Friday, 11 October 2013

Antara Salah Satu Sebab Rezeki Disekat

 
Semalam aku bersembang-sembang dengan sorang kawan aku dalam tepon..
Kawan aku ni kerja sendiri... So, bila dah kerja sendiri, dia takde fix salary yang dia akan terima every month macam orang yang kerja makan gaji. Commitment banyak, rumah, phone, hutang itu ini.. memang dia tengah stress sekarang sebab income masuk tak banyak..
 
Aku paham sangat bila terjadi benda ni sebab aku dulu pun pernah kerja base on commission.. Kerja sendiri ni lebih mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Kalau rajin bekerja keras, hasilnya memang takkan menghampakan..
 
Kawan aku yang sorang ni memang rajin kerja tapi tak tau ngape, dia macam 'sangkut2' lagi.. paham tak maksud aku?
 
Camni, dia ni dah lama menceburi bidang insurans ni.. aku pernah join sekali dengan dia.. Dia ni memang pro la.. kalau ada 6 case, at least 3 mesti close. Pastu rajin buat insuranse kereta jugak..Pastu baru2 ni join property pulak.. Tapi tak tau nape even dia punya income masuk, tapi masih tak boleh nak berada dalam zone 'selesa'.
 
Dia akan sentiasa mengalami 'kebocoran wang' means duit tu tak lekat dekat dia. Duit yang keluar lebih banyak dari income yang masuk. Makna kata lainnya, duit tu bukan rezeki dia.. So, baru2 ni dia mengadu la hal ni dekat aku.. Just nak meluahkan perasaan dekat aku la.. Kesian jugak aku dengar..

Semalam dia call aku, dia cakap dia dah tau dah naper rezeki dia macam tersekat-sekat. Sebab sebelum dia call aku, dia ada tanya kawan dia yang sama kerja insurans dengan dia tapi nampak lebih loaded sedangkan kawan dia tu masih muda lagi.

Kawan dia ni bagitau kat dia, yang dia tak pernah miss bagi duit kat mak dia every month. Even kalau dia bagi mak dia duit, dia akan tinggal RM 1 pun, dia tetap akan bagi mak dia. Selalunya dia akan bagi RM200/monthly. Paling takde pun RM100 dia akan bagi. Lepas tu, dia make sure hubungan dia dengan adik beradik dia okay. Takde gaduh-gaduh..

Dang!! Terpukul jugak aku dengar. Aku pun kadang-kadang jer bagi mak aku. Kadang-kadang mintak lagi kat bapak aku ade la..huhuhuhu...

So, kawan aku ni pun bagitau la kat aku, yes, memang dia jarang bagi duit kat mak dia. Even hubungan dia dengan adik beradik dia pun tak rapat. Tapi baru-baru ni abang ipar dia meninggal. So, Kakak dia jadi janda. Jadi, dia akan call kakak dia tiap-tiap hari dan dia dah mula rapat dengan kakak dia.

Hmmm.. mungkin ada hikmah semua ni berlaku. Dan aku pun terkena 'tempias' sekali. Satu pengajaran yang berguna la..

Aku pernah dengar ustaz aku cakap dulu, dapat gaji, bagi mak bapak sikit. Sikit pun takpe. Mak kita bukan nak duit kita sangat tapi kalau kita bagi, dia dah cukup gembira especially mak-mak kita yang duduk kat kampung-kampung tu.. Tak bagi banyak pun takpe.. Ikut kemampuan..Yang penting ikhlas dan bila mak bapak kita akan rasa kita selalu ingat kat diorang...

Jadi, kawan-kawan, mari lah kita kirim wang ke mak bapak kita. Yakin lah, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

Lagi satu, rajin-rajin la bersedekah... yang penting IKHLAS..

Huhu..nak citer pasal sedekah ni, hari tu aku makan kat restoran dengan kawan aku ni.. Pastu ada sorang pakcik ni datang... Aku memang takde duit kecik. Kawan aku pun sama. Pakcik tu pegang satu fail ni sambil tunjuk kat aku. Aku tak brape nampak pun ade tulis ape kat file tu. Pastu aku cakap camni "Minta maaf pakcik, saya takde duit kecik", sambil senyum kat pakcik tu. Pastu pakcik tu usya aku dengan pandangan tajam. Terkejut gak aku. Macam nak marah jer.. Sedih aku.. Bukan aku taknak bagi..memang aku takde duit kecik.. Aku baru lepas cucuk duit, ade RM100 2 keping, RM50 sekeping.. Kalau ada RM10 boleh gak aku bagi.. huhuhu..

Kesian pakcik tu.. Next time, kalau aku jumpa pakcik tu lagi, InsyaAllah aku kasi.. Tapi pakcik jangan la marah kalau ada orang tak kasi duit.. Senyuman tu sedekah jugak pakcik..huhuhuhu..

Okay, lari tajuk!!

Berbalik kepada topik kita tadi, bagi la berapa pun kat mak kita. InsyaAllah.. rezeki kita akan diberkati.

Balik raya ni boleh la kasi mak pak kita duit raya ye..hehehe..

Tapi raya ni aku tak balik. Cuti sehari jer.. Nana jer balik... huhuhu..sedih gila.. Kalau aku penganggur terhormat, aku balik dah...

 

Thanks for reading =) comment le weyh!