Friday, 15 February 2013

CNY: From Shah Alam to Teluk Intan to Gerik to Kedah

Assalamualaikum...

Hamboih..banyak nye 'to'. Macam orang lain takde 'to' jer...
hohoho..

Ni aku nak citer, mase CNY aritu kan aku balik kampung. Tak plan pun nak balik sebenarnye, tapi lagi dua tiga hari sebelum CNY aritu, si Cae (pakwe Nana) offer nak tumpangkan kitorang balik sebab dia pun nak balik Kedah lepas kenduri Safwah.

Oh ye, lupe nak citer! Hari Sabtu tu ada kenduri officemate aku, Safwah dekat Teluk Intan, Perak. Dah alang-alang pergi Perak tu, baik balik kampung je terus ye tak! Tapi Jammed gile kot masa tu.. Boleh osteoporosis aku duduk dalam kereta. Tapi nasib baik bukan aku yang drive. Si Cae yang drive sebab kereta dia manual. Aku mane reti bawak manual! Muahahaha.. malang betul nasib Cae! Kalau tak, boleh gilir-gilir drive.

So, pagi Sabtu tu, kitorang bertolak dari Shah Alam ke Teluk Intan, tapi sebelum tu, singgah breakfast dulu dekat restoran Ayah Itam. Sembang-sembang sekejap, bla..bla..bla... dekat pukul 12 baru gerak pergi Teluk Intan! 'Sekejap' la sangaaaaaattttttttt!!




cam biase..sebelum bertolak, gile camera dulu.. 

Aku bila dah stuck dalam traffic jam, mula la takde keje lain, membuta je dalam kereta. Malas aku nak tengok kereta-kereta ni beratur. Tah hapa-hapa jer..Tak tau sebab ape, tetibe je jam. Memang la!! Semua nak keluar bercuti ari Sabtu tu! Bila dekat dengan R&R je, mesti jam. Muntah..muntah.. Jadi, sebelum aku muntah dalam kereta, baik aku membuta. Yang si Cae ni tak tau jalan alternatif nak pergi ke Teluk Intan tu. Ayah Itam aku kata, ikut Kuala Selangor, mesti tak jam sangat. Tapi disebabkan tak reti + takut sesat, maka, beliau decide nak ikut Bidor je la.. Lantak la, bukan aku yang drive! 

Yang kelakarnya, kitorang sampai ke majlis kenduri dalam pukul 3 petang gitu. Pengantin pun kitorang tak sempat nak jumpa sebab pengantin dah pergi photoshoot. So, malas nak kacau pengantin. Biar mereka teruskan agenda mereka. Sape suruh datang lambat! Tapi rasa macam VVVVVVIP je datang lambat-lambat gitu... Hehehehe.. Tapi memang dapat layanan VVVVVVVIP pun!!

Mana tak nye, kitorang makan dekat dengan meja pengantin (sebab meja biasa semua dah dikemas),

meja makan beradab pengantin.

Lauk yang dihidang, banyak gile (sebab catering dah kumpul semua baki-baki lauk yang ado dalam tray buffet tu. Kira banyak la untuk kitorang bertiga makan. Boleh cedok lauk sampai tak hengat donia),

meja yang lain semua dah dikemas.

Dilayan oleh mak bapak kepada pengantin sendiri (mak Safwah siap kasi kuih muih sepinggan, siap tapau bawak balik lagi makan dalam kereta),

Lepas dah kenyang macam pacat, pergi masuk dalam rumah posing dekat pelamin pengantin pulak tanpa sebarang rasa malu.
cantik pengapit pengantin ko, Nana..hahahah seksi meh..


ambil badi la konon.. feeling-feeling kenduri korang la konon eh??!!

baju merah ni anak sedara si Safwah.

Lepas tu, pergi masuk rumah, tumpang toilet, siap tengok TV citer Hindustan Veer Zaara (lakonan Shah Rukh Khan & Preety Zinta lagik), gile tak sopan. Hahahaha...

Lepas tu pergi sign guess book sambil rembat coklat dan lolipop yang ado. Lepas tu abang ipar Safwah bagi lagi door gift. Lepas dah puas buat rumah Safwah macam rumah sendirik, lalu kitorang pun mintak izin nak balik. Maka, bermula kembali episod duka dalam hidup Cae. Meredah jam dari Bidor sampai ke plaza tol Kuala kangsar. Dari Kuala kangsar ke Gerik, tak jam dah.Tapi sampai Gerik pun dah dekat pukul 10 malam. 
semak la kalau aku yang duduk kat belakang. Si Dizzy ni pun nak balik kampung jugaakkkk

Esoknya, kitorang membuta sampai pukul 12 tengahari. Lepas tu makan, lepas tu tido balik. Penat la konon!!! Petang tu aku merayap dengan mak aku ke Expo dekat Pekan Grik. Gile murah barang-barang dekat situ. Rabak dompet. Lepas tu aku beli dompet baru. hehehehe...

hari Ahad tu memang kitorang rileks dekat rumah jer la sebab Isnin nak ke Kedah pulak,ada kenduri 2 pupu aku yang aku sendiri tak kenal Muahahah

Hari Isnin, pagi-pagi lagi dah keluar rumah. Abah excited sangat nak pergi kedah. Lama dah tak pergi katanya.. Ye la, dah lama tak jumpa saudara mara dia. Dari Gerik ke Kedah dah dekat sangat dah. Kitorang ikut jalan kampung. Kalau ikut highway, confirm jam sebab semua nak pergi Pulau Pinang nak tengok tarian kuda 'Gangnam Style'. Vodo!

Aku memang suka lalu kat jalan kampung. Kiri kanan ada pokok jer.. Rasa nyaman jer. Rasa kagum je dengan ciptaan Allah s.w.t bila dapat tengok sungai, pokok, gunung-ganang, dan haiwan-haiwan liar yang try nak lintas jalan. heheheh..

Sampai ke Kedah, dalam pukul 11 pagi gitu, singgah dekat rumah Tok Anjang dulu. Semua terkejut 'tanjat boboi' tengok kitorang sebab kitorang dah besar tinggi. Diorang cakap dah 10 tahun tak tengok kitorang. Yeke 10 tahunnnn??? Aku pun dah tak ingat bila last aku pergi kedah. Rasa-rasanya masa form 5 dulu kot last aku pergi Kedah. Baru 9 taunnnnnn....

Nana dan buaian... Tajuk novel terbaruku...puuii!!

Tok Anjang cakap, buaian dekat atas ni Tok Wan (moyang) aku beli masa tahun 1983. Masa ni Mak dan Abah pun belum kahwin lagi. Aku teringat lagi, masa kecik-kecik dulu, kalau pergi ke rumah Tok Anjang ni, buaian ni la yang kitorang terkam dulu. Kalau sampai rumah Tok Anjang pukul 3 pagi, 3 pagi jugak kitorang hayun buai ni sampai nak lerai. Aku dan sepupu-sepupu aku memang obses la dengan buaian ni setiap kali pergi ke Kedah. Memang takde pikir benda lain dah.Boleh bergaduh la kalau tak dapat naik buai ni. Setiap kali hayun, memang tak hengat donia. Rasa nak terbang ke kampung sebelah je. Memang best la time tu. Memang jakun dan tak tahu malu betul!! Hahahahaha.. Sekarang, nak pegang pun aku takut. Macam dah nak reput je. Takde orang main dah buai ni. Tok Anjang dah letak ia di bawah pokok dekat belakang rumah. Sian dia... 

Dear Buai,

Takkan kulupa jasamu,
sebagai penghilang keboringan kami,
tatkala mak bapak kami sibuk sembang dengan adik beradik diorang,
suatu ketika dahulu,

Hanya engkaulah entertainment kami ketika itu,
walaupun rasa macam nak roboh seluruh komponen-komponenmu,
dek kerana beratnya kami,
dek kerana kami hayun sampai tak hengat donia,
namun tatkala mendengar gelak tawa kami
engkau tetap gagahi jua.

Terima kasih buai,
tanpamu kami boring,
tanpamu kami sepi, 
tanpamu kami panas,
sebab Kedah kan panas!

 copyright protected.

gile.. citer pasal buai pun beriya...!

Tapi ramai betul yang buat kenduri masa hari Isnin tu. Kawan aku 3 orang yang ajak aku attend kenduri diorang tapi tak dapek den nak poei..

Yam ajak pergi kenduri cukur jambul anak dia,
Shu ajak kenduri doa selamat dekat Putrajaya,
Budak rumah aku sendiri buat kenduri bertunang dekat rumah sewa kitorang!pun tak pergi!

Kedah jugak yang aku pergi walaupun aku rasa boring tahap gaban tapi aku pergi jugak sebab mak aku paksa pergi. Dia kata dah alang-alang balik tu, pergi la ziarah sanak saudara. Nanti jumpa tepi jalan pun tak kenal. Memang pun! Aku kalau jumpa kawan aku kat tepi jalan pun aku buat tak kenal je. hahahahaha.. tipu!

Hari Selasa, bertolak kembali ke Shah Alam.. Jam jugakkk...
Pukul 11 malam baru samapai ke Shah Alam. Singgah di rumah Maksu jap, ambil kereta. Tak masuk rumah pun, sebab dah lewat. Aku dah mengantuk gile. Fadahalll... aku yang paling lama membuta dalam kereta. Aku bagi alasan dekat Maksu, aku kerja esoknya, jadi nak tidur awal..baeeekkkkkkk punya alasan!!

macam tak percaya je banyak ni je beg yang kitorang bawak balik haritu..haizzzz..
nama lagi tumpang kereta orang.

Minggu depan balik Gerik lagi. Abang aku nak bertunang pulak. Kena ambil cuti ni!!
huhuhu

Bye.





Thanks for reading =) comment le weyh!