Sunday, 8 December 2013

Semalam Kami Berjimba

Semalam aku, Nana & Cae ke Masjid India, KL. Tujuan utama kitorang adalah nak survey2 harga materials untuk business kitorang.. Alang2 tu, Nana pun nak cari kelengkapan nikah dia skali macam tudung & telekung untuk dibuat hantaran... Untuk hadiah 'langkah bendul', aku just mintak 3 helai telekung je.. Satu aku punya, 2 lagi aku nak sedekah kat masjid. Semoga setiap kali org pkai telekung tu, Nana & Cae dapat pahala...

Kitorang pergi MI naik train KTM dari padang jawa. Memandangkan bebudak ni tak reti naik train, maka secara otomatiknya aku dipaksa ikut sekali.. Dah ler tengah sengkek ni..huhuhu.. Aku bawak duit sikit jer sebab aku ni bukan boleh tengok saje... Duit kluar macam air pun aku tak sedar.. Bawak cukup2 jer...

Sampai2 je kat sana, kitorang terus sawan bila tengok slumber je peniaga2 kat sana jual pendrive ngan memory card murah gila.. RM20 je seketul tak kira la brape gig pun. Aku ngan Nana angkat 1 sorang pendrive 128G , Cae angkat 1 memory card 32G. Tak taw kenapa murah. Aku blom try lagi pendrive tu..

Pastu aku beli tudung half moon RM35. Kalau kat S.Alam, xdapat harga cmtu..

Lepas dah pusing2 sampai sakit kaki, kitorang pun balik S.Alam.. Then, terus pergi makan kat restoran pecel lele kat padang jawa..

Lepas tu Si Cae ajak tengok wayang kat Aeon Bukit Raja plak.. Asalnya nak tengok The Hunger Games, tp dah penuh, jadi kitorang tengok citer Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.. Seyes klakar citer ni.. Rasa nak tengok lagi.. Lawak spontan kumpulan Shiro ni memang fresh. Sambil tu mesej keagamaan yang nak disampaikan tu santai tapi boleh buat penonton berfikir & insaf. Aku yang mengantuk ni pun jadi 'segar'. Dan ada scene2 yang kena pada batang idung aku sendiri.. Korang yang blom tengok, p tengok lekaih...

Ok.. Aku rasa aku nk demam dah ni.. Nak g cari ubat sat.. Bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!