Thursday 14 March 2013

Nak Kulit Santek??

Assalamualaikum w.b.t.
Morning!! =)

Pagi ni aku panic sekejap sebab tadi adaptor laptop aku gagal berfungsi. Setelah aku ketuk-ketuk, terajang sedas dua, dah okay dah. Aku rasa adaptor ni dah sampai tahap nazak dah kot sebab semalam masa tengah tengok running man, laptop aku padam terus, hanya disebabkan aku terpegang adaptor ni. Ciss!! Terus aku tido sebab fed up.

Ni petanda awal la bahawa poket aku bakal rabak lagi.mueheheheh...

Oh lari topik lagi!!

Ni aku nak story sikit ni, semalam aku pergi pejabat kastam, aku jumpa sorang kakak ni yang mukanya dah lain. Lain?? Lain camne ek??

2 bulan lepas, aku pernah jumpe kakak ni. Masa tu dia pregnant. Semalam, aku pergi kastam, dia dah masuk kerja balik. Tapi wajah dia lagi berseri-seri compare dengan sebelum ni. Belum sempat aku nak kurang ajar tanya dia ade pakai produk ape-ape ke?? dia dah bagitau dulu yang dia ada jual collagen. Hmm..dah agak dah... pink gebu semacam je kulit beliau.

Disebabkan dia dah promote beriya-iya, maka aku yang cepat terpengaruh ni pun laju je setuju nak beli collagen tu kat dia. Nama collagen tu ialah El Marino Blanc, product dari Elken. Akak tu jual kat aku harga ahli iaitu RM198.00. Kalau harga bukan ahli RM200++ kot.

collagen El Marino Blanc

Aku beli collagen ni pun sebab dah terbukti depan mata bila aku tengok kulit akak tu. Sebab tu aku tak teragak-agak nak beli. Aku tengok sekarang ni dekat facebook dah ada macam-macam produk untuk kulit tapi aku tak tau la samada kesahihannya boleh dipercayai atau tak. Sekarang ni kan macam-macam benda orang boleh buat untuk melariskan product diorang. Jadi, aku malas nak percaya sangat.

Berbalik kepada collagen ni, collagen ni membantu kulit kita jadi lagi halus dan berseri. Disebabkan aku ada masalah jeragat kat pipi, maka aku beli la collagen ni. Hopefully jeragat aku hilang pasni. Heheheh..

Ramuan collagen ni:
Maltodextrin, fructose, grape juice powder, strawberry , Collactive (collagen & elastin from fish), cranberry juice powder, raspberry juice powder, blackcurrant, lemon, pineapple, Viqua (pomegranate extract), malic acid, Red Orange Complex (Orange extract), xanthan gum, tricalcium phosphate.

senang citer, ramuan dia penuh dengan extract bua-buahan yang kaya dengan vitamin C. Dan dia ada bau sikit sebab ada elastin ikan. Tapi boleh telan la sebab bau anggur dia lagi kuat. Warna dia pun macam air anggur. Cara makan dia, bancuh je dengan air, pastu telan. Aku minum 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat. Hehehehe.. 

Okay la, aku nak buat kerja. Adios. 
=)


Thanks for reading =) comment le weyh!

1 comment:

  1. As salam..ada no fon akk yg jual collagen ni x...sy pn nk cri stokis area putrajaya...tq

    ReplyDelete