Saturday 14 September 2013

Interview Penolong Pegawai teknologi Maklumat (F29)

Tengah aku godek2 internet tadi, tetiba ada orang call...
Aku dapat panggilan dari satu agensi kerajaan ni untuk attend interview jawatan F29..
Alhamdulillah... 
Sekarang, tengah struggle mengumpul soalan2 lazim yang boleh aku jadikan rujukan..
Aku nak sangat2 jawatan ni..
Korang boleh tolong doakan aku tak??
ni kali kedua aku nak p interview F29..
Last time, masa exam, tak lepas.. preparation tak cukup.. lagi satu soalan matematiknya .. alahai... sapa pernah amik exam ni mesti tau macam mana kan??hehehe..
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh kali ini..
Keputusannya aku serahkan pada Yang Maha Mengetahui..
Segala yang dirancang Nya, adalah sebaik-baik perancangan..
Aku hanya mampu buat yang terbaik..
Hehe..
Doakan aku ye kawan2.. =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment