Tuesday 31 December 2013

Nana Dah Kawen ^_^

Tanggal 28 December 2013, Nana, adik bongsu kesayangan aku tu dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati beliau sendiri yang aku panggil Cae. Mereka dinikahkan di Surau kat berek polis Gerik(bawah rumah Abah jer). Majlis sederhana diadakan dengan kehadiran tetamu seramai lebih kurang 500 orang yang terdiri dari kalangan sanak saudara dan sahabat handai terdekat sahaja. 
Majlis Persandingan akan diadakan kemudian dimana tarikhnya belum ditentukan lagi. Bila langsungnya, aku pun tak tahu.. Ape-ape pun, mak dan abah bersyukur sebab yang wajib dah settle dah.. Bawah ni antara gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.. Tahniah aku ucapkan kepada Nana dan Cae. Semoga rumah tangga mereka kekal sehingga ke syurga dan diberkati Allah. Amin!
Masa nak akad nikah.. Bapak aku kusyuk je dengar.. Si Kulup baju kuning tu berangan dia la yang nikah tu..

Nana diapit oleh Omak2 nye..hehe
Kiri: Emak aku
Kanan: mak Cae
Belakang2: Bini-bini pakcik polis
Baju kuning: Kulup (berangan lagi la tu..sebok je interprem..)

Bergambar bersama keluarga besar.. 
Abah hilang time ni so takde dalam gambar.. cari2, rupa-rupanya tengah makan bawah khemah..hehe
Owh, baru aku perasan si baju kuning tu tinggi semacam.. mesti dia jengket. kompom!
Aku gemok gile time ni sebab baru lepas berhenti keje.. Makan tido kat rumah..hehehe.. huh!

mentang-mentang anak polis, photoshot pun pakai background berek. hehe..
Camera man pun anak polis. Kitorang panggil Along. Nak nombo tepon dia, tanya aku.

mana mau pigi haaa??

Aku doakan deme berdua ni bahagia la hingga ke akhir nyawa. Lagi satu, semoga cepat dapat baby. Boleh aku gomoih-gomoih anak korang nanti.. hehehe.. 




Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment