Monday, 8 October 2012

Hang Out Dengan Cousin

Hari Sabtu last week, aku lepak-lepak dengan cousins aku belah Abah. Kirenye Cucu-Cucu Arwah Tok Majid la..Dalam ramai-ramai ni, aku la yang paling tua. Kire senior citizen la..wakakakaka..Tapi bila berjimba-jimba ngan diorang ni, rase muda pulak. (Tak sador diri) huhuh..

First, aku memang plan dengan cousin aku sorang ni (Eja) nak tengok movie Hotel Transylvania. Kebetulan dia pun memang nak tengok, so, ape lagi, trus kitorang plan nak tengok sekali.

Lantas, kitorang pun mempelawa la anak-anak Ayah Itam untuk menyertai kami.. (Ayat nak skema).
Oh ye, Ayah Itam tu adik ayah aku nombor 5. Eja anak Pak Lang aku. (Abang ayah aku). 

Motiff!! memperkenalkan sanak saudara...

Adik beradik bapak aku ada 10 orang semuanya..Ramai tak??? Huhuhuhu.. Kalau balik raya, meriah la rumah Atok kitorang... (Okay enough merapu).

So, pepagi buta lagi aku dah bersiap. Nana (adik aku) tak jadi ikut. Nak keluar ngan BF dia plak... lantak ko la.. Janji ko bahagia.

Pukul 10.30 aku dah shoot g kedai Ayah Itam aku kat R&R Elmina Utara. Aku janji nak ambik caousin aku kat situ. Sampai-sampai, sorang pun tak nampak batang hidung lagi. So, sambil tunggu diorang sampai, aku bantai nasi lemak Mak Tam aku. Marbellessss!!! huahahaha.. Errkk..Kenyang! Alhamdulillah...

Dalam 20 minit kot aku tunggu diorang, baru sampai... Dik yan, Wan, Amir and Baby. Eja gerak dari Sepang sebab dia duduk sana. Aku suruh dia shoot terus ke Shah Alam.

Lepas tunggu bebudak ni soru dulu, aku mintak izin kat Mak Pak diorang dulu la nak hangkut diorang ni.. Maklum la, bebudak bawah umur..wahahahaha... So, dalam pukul 12 gitu, kitorang sampai Shah Alam. Lepak kat seksyen 20 dulu (blakang umah maksu aku) sambil tunggu Eja sampai.

Eja sampai je, trus gerak pergi Jusco Bukit Tinggi Kelang...

Setelah sesat beberapa kali, akhirnya kami jumpa jugak lokasi yang dikehendaki..
(dengan bantuan GPS Amir). Padahal aku dah beberapa kali pergi tapi still tak ingat-ingat jugak jalan. Hampeh betul. Aku pun xpaham kenapa susah betul aku nak ingat jalan-jalan dekat Kelang tu..Huhu!

So, first thing bila sampai, kitorang cari TGV dulu. Ape-ape hal, cari tiket dulu.

Elok la ade tiket pukul 3.20pm. Pergi tanya dekat kaunter, tengok-tengok seat yang available lagi kat bahagian depan.. Aku kalau tengok wayang kene mendongak ni memang tak IN! Sakit tengkuk dowh!! Tak dapat menghayati sepenuhnya cerita yang aku tengok tu.

Next tayangan pukul 5.20.. Malass!! So, amik je la 3.20 tu...(Dan akibatnya, sampai arini aku rasa tengkuk aku macam sengal-sengal lutut je..)


hambik ko!! Seat 'E'

Okay, Siap beli tiket, jalan-jalan dulu. Sebab ada lagi sejam sebelum movie start. Maka, kami dengan ini mengambil peluang ronda-ronda dalam mall ni.

Ada, yang nak survey new phone, takde masalah.. Banyak kedai jual enpon kat sini. Lebih kurang sejam jugak la kitorang godek-godek enset bagai kat kedai-kedai tu. Sambil-sambil nak menghabiskan masa yang terluang...

Beli pop corn and air, masuk!! Maka bermulalah penderitaan dalam kegembiraan aku... adehhh


haaa.. nampak x betapa bawahnya seat kitorang

Okeh..bagi aku cerita Hotel Transylvania ni memang kelakar. Tapi aku tak dapat nak enjoy sangat sebab SAKIT TENGKUK!!!

Aku dengar caousin aku si Eja tu kemain lagi ketawa nya.. pasni kompom aku cari CD. Layan lagi sekali kat rumah. tak pun aku hasut anak-anak maksu aku suruh diorang paksa mak pak diorang langgan dekat Astro First. Muahahahaha... Biadap tak aku?? hahahhaa...

Okay, lepas abes wayang, kitorang dah kebulur. So, pegi makan KFC. Wan bermurah hati nak sponsor kitorang.. Best... Best.. (Dah la pop corn tadi pun dia keluar duit dia) Muahahaha...
Takpe, murah rezeki ko Wan, belanja adik - beradik... (ayat bodek).

soru (makan) time

Bile tangan Parkinson amik gambo

Gambo aku takde dah time soru ni... Tak heran dah.. kebulur punye pasal, aku nampak ayam je..Mak mentua lalu belakang pun tak nampak dah. (Ehh?? ko ade mak mentua ke?? propa lebih!)

Whateverrrr...

Then, lepas soru, perut pun dah berlipat-lipat, kitorang decide nak pergi main bowling pulak. Dapat la hadam sikit makanan tu..

Yang aku peliknya, time balik senang pulak jalannya. Apasal pergi macam susah tahap gaban je??
Lantak la. Malas nak pikir.

Okay, Agenda seterusnya, main bowling dekat PAS. Korang tau ke PAS tu ape?? hehehe.. Undilah PAS!!
wakakaka... PAS tu short form untuk Plaza Alam Sentral. Bebudak sini panggil PAS. Dulu masa aku mula-mula datang sini pun aku blurr.. Mende tu PAS?? Aku orang UMNO la.. Ehh???

Aku tak taw kat mana lagi ada bowling kat Shah Alam ni sebab aku selalu main dekat PAS ni je la.. Tapi cam bese, Raja Longkang!! Cett!!

 to the left..to the left..!! (from the left, Wan, me, Baby & Dik Yan)
Aku yang paling pendek di antara mereka ini T_T

 yang tengah-tengah tu Amir. Dia memang ada mental problem sikit.wakakaka

aku lagi mental kot. Amik gambar dalam toilet. 

*So what?? aku tengok ramai je yang buat macam ni. Huhuhuhu.. Pantang tengok cermin!

Gambar main bowling tak sempat nak tangkap. Semua sibuk nak gelakkan orang lain main. Huh!! 
Kitorang main 2 game (kali ni Eja sponsor pulak). Dan juaranya adalah Dik Yan!! Amir win 2nd game.
Nampak sangat diorang berdua ni selalu main. Nak tunjuk skill kat aweks la tu... Bagitau Ayah Itam!! Huh!!
Dan seperti kebiasaannya, markah aku yang paling corot. Raja Longkang la katakan..wakakakaak..tak kosserr aku nak main bowling dah. Pasni sape ajak aku main bowling, kepala korang aku jadikan bola. Tengok ar...!!! kalau temankan je takpe. Huhuhu..

Lepas main bowling, kitorang lepak dekat restoran Antan Batura dekat tasik depan PKNS pulak.
Minum-minum je sebab perut masing-masing kenyang lagi.. Dekat restoran tu, serving dia memang besar-besar. So, kalau nak makan kat situ, pastikan perut anda mempunyai ruang yang mencukupi. Kalau tak, lupakan! Membazir je. Harga mahal pulak tu. Tapi aku suka dengan Chicken Chop dia. Memang Best!!



 
kita minum duluuuu...

Lepas dah abes minum, aku hantar mereka-mereka ini ke pangkal jalan. Di kedai Ayah Itam, kebetulan Mak Tam tengah goreng Nasi Goreng. Nasib baik la perut aku dah nak rabak time tu, kalau tak mau sepinggan penuh aku bedal. Aku kan HANTU nasi goreng. Tak caye, tanya Mak aku! huhuhu..

So, lepas hantar diorang, aku balik ke rumah maksu aku balik di Shah Alam. Sampai kat rumah lebih kurang pukul 12.00 am. Pergghhh.. dah la duduk kat rumah orang. Suka-suka hati kau je balik lambat. Biasa dia tu!!

Tapi cam bese la.. kat rumah maksu aku tu, bebudak tu bukannya tidur awal. Selagi ada yang tak tidur, selagi tu la ade lagi yang belum tidur.. (cam ape je ayat aku ni).

Tapi aku tengok Paksu aku dah terbongkang atas sofa dah. Penat bebeno le tu.. Maksu aku tengah layan You Tube. Awish tengah buat homework. Irfan dengan Nana je yang dah tido. Nana besar baru lepas mandi.

Hmm.. panjangnya entry aku kali ni. Rabak jari jemari runcing ni menaip..(Blah La!!)

Lagi gambar-gambar hang out:-

 aku pun tak tau ape motif Aeon letak kuda kepang tu kat tengah-tengah alam tu


 muka aku nampak macam muka budak-budak x?? (Perasan!!)

 Eja & Baby

 Model PADINI nyeh!!

 Amir & Eja

Me & Baby tua.. hehehehe

Okeh.. aku nak pergi sembahyang zohor.. Next entry kendian...
Bye.
Bleh..Bleh..Blehh ^__^


Thanks for reading =) comment le weyh!