Friday, 15 February 2013

Aku Kena Rampok!

Muahahahhahah..
(gelak pulak! vodo ape??)

Aku bukan kena rampok dengan 44 penyamuunnnnn...
tapi dengan CELCOM!!!

Abes dah duit aku..

Ni broadband la punya pasal!!

Cenggini ceritanya....

Aku ada 1 broadband celcom yang aku beli dari tahun 2009 lagik. Masa tu aku tengah study kat Shah Alam. Aku terbeli broadband tu dekat Plaza Alam Sentral walaupun masa tu aku dah ada satu Broadband Blue Cube. Vodo!!

Ni semua gara-gara promoter broadband yang promote kat aku tu handsome macam pelakon Korea Kim Hyun Joong! Siyes tak tipu!! Masa tu tengah gila Korea. Tanpa ragu-ragu, aku beli broadband tu pakai duit PTPTN dan sampai la aku duduk kat rumah Maksu haritu, aku tak pakai dah sebab aku pakai wifi rumah Maksu. Jadi, bila tak pakai, aku malas nak bayar. Buat ape aku nak bayar?? Aku bukan pakai pun! Ceh! Berlagak!

Padahal, ko pakai ke, tak pakai ke, bil tetap jalan Ngok!!! RM70/monthly. Fix! No bargain!!

Kim Hyun Joong

 promoter Celcom tu yang memang ada iras-iras KHJ
gile simpan lagi gambar ni!

Aku siap bergambar lagi dengan beliau tapi gambar tu tak leh letak sebab aku free hair lagik time tu. So, ada gambar sipi-sipi je sebab ni aku curi-curi tangkap. Dah beli, baru tangkap betul2. Hehehe.Bengong!

*sekarang aku tak minat KHJ dah!! Sebab dia, aku pokai! Huh!!!

Sepanjang 3 bulan aku duduk kat rumah Maksu, aku tak bayar satu sen pun. Malas! Nak potong, potong  la. Ade aku kesah???

Disebabkan aku tak kesah, maka mereka pun terminate la line aku yang bernombor 019214**22 tu tanpa sebarang notis. Notis kejadahnya??? Aku tak update pun alamat terkini aku. Mesti notis tu dihantar ke rumah sewa masa aku study dulu. Muahahahha...

So, tadi, tanpa sebarang notis jugak, customer care center dia dah call aku suruh bayar bill yang tertunggak berjumlah RM235.25. Mane datang jumlah tu ntah!! 25 sen pun ade??? lantak la! Aku malas nak ambil tau! Bayor je la! Kalau dia call aku lagi esok siap la!

Salah aku jugak pun! Apasal bingai sangat tak reti-reti nak terminate sendiri kat Celcom Center kalau dah taknak pakai! Sekarang, fadan la muker.. Hehehhe..

Camne nak balik kampung ni.?? Hoih..Hoih..Abang aku nak bertunang ni hoih!!!

" I want back my money! I need my money! Give me back my money!!!"
  (Dialog Will Smith dalam 'Pursuit of Happyness')

*Cilake punya Celcom! Lain kali call la time aku banyak money!!
Oh! Tiada lagi 'lain kali'.
Thanks for reading =) comment le weyh!