Thursday, 4 October 2012

Nak Kurus

Aku sedang berkira-kira nak membeli satu produk untuk kuruskan badan ni.. Bukan Jus Mate 5, tapi Alpha Lipid SD.Kawan aku kata kalau makan ni, kompom turun berat badan aku. tapi kena follow jadual pemakanan yang diorang dah sediakan la.

Hmm.. Dah banyak jenis ubat kurus aku dah cuba tapi tak boleh jugak turun. Degil betul lemak-lemak aku ni. Ewaahhh!! Salahkan lemak pulak. Padahal, ko yang bila nampak makanan, tak ingat dunia dah!
PANGGGG!! hehehe

Badan aku ni senang je nak turun. Syarat dia TAK PAYAH MAKAN NASI.

Aku penah try tak makan nasi dalam 2 bulan, memang turun la.. tapi 4 kilo. Ok ke 4 kilo dalam masa 2 bulan?? hmmm.. kira dia tak turun secara mendadak la kan. Tapi sebulan tu, aku makan gak nasi sebab dalam bulan puasa. hahaha...hampeh tak??

So, aku plan nak diet balik la. Gile boroi dah perut aku. patut la sampai sekarang takde pakwe lagi.EHH??

Bulan depan la aku beli Alpha Lipid tu. Bulan ni sengkek. Banyak nak pakai duit. Tak payah makan nasi je. Senang. Abes citer..

Terima je la hakikat, yang ko ni memang gemuk sejak di bangku tadika lagi Linda...hahahahahaha...



Thanks for reading =) comment le weyh!