Wednesday 6 February 2013

Macam-Macam Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, blood pressure aku kembali normal pada hari ini sebab gaji aku dah masuk. Huhuhuh.. Sedih!!! Takpe..think positive...
Okay, bila gaji dah masuk! Aku boleh berjimba-jimba!! Muahahahha..

Perkara pertama yang aku buat, aku telah meng'order' satu produk ini iaitu:

The Slim Swiss Aromatherapy Gel Shower 



Tak jadi pulak nak order FIGURE UP CAPSULE.

Slim Swiss ni murah lagi, so aku try yang ni dulu. Ni gara-gara terbaca kat blog Green Apple la ni. Ceh!! Cepat betul aku terpengaruh. Hehehehe.. Takpe..takpe.. ni kalau tak turun jugak aku tak tau la.. Felinna Inchloss pun dah nak licin aku kerjakan. Tapi resultnya macam masih samar-samar je..ehhehehe..
*mane tak nye, dah tiap-tiap hari kedarah nasi goreng tak hengat!!!

Aku harap kali ni, Slim Swiss dapat tolong aku dengan lebih berkesan. Hehehehe...

Kedua, line internet dah okay balik. Aku suruh manager IT betulkan. Ceh!! dia ping ip address aku jer.. pastu restart, trus okay. pastu siap promote window 7 kat aku sebab dia kondem Window XP aku. Hehehe..Aku still pakai XP lagi weyh... hahahahaha... Old Skul la katakan.....

Ketiga, aku tak tau la benda ni klakar ke surius..
Sorang colleague aku dapat surat daripada seseorang yang tak puas hati dengan beliau. Surat tu ditaip dalam notepad dan diletakkan dalam folder sharing kawan aku ni. Dalam surat tu, penulis menyatakan perasaan tidak puas hati kepada kawan aku yang dikatakan bermulut celupar dan suka menjaga tepi kain orang pun adoi. Penulis juga membuat ugutan kepada kawan aku tu. Part kelakar bagi aku, di akhir notepad layang itu, ada surah bagai... Siap main dengan kalimah Allah.  

Kawan aku ni takde syak orang lain dah! Dia syak sorang je musuh dia dalam office ni iaitu seorang engineer yang berbangsa Cina, yang mempunyai awek berbangsa Melayu. Hahaahahahaha... Dan bermacam-macam perkara dan syak wasangka timbul atas alasan berikut:

1- Engineer Cina ni memang dengki kat dia sebab dia suka mengadu dekat boss yang engineer ni tak buat kerja. Lagi satu, company taknak bayar gaji cina ni bulan 12 aritu sebab dia tak buat kerja dan tak masuk office. paperwork pun takder.

2-Si cina ni ade awek Melayu, so, tak mustahil, hadis tu awek dia yang ajar. Lagi satu, bahasa yang digunakan sangat la baku dan skema. Siap taip penuh, no short form! Boss aku siap cakap, dia dah masuk islam kot... Adoyai...

3- Kawan aku ni siap suruh HR check thumb print record untuk hari surat tersebut ditulis. Kalau si cina tu datang pada hari tersebut, kompom dia yang bagi surat layang tu.

Bagi aku la, perkara ni kena siasat betul-betul dulu. Tak boleh main tuduh sembrono jer.. Tak mustahil jugak ada staff bangsa Melayu yang tulis surat tu. Tapi dah disebabkan dia takde musuh lain selain si Cina tu, maka 100% tuduhan dilemparkan pada si Cina tu. Nak cari sumber dari mana surat tu diberikan pun tak boleh sebab dia letak dekat file sharing. Kalau dia hack wifi office ni pun dia boleh hantar. Kat luar office pun dia boleh hantar. 

Surat tu dihantar pada pukul 3 petang, hari Jumaat, 11 Jan 2013... Bulan lepas! Tapi surat tu baru terjumpa hari ni masa kitorang sibuk-sibuk nak set up scanner ke pc kawan aku ni. Dah dekat sebulan. Kawan aku pun tak ingat samada dia ada di office atau buat kerja luar time tu. Aku nak je jadi Detective Conan, tapi masalahnya, aku tak seterer Conan. Huhuhuhuhu... Bilakah misteri ini akan terungkai?? Kita tunggguuuuu...

Aku bagi nasihat kat kawan aku tu supaya ignore je benda-benda remeh ni. Beliau tu dah la nak jadi raja sehari pada hari Sabtu ni. Tak payah la pikir benda-benda bodoh ni. Buat sakit kepala jer.. Enjoy your wedding hokey..!!

So, disebabkan aku nak attend wedding kawan aku ni, aku kena la beli Baju Kurung baru!!! Huahuahua... Jom shopping!!! Oh kasut pun takde ni!! Alamak! Handbag pun!!!

*PPPPAAANGGGGGGGGG!!! seliang hinggap di pipi....

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment