gaji cina ni bulan 12 aritu sebab dia tak buat kerja dan tak masuk office. paperwork pun takder.

2-Si cina ni ade awek Melayu, so, tak mustahil, hadis tu awek dia yang ajar. Lagi satu, bahasa yang digunakan sangat la baku dan skema. Siap taip penuh, no short form! Boss aku siap cakap, dia dah masuk islam kot... Adoyai...

3- Kawan aku ni siap suruh HR check thumb print record untuk hari surat tersebut ditulis. Kalau si cina tu datang pada hari tersebut, kompom dia yang bagi surat layang tu.

Bagi aku la, perkara ni kena siasat betul-betul dulu. Tak boleh main tuduh sembrono jer.. Tak mustahil jugak ada staff bangsa Melayu yang tulis surat tu. Tapi dah disebabkan dia takde musuh lain selain si Cina tu, maka 100% tuduhan dilemparkan pada si Cina tu. Nak cari sumber dari mana surat tu diberikan pun tak boleh sebab dia letak dekat file sharing. Kalau dia hack wifi office ni pun dia boleh hantar. Kat luar office pun dia boleh hantar. 

Surat tu dihantar pada pukul 3 petang, hari Jumaat, 11 Jan 2013... Bulan lepas! Tapi surat tu baru terjumpa hari ni masa kitorang sibuk-sibuk nak set up scanner ke pc kawan aku ni. Dah dekat sebulan. Kawan aku pun tak ingat samada dia ada di office atau buat kerja luar time tu. Aku nak je jadi Detective Conan, tapi masalahnya, aku tak seterer Conan. Huhuhuhuhu... Bilakah misteri ini akan terungkai?? Kita tunggguuuuu...

Aku bagi nasihat kat kawan aku tu supaya ignore je benda-benda remeh ni. Beliau tu dah la nak jadi raja sehari pada hari Sabtu ni. Tak payah la pikir benda-benda bodoh ni. Buat sakit kepala jer.. Enjoy your wedding hokey..!!

So, disebabkan aku nak attend wedding kawan aku ni, aku kena la beli Baju Kurung baru!!! Huahuahua... Jom shopping!!! Oh kasut pun takde ni!! Alamak! Handbag pun!!!

*PPPPAAANGGGGGGGGG!!! seliang hinggap di pipi....

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 5 February 2013

Pagi yang suram


Sakitnya hati bila ada ada orang yang memandai-mandai block ip address aku. Maka, aku tak boleh nak access internet pakai wifi office. Pakai network cable pun tak boleh. Celaka!! Orang lain yang main game Counter Strike, dengan aku-aku sekali tak boleh online. Viva!!! Ko ingat ni opis bapak ko ke??? Bak Kut Teh punye  cilakak!

Siap ko, ada ubi ada bas!!
Hari ni jugak aku cari jalan macam mana nak balas perbuatan dengki khianat ko!!

*Aku online ni pun guna broadband pakai sim card telefon! Ciss!! Yang membuat aku lagi hangin hari ni, gaji aku tak masuk-masuk lagi!! Cilakakkkkk!!!

Sabar..sabar....tarik nafas...fuhhh... dah! aku nak sambung kerja. Kalaulah aku hacker, aku dah hantar virus paling zalim kat laptop si cilakak itu... Ciss!!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 1 February 2013

Dilema.....Minda Kusut!

Assalamualaikum...

Semalam, aku baru dapat bersembang dengan sorang housemate aku ni. Selama aku pindah kat rumah sewa ni, tak pernah lagi aku tegur dia. Tengok muka pun tak pernah! Mane taknye, bila dia balik rumah je, mesti terus masuk bilik. Aku pun memang jenis bangsa tak lepak dekat hall (hall pun takde ape, kalau ada TV, ok la aku nak lepak).Bila dia balik malam dalam pukul 9 or 10 gitu, aku pun mungkin dah terbongkang tidur dalam bilik.

Jadi semalam, aku dapat idea macam mana nak tegur dia. Mula-mula, aku ambil buah limau 3,4 bijik dari sekotak limau mandarin yang bos aku kasi, kendian, aku ketuk pintu bilik dia. Ada la dalam 30 saat cenggitu, baru dia keluar. Nak make-up sket-sket kot.. Aku dengan baju tidur dan rambut  tak sikat ni, selamber jer ketuk pintu bilik orang. Fedulik ape aku..

Pas bagi limau, aku pun 'ayat' la ape-ape yang patut nak bagi dia nyembang dengan aku. Rupa-rupanya, beliau lagi peramah orangnye.. Last-last aku yang diam, angguk-angguk, geleng-geleng jer dengar dia bercakap. Dia tua setahun dari aku, kerja sebagai programmer dekat sebuah universiti swasta yang famous kat Seksyen 13, Shah Alam tu. Siap promote kaw-kaw punya jawatan programmer kat office dia. Dia siap suruh aku bukak website, apply online lagi.. Haizzz...Ini sudah lebehhhh....

Aku ni pantang kalau orang cucuk-cucuk aku suruh apply kerja baru. Kang laju je aku update resume bagai. Padahal kerja kat sini baru je 4 bulan.

Housemate aku tu suruh aku apply jawatan programmer kat tempat dia kerja. Dia cakap office dia memang nak pakai orang. Dan tadi aku bukak website tu, yes, memang dia nak pakai programmer. Tapi requirement dia nak yang ada DEGREE!! Aku degree celah mana?? Diploma pun cukup-cukup makan je. Lagi satu, dia nak yang reti pakai  Apache, MySQL, PHP and JSP. Hadoi laaa... Dah lama dah tinggal menatang-menatang ni. Kalau MySQL tu boleh lagi.. PHP dengan JSP tu yang lemoh tu.. Tapi tak yah pening-pening la... Dah sah-sah aku disqualified sebab aku ade diploma jewwwwwwww...

Pastu dengan kuasa Allah s.w.t, tadi member aku dari Ipoh call. Dia tanya pasal kerja kosong dekat Shah Alam ni. Katanya nak tukar kerja pulak. So, aku bagitau la apa yang housemate aku cerita kat aku tu. Aku siap suruh dia bukak website universiti tu then suruh apply. Kat Air Asia pun aku suruh dia apply. Mungkin percaturan tu dah ditentukan Allah. Aku hanya sebagai medium penyampai berita dan info-info ni untuk dia. Mungkin rezeki dia dekat situ. Dan kalau dia dapat, aku tumpang gumbira.

Berbalik kepada dilema yang sedang dialami oleh aku sekarang. Aku sedang kaji punca dilema aku. Puncanya adalah wang dan kerja.

Yes!

Kerja aku sekarang memang rileks memanjang. Jadi aku punya muka sudah tebal macam itu Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka itu macam aaa... Asyik mentenetkan diri, pastu layan movie. Korang ade??? Aku pun dah tak tau nak cari kerja ape dah. Kawan-kawan aku pun dah takde kerja nak bagi dekat aku. Takde ke komputer yang nak rosak ni?? Haizzz.. Lagipun dah ramai bebeno technician IT kat office aku ni. Nasib baik la aku perempuan, kalau lelaki mesti dah kena perambat pergi Port Klang jugak tengok mesin. Aduhaiii..nasib..nasib..

Gaji tak banyak pun. Nasib baik aku takde hutang kereta or langgan berukben. Hutang PTPTN je. Tu pun culas. Kalau tak, kompom makan maggie tiap-tiap hari. Ini pun nyawa-nyawa ikan. Dah la kos sara hidup kat sini tinggi. Kalau aku boleh buat OT macam technician lelaki tu takpe la jugak. Ni haraaaammmm... Nak claim minyak ngan tol pun aku segan. nanti boss kata berkira sangat. Ciss!! Apasal aku segan ni???

Jadi, bila dah takde kerja, takde maknenya boss kita akan bermurah hati nak naikkan gaji. Aku dapat confirmation haritu pun naik sikit je. Baik tak payah kasi. Ciss!! Aku nak demand pun segan giler sebab takde kerja. Walaupun naik bebepara sen je, tetap aku segan gile nak terima sebab kerja aku rileks je, tapi hujung bulan, gaji masuk!! Oh!! Kenapa aku rasa malu gile nih???

Dan disebabkan dua problema ini je, minda aku dah berada di dalam keadaan yang tertekan. Macam-macam plan aku pikir nak bagi rasa yang aku ni tak la membuang masa sangat dekat office ni.

Mesti ada orang yang cakap aku ni tak bersyukur la,ngada-ngada la...
Adoiii.. Bai!! takyah nak jadi ustaz sangat bleh???

Bukan aku tak bersyukur. Masalahnya sekarang, aku takut duit gaji aku ni tak berkat je bro!! Aku ni dah la nak bagi kat mak bapak aku! Kang aku blasah kang!!

Lagi satu, kalau dah memerap je kat office ni takde buat kerja, kang dalam resume aku nak update ape under "Working Experience"??? Goyang kaki? Buat kerja kerani? angkat telefon? tolong akak cleaner sapu sampah???? Hah??hah???

So, dilema aku sekarang ni camne aku nak setelkan?? Aku nak kena cari kerja lain ke??

Kalau nak cari kerja lain, kena cari dekat area-area Shah Alam ni je sebab aku kan share kereta dengan adik aku. Buat masa sekarang, office kitorang memang dekat-dekat. So, takde masalah kalau nak pergi kerja. Lagipun adik aku masuk pukul 9, aku pukul 8.30. Memang ngam-ngam la. Rumah pun dekat dengan office kitorng.

Kalau aku dapat kerja tempat lain, kan dah jadi satu problem besar punya!!! Aduihh...

Bilik sewa ni pun contract setahun. Kalau aku keluar sebelum setahun, deposit RM500 burn gitu jer...Nak tak nak, memang kena tunggu sampai bulan 1 tahun depan. Takde makne aku nak berlagak kaya nak bagi free je kat orang RM500 tu. Vanyak santek lu punya muka??

Arrgghhhh..Tension!!

Aku nampak 2 solution ni je:

1) Kerja je dulu kat sini at least sampai setahun, pastu cari kerja lain. Fedulikkan je muka yang dah tebal tu. Dalam pada masa yang sama, kumpul duit untuk bayar down payment kereta Myvi! Bila dah ada kereta, senang nak bawa haluan masing-masing. Kereta aku sekarang, (kereta yang Abah beli untuk aku sebenarnya) boleh la aku pass kat Nana pulak.
*(Solution ni macam tak brape boleh pakai sangat aku rase sebab nak memupuk budaya menyimpan tu memang payah bagi aku yang boros ni.Tapi aku cuba)

2)Nana kawen. Lepas dah tanggungjawab aku jaga dia.Hehehehe..Abes citer!

Dah!! nak study ni.
Bye.



Thanks for reading =) comment le weyh!