Wednesday, 2 October 2013

Pengalaman Interview Jawatan F29


Last week aku ada interview jawatan F29 dekat satu agensi kerajaan nih.
Jadi aku nak share la sikit2 pengalaman aku pergi interview aritu... (pft.. mood malas)

Interview aku pukul 2 petang.. Jadi, sebagai orang yang selalu menepati masa(uweeekk!!), pukul 11 pagi aku dah gerak dari rumah.. (singgah dulu macam2 tempat.. ) Pukul 12 aku sampai ke tempat interview..
Ada 2 jam lagi sebelum interview, so aku  menggunakan masa yang terluang tu untuk membaca sokabar dan berfb.. hahahaha..cikgu aku cakap, kalau dah nak exam jangan baca buku.. buat preparation awal2... jadi aku pun takde  la rajin nak membukak kitab bagai.. kira tawakkal je la...huhuhu..

Dah dekat pukul 2, aku naik ke bilik yang dah dikhaskan... 
Pastu register...
Pastu dia bagi name tag suh aku pakai..(padahal macam takde fungsi pun aku rasa)..

Masa first aku sampai tu aku macam terkejut monkey jugak la sebab aku tengok ada banyak kerusi..Tu maknanya ada ramai candidates yang akan interview untuk jawatan tu..Aku dah cuak.. Tapi dalam hati macam.. "Ahhhh! fedulik hape aku"

Lepas tu ada sorang staff ni suruh kami beramai-ramai tunggu dalam 1 bilik ni macam dewan kuliah.. siap ada piano lagi kat dalam tu.. tetiba je aku rasa macam nak beli piano. Ehhh???

Lepas tu staff tu suruh kitorang jawab 5 soalan dalam satu kertas nih. Soalan berkaitan IT dan programming. Ada soalan SQL dan database. Aku rasa aku boleh jawab 5 soalan dengan confident... Confident je la.. betul ke salah mana aku taw! hahaha

Lepas tu kami dipanggil masuk ke dalam bilik interview secara berjamaah.. Sekali masuk 6 orang. Aku termasuk dalam batch yang pertama.. Gila cuak! Ni first time aku interview secara berjamaah.. Makna kata lainnya, aku kena 'jual diri' aku seboleh-bolehnya... Tetiba rasa tak confident.. ahahahah..

Yang interview aku tu dalam 5 orang tapi aku tak taw nape aku rase macam tak suka je interviewer yang duduk kat tengah2 tu.. Kerek.. Hmmm.. Ye la.. Kerek...Ah.. lantak ko la Makcik..

Okay, pastu start la sesi interview kami..
Antara soalan2 yang ditanya ialah... 

1) Perkenalkan diri dan cerita la sikit pengalaman bekerja dalam bidang IT.
2) Ceritakan sikit pengalaman membangunkan applikasi dan macam mana system tu beroperasi.
3) Memandangkan agensi tu menggunakan web base, suggest sikit macam mana nak bagi ia lebih secure?
4) Cerita sikit latar belakang 'agensi' ni.. (yang ni dia nak tanya samada kita tau ke tak latar belakang agensi ni)

Tu je la.. sembang la lebih kurang... Memandangkan aku dah google dan investigate background agensi ni, aku bleh la goreng.. Dan disini aku lihat semua orang bertungkus lumus menjual diri masing2. Ada yang copy ayat sebiji2 dalam internet pun ada. Syabas bettey.. Syabas!!

Soalan last sekali.. ni soalan feberet!!

ADA APA2 LAGI NAK TANYA TAK???

time ni semua senyap.. disebabkan tahap curiosity aku agak tinggi time tu, aku pun tanya la...

Aku: "Puan, ada berapa kekosongan untuk jawatan programmer ni ye??" sambil buat muka comel...

Puan Kerek: Satu jer

Aku:" Jawatan ni kontrak kan?? Tempoh kontrak berapa bulan ye?" muka give up dah..

Puan Kerek: "Hmm.. ikut performance la.. kalau tak bagus, kami buang je la.." masa ni tangan aku macam nk ambil handbag nak hempuk je.. tapi sabar...

Aku:"...........(cengkerik)" sambil angkat kening..

Puan Kerek: "Sebab tu saya tanya... ni kamu yang dah ada kerja ni.. tak takut ke nanti dah keje elok2, nanti tak pasal2 menganggur pulak" sambil sengeh2..

Ewah2... macam agensi tu dia punya je yek.. suka suki nak terminate orang.. At least kena la ada agreement kontrak berapa bulan pun kan?? Masa ni aku malas dah nak menjawab sebab aku riso orang tua ni tertelan gigi palsu jer...

Tetiba ada sorang interviewer ni dia mencelah

Puan Muda yang Cantik: " Kontrak setahun... " sambil senyum kat aku...

Ooo... pompuan kerek.. ko nak tipu aku ye... hahahaha.. tak menjadi.. fadan muka.. nasib baik anak buah ko backup ko.. Maka dengan itu aku pun senyum balikk... ahahah

Ape punya story la kat atas ni... Kartun sangat!!
Jadi, kesimpulannya, aku dah boleh rasa yang aku memang takkan dapat..
Hahahahaahah....
Korang yang yang baca entry ni untuk rujukan, sila ambil point penting je ye..

Hmmm.. bahasa inggeris memang tak tanya, soalan tentang menteri, pengetahuan am pun takde... 
Ape2 pun ni new experience bagi aku..
Hope next time ada lagi interview keje gomen..heheheh..

Dah! Esok aku ada interview lagi.. Keje modelling.. wakakakakakaka. puiihh!!


Thanks for reading =) comment le weyh!