Monday, 15 October 2012

Aku Masih Kerani

Dulu aku keje kat Ipoh sebagai kerani QC...
Disebabkan aku ni bukan orang yang teliti dan berjiwa seni, maka aku sangat la tak minat kerja ni.. (tapi 8 bulan jugak la aku keje kat situ)

Antara kerja-kerja yang aku kena buat ialah:
-Susun summary page dalam fail mengikut abjad
-key in data dalam system
-laminate ape2 yang boss aku suruh, pastu gunting, tampal!
-fotostat document-document.
-cop (kadang2 failed)
-request stationary / toner printer dari HR.
-Simpan protocol dalam lab
-Dispense protocol
-prepare CoA (certificate of Analysis)
-Update document yang dah expired (Raw mat / Finished Product Worksheet )
-dll

Siapa kata kerja kerani senang???
Kalau senang pi la try fotostat 1 document, depan blakang!! hahaha..
So, aku respect sesape yang bergelar kerani..

Tapi persoalannya disini, KENAPA AKU KENA BUAT KERJA KERANI LAGI???

Adakah tugas menampal title pada file perlu dilakukan oleh seorang Technician macam aku??

Aku bukan tak boleh buat..
Kalau aku free, memang aku tak kisah nak buat.

Masalahnya sekarang, aku tak minat kerja-kerja yang memerluka kreativiti dan kesenian ni!! Adoyaii.. Kang aku merungut kang kata ngada-ngada pulak.. Tapi hakikatnya memang tak kena dengan jiwa aku la yang oiiii..

Bukan ke tugas-tugas ni perlu disetelkan oleh Admin???
Kenapa aku???

Banyak plak tu...
Tapi desebabkan aku takde keje, aku buat hugak la.. sehari 3 file je boleh???
wakakakak... Malas tahap gaban...
Kalau ko suruh aku menaip, key-in data ke, boleh lagi.. nii??? hmmm..

Aku bukan clerk weh... :'(
Thanks for reading =) comment le weyh!