Thursday 8 November 2012

Tenggiling Aku Over Heat..

Assalamualaikum..
Pagi ni aku rajin sikit nak update blog sebab rasa macam dah berkarat lama tak update.

So, pagi ni aku mulakan dengan topik pasal kereta aku yang aku panggil 'Tenggiling'. Hehehe..

Last week, masa aku balik kampung sebab mak aku nak pindah, terjadi satu kejadian yang memang aku tak ingin nak lalui sepanjang hidup aku. Tapi terjadi jugak pada hari Sabtu lepas. Dan pengalaman itu akan menjadi pengajaran, pedoman dan kenangan yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku InsyaAllah..

Meh sini aku nak cerita..

Masa aku nak balik kampung haritu, aku dah check dah kereta aku. Minyak hitam okay, air kurang, jadi aku tambah. Done!!

Aku tak sempat nak hantar service sebab aku balik mengejut je. Cadangnya nak balik malam Jumaat tu jugak tapi Mak aku tak kasi sebab dia risau kalau jadi apa-apa kat kitorang sebab balik malam ni 'bahaya' sikit. Huhuhu...Memang kuat instinct Mak ni... Okay. Aku cancel. Balik pagi Sabtu la konon.. Budget nak balik lepas subuh, tapiiiii... takde maknenye!! Korang paham-paham je la...

So, dalam pukul 9.00 pagi, aku gerak dari Shah Alam ke Ipoh. Nak singgah kat rumah abang aku dulu, nak ambil barang-barang yang aku tak sempat ambil masa pindah Shah Alam hari tu.

On da way tu, kitorang singgah berhenti rehat dekat Tapah sekejap. Bantai KFC Snack Plate, pastu jalan-jalan jap, usya snek-snek, pergi toilet, gedebak-gedebuk dekat sejam jugak la kitorang lepak kat R&R tu sebab nak bagi enjin kereta sejuk sikit.

Lepas tu, kitorang teruskan perjalanan ke Ipoh. Lagi 5km nak sampai Plaza Tol Ipoh Selatan, aku baru terperasan yang meter temperature dah naik dekat nak sampai kaler merah means dah panas sangat la tu! Nasib baik aku jeling meter kat dashboard tu sebab aku dah tak sedap hati. Masa tu Nana yang drive. Dia tu kalau dah drive, bukan reti nak tengok-tengok meter kat dashboard tu. Main bawak jer...

Nasib baik aku tak tidur masa tu. Aku tergerak nak jeling meter tu pun sebab aku dengar bunyi tali kipas macam kuat sangat. Masa tu tengah daki bukit..Nana rileks lagi..

Aku: Nana, ko ada dengar bunyi tali kipas tak?? Macam kuat sangat je bunyi dia.

Nana: Ala, biasa la bunyi tu... Aku pergi kerja pun selalu dengar bunyi tu...

Aku: Yeke??? Tapi ko pergi kerja mana ada bukit. Ni tengah naik bukit. Aku tak sedap hati ni. 

pastu terus aku jeling meter temperature tu. Terkejut Babun aku time tu. Terus suruh dia berhenti serta-merta dekat tepi highway tu. Terus aku tekan switch lampu hazard. Gila!! Nasib baik aku sedar awal.

To Nana: 'Biasa' Korak Mu!!! Hahahahahahaha

Masa ni berhenti tepi highway.. Betul-betul tepi highway.. Tak sempat nak sampai plaza tol dah. Aku rasa macam kereta aku nak terbang je masa lori besar-besar lalu kat sebelah

Masa ni aku rasa macam nak nangis dah tapi aku control lagi.Aku tengok Nana rileks jer.. 
Aku bukak bonet kereta pun dah ada asap sikit-sikit masa tu. Nasib baik sikit je asap dia. Sebab aku cepat sedar. Aku bukak tangki air, tengok air dah kering. Pastu aku suruh Nana call Abah. Sebab kitorang blurr tak tau nak buat apa.

Aku pulak bangang! Dah tau nak jalan jauh, tak reti-reti nak spare bawak air untuk tangki kereta. Confident je balik cenggitu. Lain kali spare je air dalam bonet kereta. kalau tak guna untuk tangki pun, at least boleh guna untuk basuh tangan kalau makan pizza dalam kereta. Eh??

Berbalik pada citer tadi..

Abah suruh aku biar sejuk dulu enjin, then jalan balik. Siyes aku tak berani!!
Masa tu aku nak pergi telefon Plus jer. Siap nak guna phone kecemasan yang kat tepi highway tu..Tak terpikir pulak aku dekat tiket tol tu ada no phone Plus. Gigih jugak nak jalan kaki kat phone tu. baru beberapa langkah, aku patah balik sebab aku tak berani. Bila aku jalan jer, orang hon-hon aku. Masa tu aku takut kalau-kalau orang culik aku pulak (Blah la! Sape nak culik hang!). Cancel! Terus pusing balik. Hahahaha... Pastu menung dalam 15 minit tepi jalan sambil berdoa supaya Allah turunkan pertolongan kepada kami.

Abah cakap, peronda Plus akan meronda kat situ, jadi tunggu je la.. So, kitorang pun tunggu je la..Redho..Pasrah!,cabut-cabut rumput dulu.. Dah la panas terik masa tu. Memang terbakar la kulit aku. Aku taknak tunggu dalam kereta. Bahaya. Cuak aku tengok lori-lori besar lalu sebelah. Huh!

Pastu keajaiban berlaku..Hehehehe..

Ada 2 peronda plus lalu.. Satu kat seberang jalan, satu lagi dekat sebelah jalan aku ni. (apa punya explaination ni??ahh..paham-paham sendiri la..). Pastu ade Tow truck satu berhenti kat kitorang jugak.

padahal kitorang takde call sesape pun. Mungkin ada insan yang baik hati telefonkan peronda plus ni untuk kitorang. (Yeke??). Kalau ada, Alhamdulillah, ada jugak yang sudi nak tolong. Kalau takde, aku budget Plus ada pasang CCTV dekat gunung kat sebelah tu. Hehehehe...


Brader Plus ni towing kereta kitorang sampai Plaza Tol Ipoh Selatan. Best woo naik kereta kene tow. Wkakakaka... Brader ni cakap mungkin gasket dah terbakar. Ape bende menatang gasket tu?? Macam la aku tau!!

Oh ye! FYI, kalau peronda Plus yang towed kereta kita, dia takkan mintak bayaran ye! Free of charge! So, kalau ade peronda Plus yang mintak bayaran, kasi lempang sedas! Hehehehe... Dah orang tolong pun nak lempang. hehehehe

Nasib baik free. Sebab setau aku, kalau kereta kene tarik dengan tow truck, bayaran dia... perghh..marvellous, bombastic, plastic! Kalau takde seratus dalam tangan, takyah berangan! Tido la kat tepi highway tu sampai duit turun dari langit! hehehe

Tapi ada sorang brader ni, Melayu, dia offer nak tow kereta aku sampai rumah Abang aku dekat Jelapang. Mula-mula aku taknak layan. Gigih nak suruh abang aku datang. Padahal, kalau dia datang pun bukan boleh buat apa. Nama je Abang! Tapi bab-bab kereta ni 2x5 dengan aku jer. 

Dah brader tu asyik menempek je, aku pun tanya la...

Aku: Kalau saya nak tow kereta ni berapa?

Brader: Hmmm..depends dekat U la.. Kalau nak sampai ke kampung U pun saya boleh hantar.

Aku: Yela, berapa??
(Dalam hati, kalau dia nak paw aku sampai seratus lebih, jangan harap aku nak ambil. Aku lebih rela tunggu sini. Masa ni dah sampai Plaza Tol Ipoh Selatan)

Brader: Hmm.. U nak pergi mana?? Nak hantar ke workshop ke?

Aku: Tak. Sampai Jelapang je. Rumah Abang saya.Brape?

Brader: Jelapang eh?? Hmm..RM60.00

Aku: *dalam hati (Uisshh..murah jugak). Hmmm.. kasi murah lagi la, saya takde duit.. Ni kereta rosak ni pun nak kena keluar duit lagi...(bodek..bodek..)

Brader: Hmm..okay la.. tolak duit minum-minum, RM50 je la.. Boleh??

(duit minum-minum?? Aku kene blanje die minum ke?? Ayat ni aku tak paham. Kalau kata harga orang kampung or harga adik-beradik, aku paham la)

Aku: Hmm.. boleh la. Brader tow sampai depan rumah Abang saya ye. Terima Kasih.. =)

Murah laaa kan?? Bapak aku pun kata murah. So, sesapa nak no phone brader ni, pm aku. hahahaha..

Pastu sesi tolak kereta untuk di towing kan.
Nana jaadi komander. Aku photographer. Hahaha

Brader yang baju hitam tu macam muka Awie. hahahah tapi dia tolong jer.. bukan dia brader yang deal dengan aku. brader tu ada dalam kereta, control stereng. Nasib baik ada orang tolong. Kalau tak, satu keje pulak aku dengan Nana kene tolak. Tak kosser..Ketiak dah melengas!

 Cian tenggiling aku..heheheh

Mekacih la brader Awie. Tapi yang klakarnye brader ni ikat rambut dia pakai getah rambut perempuan. Sebijik macam getah rambut aku. hahahaha...

For the first time in my life, naik tow truck!! Rase macam best je. But please no more another time. Hazabbb...


Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan aku..
Sampai depan rumah Abang aku brader ni hantar. Tiada charge tersembunyi ye! RM50 je! Semoga Allah murahkan rezeki Brader tu sebab tolong kami. Abang aku cakap, kalau orang India yang tow, mau sampai RM150++ dia ketuk ko. Huhuhuhu.. Alhamdulillah, Selamat duit aku.. Boleh g repaire kereta.

Dalam masa yang sama, aku dah menyusahkan Mak Pak aku yang busy nak pindah, terpaksa datang ke Ipoh dulu nak check kereta apa-apa yang patut.


Sampai je Abah aku, terus pergi bengkel yang selalu kami pergi kalau ada kerosakan. Ni company Melayu. Of course la kena pergi company Melayu.Murah je ka sini.
Depan Carsem!

Selepas digodek-godek oleh mekanik, rupa-rupanya suis kipas dah rosak. Patut la bapak aku cakap kipas tak pusing. Tu la penyebab temperature naik. Sebelum ni okay je. Bila nak balik kampung plak dia buat hal.
Ganti pipe getah yang salur ke tangki air sekali. Semua RM100 je.

Tapi banyak lagi yang nak di repaire Tenggiling aku ni. Sian dia. Dah tua dah Tenggiling aku ni.  

 Lepas dah siap, balik Grik..huhuhu
Ni aku drive kereta bapak aku sebab bapak aku nak drive kereta aku. Konon nak rasa kot-kot ada problem lagi ke tak. Hehehe

So,moral of the story, jangan berani-berani lagi nak balik kampung tanpa service kereta. 
Untuk ladies, jangan balik waktu malam.Bahaya wooo.. Kereta kalau nak rosak bukan dia nak bagitau. Suka-suka hati dia je.
Mungkin dah tiba masanya aku beli tenggiling baru...Blah la!!!

K, aku nak g rehat. Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment