Tuesday 9 October 2012

Who is Inda Linda???

Hye,
Aku terlupa pulak nak memperkenalkan diri aku..
Membebel berjela-jela dah.. tapi lupa pulak nak introduce diri sendiri...
Nyampah!! Bajet HOT jer...
piiiiiiiiiiiiiigidah!!! bak kata P.Ramlee

Meh la aku citer sikit pasal aku..

Saya dengan ini, mengakui bahawa segala-gala yang dibawah ini adalah benar belaka. Dengan rendah hatinya saya akui, tiada yang luar biasa menenai diri saya... (ngokss!!)

1) Nama

Okay, Nama mak pak aku bagi kat aku adalah Nur Haslinda. Selalunya orang panggil aku Linda la. Yang nak manja-manja ngan aku panggil Lin. Tampo kang!! Tapi ustaz aku dulu suka panggil aku Lin sebab dia kata maksud Lin tu "lembut". Bukan lembik ye!!! Whateverrrr...

Maksud Linda ape pulak???
Aku dah cari dalam kamus dan buku 'Maksud Nama Anak-Anak Dalam Islam', takde pun nama aku.huhuhu.. Sedihnya.. tapi nak buat camne, dah itu je nama aku ada...nak tukar, kecik ati mak pak aku plak...

Tapi kalau dalam bahasa Sepanyol, Linda tu maksud nye 'Beautiful'. Suke..suke.. hehehehe
tak caya???
lantak korang la....!

2) Umur/ Asal/ Stay?

Umur aku 25 taun (suku abad dah aku hidup upenyer..)
Aku berasal dari Kuala kangsar Perak. Oh kome, doghoyan dah berbunge~~
Sekarang ni aku stay di Shah Alam sebab teman dah koje kat sini...

3) Education Background

Motiffff???
Aku study sampai Diploma je... Aku amik Sains komputer di UiTM Jengka..
Uitm dihatiku~~
Ada masa nanti, akan kuceritakan life aku di Jengka ini. InsyaAllah.

4) Career

Sekarang ni aku kerja di sebuah private company di Seksyen 22, Shah Alam.
Tugas aku adalah sebagai technician komputer merangkap technician mesin scanner. Ni bukan scanner yang dekat mesin fotostat or printer tu. Ni scanner yang kastam guna untuk scan kontena -kontena yang keluar masuk especially dekat Port Klang.

Walaupun aku tak brape pandai lagi nak godek-godek mesin ni, tapi aku seronok dan exited nak belajar. Aku juga bangga menjadi seorang technician. Wakakaka...padahal bab menjahanamkan bagi pada aku.

Aku suka keje ni sebab tak stress. Keje pun tak banyak sangat. Boss okay, gaji okay, member2 okay.. kan seronok tu...Ko ade????

Sebelum jadi technician ni, aku penah try keje-keje lain jugak. Antaranya ialah Customer Service, Insurance Agent (AIA), IT sales assistant, QC Clerk dan tolong abang aku meniaga dekat pasar malam.
Walaupun keje-keje aku sebelum ni amat stress, tapi aku seronok sebab dapat pengalaman.

Doakan aku sukses yaaa!!

5) Relationship Status

Ni yang  malas nih!

 Single!

6) Favorite Foods & Drinks

Food: Nasi Goreng, Uncle Bob Chicken, KFC, MacD, Pizza Hut, anything yang lazat.

Drinks: Milo Ais, Air Mineral, Jus Carrot Susu, Soya, Nescaffe Ais.

aku ni tak cerewet, ape pun bedal. Janji makanan tu tak berbau hanyir, tak busuk, takde bau racun serangga, aku makan! No kompromi! hehehe.. yang penting HALAL!!

7) Favorite Activities

If I have free time, I prefer sleep, sleep, and sleep...wakakakaka

Yes! Aku suka tidur. Tapi takde la melampau-lampau.. Dah la badan aku memang cam anak gajah dah! Takkan nak jadi anak dinasor pulak?? huhuhuhu

Maksud aku disini ialah aku suke lepak dekat rumah je. Aku ni jenis malas nak keluar jalan-jalan.. 
Kalau aku takde duit, lagi la tak kosser nak keluar. Sebab kalau aku keluar, then aku tak dapat beli apa-apa yang aku teringin nak beli, aku akan rasa sedih, marah dan tak puas hati. So, untuk mengelakkan kejadian itu berlaku, aku prefer duduk rumah je. Tengok TV diam-diam. Takpun tido!! hahaha

Aku tak paham kalau ade orang tu yang suka jalan - jalan tapi tak beli apa-apa. Tengok-tengok je.. Kalau ada kawan aku yang spesies macam tu, jangan harap la aku nak ikut kalau dia ajak aku jalan-jalan. Sangat TAK IN okayyyy!! Kalau nak jalan-jalan dengan aku, poket harus berisi.. At least kalau aku takde duit pun, aku boleh PAW ko!!! muahahahahaha (jahat gile).

okay, tu satu - tido!

Next, aku suka makan. 
Aku suka makan. Abes cite. kalau keluar dengan aku, tak makan memang xlengkap la. Wajib makan. Makan Eskrem pun jadi laaa....

Then, aku sukaaaaaaaa sangat layan movie!
Tak kisah la movie apa pun asalkan aku tak boring. 
kalau boring, aku akan maki-maki dulu movie tu, then tutup. Tido!

Hmmm... ape lagi eh??

Haaa... aku suke online.. bertenet! 
Aku rase tak lengkap hidup aku kalau sehari aku tak check email, on facebook, baca news online, tak skodeng blog orang, tak layan youtube, tak check blog.Sangat tak lengkap okayyyy.
(Dulu sebelum create blog ni, aku ada blog lain tapi kurang active. Aku suka baca balik ape yang aku tulis dalam blog tu. Sangat bagus susunan ayatnya. Berbeza dengan ayat yang aku ucapkan seharian)

lagi???

Oh lupa, aku juga suka membaca. (walaupun jarang sekali nak nampak aku pegang buku).
Tak semestinya baca buku. Dalam internet pun berlambak-lambak bahan bacaan berilmiah yang kita boleh baca.

tapi selalunya aku suka baca novel, majalah Ujang, Apo, Gila-Gila, Utopia, Gempak dan komik. Semua ni terdiri dari bahan bacaan tak berilmiah untuk menghilangkan stress.. (Stress mende ntah!!)

Bahan bacaan berilmiah yang aku rajin baca tapi jarang; majalah PC, Mastika (ilmiah ek??), DARA, REMAJA, buku-buku motivasi dan buku KOREAN Language mase aku blaja kat U dulu.
Aku ambik Korea as my 3rd language taw.. jangan memain!! (padahal..nak cakap pun gagap)!!

Che ire men Linda im ni da... (pangg!!!)
Sarangheyo!!!

Enough!

8) Cita-Cita

Nak jadi kaya, nak tolong mak pak yang selama ni banyak berkorban untuk saya. 
Macam mana nak kaya??? Belum pikir lagi.
Cettt!!!

then,
Nak kawen dengan orang kaya..muahahahahaha...PANGGGGG!!!!

tak kaye takpe, janji muke boleh tahan (sebab aku nak anak yang comel),
tinggi (sebab aku pendek, ade change anak aku tinggi nanti),
perangai tak huduh (gila-gila takpe),

dan yang paling penting,

boleh bimbing saya ke jalan Allah. Aminnn...

Itu kaya yang saya maksudkan..heheheheh...Panggggg!!! 10000x

Bajet nak perfect! ko tu perfect sangat ke???

Eh!! Aku prefect mase kat sekolah dulu taw!!!

patut la sampai sekarang aku single lagi...muahahahaha...bangang!!! ^__^



Okay tu je sikit-sikit pasal aku...
nak banyak-banyak, kawen dengan aku la woii.. hahahaha...












Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment