Thursday 28 February 2013

Aku Dah dapat Duit Br1M

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..rezeki...
Dapat la jugak aku top-up2 duit simpanan aku yang tak seberapa...

Tapi kan, nasib baik aku pergi ambil surat Br1M tu di rumah Maksu semalam. Kalu tak, aku dah terlepas tarikh ambil voucher tu hari ni. Pukul 9 pagi tadi aku mintak izin dekat boss untuk pergi Seksyen 2. Nasib baik la dekat je dekat Seksyen 2. Kalau kat tempat lain, merewang la aku nak cari. Aku bukannye terer sangat jalan-jalan kat sini. Huhuhuhu... Sampai kat sana, dekat 20 minit aku spend untuk cari parking. 5 minit jalan kaki, sampai-sampai dapat nombor 637!!! Hahahha.. Masa aku sampai tu baru nombor seratus lebih. Tapi okay la, cepat je dah sampai giliran aku. Diorang bukak banyak kaunter.

Lepas dapat voucher tadi, terus aku pergi tunai kan dekat Maybank Seksyen 20. Giles ramai betul orang! Aku masuk office balik dalam pukul 12.30 tengahari. Ni time lunch, aku malas nak keluar dah.Huhuhu..

Oh ye, hari ni ada 4 orang datang untuk interview jawatan Electric Technician. Aper citer ntah! Tak sempat nak tanya boss aku lagi. Jumaat depan pun ada lagi interview. Harap-harap Dato' belum buat apa-apa keputusan lagi la. Kalau tak, naya je Encik Tadjul. Siapa Encik Tadjul??? Jeng..jeng..jeng..hehehe..

Okay! Nak layan Running Man.

Si Ixac kena demam denggi la pulak. Kesian pulak aku nak kacau. Ada problem sikit dengan data yang aku dah recover ni. Bila dah transfer ke hard disk, tetap tak boleh baca. Haizzzz... STRESS!!!

bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment