Monday, 16 September 2013

Balik Kampung Bertapa...


Pukul 11.45 sat lagi aku akan naik bas sampai Ipoh..Perghh..lama gila dah tak naik bas.. nervous pulak..haktuuihh!!

Motif aku nak balik kampung adalah sebab aku nak ambil buku2 aku yang aku tinggalkan kat rumah Abang. Pastu aku nak balik kat rumah mak untuk study ape2 yang patut. Teringat pulak zaman nak ambil SPM dulu.. huhuhu...

Next week cousin aku nak kawen.. so, parent aku akan datang Shah Alam. Jadi aku akan follow mereka terus. Kesian Nana kena tinggal.. Tapi hari ni Nana mungkin akan stay dengan Opah. 

Takpe..aku tau dia kuat..kalau duduk rumah sorang-sorang pun tak takut punya..
Tak lama lagi nak jadi bini orang dah pun kannnn??

Owh, bercakap pasal kawen ni, sorang...sorang...cousin aku kawen.. Rasa baru je main baling2 anak ayam kat rumah Opah dulu... Bukan cousin jer.. ABANG dan ADIK aku sendiri akan kahwin tak lama lagi.. Insya Allah Nana pada hujung December ni, Abang Jep pulak hujung January tahun depan...

Maka.. tinggal la aku jadi anak tunggul kepada Mak dan Ayah aku..huhuhu.. Yang tak bleh blah tu.. Dua-dua bakal menantu abah adalah anak polis. Aku punya calon je tak tau lagi..hahahaha.. mungkin aku terkecuali kot..wakaka.. And yang tak bleh blah..dua2 bakal menantu abah itu sebaya aku! Bakal isteri Abang Jep, Mizah, kawan aku sendiri. Chet!!.. Motif mak suruh aku panggil dia "KAKAK"!! Hahaha..

Oh, berbalik kepada tajuk entry, aku akan bertapa menuntut ilmu kat rumah Mak. Nak ikat kain putih kat kepala macam student2 jepun selalu buat. Hahahah..

Aku nak buat yang terbaik. Abah mengharap sangat aku dapat kerja kerajaan. Tapi, kalau takde rezeki, takpe..Aku takkan give-up. At least aku dah bagi yang terbaik.. 

Oh ye! Selamat Hari Malaysia!! Semoga negara kita aman, makmur, ekonomi bertambah kukuh, dan ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama. (*baik nye aku wish cenggini kan?)

*Kesian Osman Zainudin kene tinggal kat sini.. Tarikh dia nak balik kampung tak match dengan aku..So, tak leh nak balik sekali..muakakakakaka.. Next time ye.. =p

Thanks for reading =) comment le weyh!