Tuesday, 9 October 2012

OH MY BLOG

Greeting,

Bila tengok blog orang lain macam gempak je.. Follower pun ramai. Blog aku??? hehehehe...

Sebenarnya aku tak kisah pun bila blog aku takde follower walaupun ade jugak yang singgah blog aku. Camne aku tau?? Tengok statistic la.. adoyaiiii...

Aku ada terbaca macam mana nak tambah traffic dekat blog aku ni. Antaranya adalah:-

1) Aku kena promote blog aku ni dekat kawan-kawan aku melaui FB or twitter.

Sorry la derrr.. tak kosser.. Sebab ape?? sebab aku malas! aku bukan diva pun nak promote-promote ni. kalau orang mintak baru la aku bagi..Lagipun blog aku baru lagi beb! tak sampai seminggu pun. Entry pun ade bape ketul je. Bukan menarik pun. Sebab tu la blog aku dinamakan AKU BERSAHAJA; TIADA YANG LUAR BIASA... (Macam lagu Rossa. heheheh).

So, takde apa-apa yang special pun. Aku create blog ni just untk suka-suka. At least kalau orang tanya pasal blog ni aku tau la serba sedikit. Puuuiii!!

Okay, cadangan ni, reject! Ikut suka ati la nak promote ke tak.

2) Aku kena rajin-rajin blogwalking

Haaa... yang  ni memang aku rajin!!
Aku suka skodeng blog-blog orang tapi aku jarang tinggal comment. Apatah lagi nak suruh dia jenguk blog aku pulak. memang tak la... Blog aku ni bukan blog ilmiah ataupun ade tutorial camne nak pakai tudung ala Ainan Tasneem.. Apatah lagi bahan-bahan ilmiah seperti Cara-cara nak curi password wifi jiran! Takyah berangan. 

Lagi sekali aku tegaskan, blog aku ni hanya blog bersahaja, santai-santai gitu.. Ikut suka aku la nak letak post apa-apa nanti...(Suke ati la!! aku punya blog).

Niat aku nak blog ni awalnya hanyalah untuk suka-suka. Diulang sekali lagi SUKA-SUKA.
Aku just nak share kehidupan aku untuk tatapan donia walaupun tak gempak langsung sebab aku seorang manusia yang sederhana dan bersahaja... lalalalala~~

so, cadangan ni boleh dipertimbangkan...

3) Aku kena letak entry-entry yang menarik ataupun yang pelik-pelik

Aku malas nk ulang dah.. refer balik pada Header Blog aku....

Nama lagi bersahaja... means???
Nak pelik kebendenye?? Bukannya aku seorang manusia yang mempunyai 2 kepala dan 4 tangan!! Ehh??

Tengok la, kalau aku terjumpa haiwan atau benda-benda pelik nanti aku post la.. Tu pun kalau aku rajin nak amik gambar pelik-pelik tu...

K.I V


Ada banyak lagi cara-cara nak tarik reader baca blog kita..tapi aku malas. Biar aku baca sendiri pun takpe. At least aku boleh luahkan rasa hati aku dekat blog ni. kalau cerita ku tersebar suatu hari nanti, aku tak salahkan sesiapa. Aku salahkan blog aku je. (Sape suruh dia bagitau kt orang pasal post aku??!!)
Bengong!!!

sekali lagi, 
Aku bukan DIVA
Aku bukan PELIK
Aku bukan GOJES
AKU BERSAHAJA, TIADA YANG LUAR BIASA


P.S: Harap post ni dapat menggambarkan siapa diriku serba sedikit.. Huhuhuhu 

Peace yo!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!