Monday, 8 October 2012

Adakah Anda Gembira dengan Apa Yang Anda Lakukan Sekarang???

Morning!!! (Monday Blues...as usual) hehehe...

Tapi hari ni aku bersemangat sikit. Awal aku bangun hari ni. Semalam plan nak puasa ganti, tapi memandangkan aku terlajak, tak sempat nak sahur, aku cancel. Bukan ape, aku ni penghidap Gastric tahap kronik. Kang kalau aku sakit perut kang, susah! Satu hal pulak nak keluarakan fulus yang tak berapa nak ado ni ke klinik. Tak kosserr.. Dah la gaji bulan lepas half je. Kena berjimat-cermat bulan ni..
(Padahal last week dah joli sakan)

Okay, tu baru intro, sekarang kita masuk bab isi plak..Puii!!

Berkenaan tajuk posting kali ni, aku nak korang tanya pada diri masing-masing. Adakah kamu gembira dengan perkara yang sedang kamu lakukan sekarang??

Kalau macam aku sekarang, aku tengah lepak-lepak depan pc, update blog, facebook, baca news, chatting and Maybank2U. Ehhh???

Bagi aku, nak kata seronok pun tak, nak kata tak seronok pun tak. Biase je.. Adakah itu bermakna aku bosan dengan kerja aku sekarang??? jeng! jeng! jeng!!!!!...

Tapi kalau nak compare dengan kerja aku sebagai Kerani QC dekat kilang ubat dulu, keje sekarang ni berjuta kali lebih ohsem!! hahahaha...Aku bersyukur dengan kerja sekarang ni. Kerja relaks, cukup bulan, gaji!! ape lagi maw?? Gaji pun okay.. (Tapi kalau dapat naik lagi sikit, laaaaagi ohsem!!!!)hehehe...

Cuma sekarang mungkin aku tak banyak kerja sebab aku kan orang baru. Mana la aku taw nak godek-godek mesin-mesin diorang ni. Nak-nak lagi, tangan aku ni jenis 'tangan panas' orang tua-tua cakap. Maksudnya, bila aku pegang barang-barang, selalu jahanam. Padahal aku tak buat apa-apa pun... Maka aku selalu dipersalahkan.. Sedih woo... (Ado den kesah??)

Contohnya, masa aku kerja kat kilang dulu, bila mesin fotostat rosak je, selalunya time aku tengah guna. HAMPEH taw tak... padahal, ade sorang minah ni siap tendang-tendang lagi mesin tu kalau dia rasa mesin tu dah macam nak buat hal. Aku yang siap belai-belai mesin tu takde effect ape-ape pun.. Tetap jugak nak rosak time aku tengah guna... Hmmm...

Tapi tak semua la cenggitu.. kalau semua cenggitu, alamatnya, ape pun tak boleh!! hehehehe

So, kesimpulannya, aku happy la jugak dengan ape yang aku buat sekarang...cuma....

Aku rindu dekat abang aku..
Sebelum ni aku duduk 1 rumah dengan dia dekat Ipoh, Perak.
Aku dengan dia satu kepala. Kitorang memang minat bela haiwan.
Kat rumah kitorang tu dah macam zoo dah.
Ada burung, ayam, arnab, ikan... Labi-labi pun ada..
Abang aku tak suka bela kucing, so, kucing memang takde!! hehehehe...

I miss my parent too,
Sebab kalau masa aku duduk dekat Ipoh, diorang selalu datang jenguk kitorang.
bawak makanan yang sedap-sedap, bawak duit. Ehh??
Takde la... (tipu).
Boleh dikatakan hampir setiap minggu mak & abah akan datang ke rumah kitorang. Kadang-kadang kalau aku rasa boring dekat kampung, aku yang akan balik jenguk diorang dekat Grik. Tak jauh mana pun.
Kiranya, aku boleh tengok diorang selalu. At least aku taw la ape yang terjadi kat diorang. Sakit ke, demam ke, happy ke tak...
Ni, dah dududk jauh, just boleh call je la.. Tapi tak dapat tengok depan mata.. Sedih wooo..

Sekarang ni aku stay dekat rumah maksu aku.. Adat la duduk kat rumah orang kan???
Hmmm.. korang paham-paham sendiri la..
Aku akan update kendian.

So, adakah korang happy dengan kehidupan korang???
Tepuk dada, tanya selera..

(Aku tak selera nak makan sekarang ni. Perut semakin boroi..adakah itu maknanya aku GUMBIRA??)
wakakakaka...

okay bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!