Wednesday, 27 February 2013

Poning..Poning...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!
Pagi ni aku pening kepala sikit. Mungkin sebab tak cukup rehat kot semalam.
Padan muka aku! Sape suruh layan Running Man lagi!
Haizzz...

Semalam Maksu aku sms bagitau aku yang voucher Br1m aku dah sampai dekat rumah dia. Balik kerja nanti aku singgah sat la kat rumah dia.
Pasai Brim ni kan, aku ada la tertengok berita yang pasai Nik Aziz cakap penerima Brim ni disamakan macam haiwan. Haizzzz..
Aku malas nak pikir pasal hal2 politik ni tapi sebab aku dah ter tahu isu ni, aku nak pikir jugak! Tak kire!

Aku tak faham la kenapa dia boleh buat statement camtu sebab aku tak dengar dari mulut dia sendiri. Mungkin ada salah faham atau dia cakap lain, orang cakap lain. Aku taknak bias mana-mana. Tapi kalau betul la ada manusia yang cakap penerima bantuan brim ni sebagai haiwan, aku rasa macam nak hantuk je kepala dia dekat ponggong lembu. Oh emosi!

Dah kerajaan nak bagi duit, amik je la! Kang tak amik kang, duit tu masuk poket depa plak ye tak?? hehehe..

Lagi satu, dah hang sibuk2 tak puas hati apasal?? ntah2 kaum kerabat hang pun dok apply brim ni jugak. Ke hang pun ada apply tp tak dapat??heh!

Jangan jadi selfish la... tau tak dengan brim ni, boleh bantu mereka-mereka yang memerlukan. Hang dah kaya, tak payah la apply. Bayangkan orang miskin yang kais pagi makan pagi yang susah nak tanggung anak-anak nak sekolah lagi. Tak bermakna mereka yang terima duit bantuan ni pecacai. Tapi tu dah rezeki yang Allah bagi kat depa. hang nak pertikaikan apa plak?? Kalau haiwan, rezeki dia dalam bentuk makanan, rumput ke, pellet ke, air ke.. Bukan duit!!

Aku nak bebel panjang-panjang kang, orang kata aku bias mana-mana pulak. Terpulang la. Mana yang aku rasa aku patut hambik, aku ambik jer! Tu hak aku! Kang diorang guna duit aku untuk perkara-perkara yang tak berfaedah kang, lagi aku sakit hati. Baik aku amik jer. Dan yang paling penting, PRU-13 ni, aku nak mengundi. Tak kire!



Thanks for reading =) comment le weyh!