Thursday 19 June 2014

Soalan Interview PPTM F29 (SPA) -Part 2


Haa... meh cheq habaq mai kat hangpa semua apa la soklan yang depa duk tanya kat cheq masa interview aritu....

Masa nombor cheq dipanggil, cheq ketuk pintu dulu.. pastu baru masuk...
Masa masuk tu bagi salam... Pastu bagi file sijil2 cheq dengan resume kat salah sorang penemuduga tu..
Penemuduga 2 orang.. Sorang laki, sorang pempuan... Rasanya sorang dari jabatan, sorang lagi dari jpa.. 
Ingat, jangan duduk selagi diorang belum suruh duduk.. Dah diorang suruh, baru duduk.. (rapla jingga punya ayat)..

Kat sebelah kerusi, ada satu meja untuk kita letak beg.. letak beg elok-elok, pastu duduk tegak, kaki rapat, muka ata senyummmmm...

Maka bermula la soalan mungkar nangkir.. eh!! bukan! soalan interview..... :)

Aku list down je la ye... korang pun mesti malas nak baca ape yang aku mengarut kan??
Aku bagi soalan jer.. jawapan korang pandai-pandai la sendiri....

Soalan-soalannya adalah...

1) Sila perkenalkan diri anda secara ringkas (bahasa melayu jer pun.. tu pun gagap..haizzz)
2) Apa yang anda paham tentang "Cloud Computing"? (aku goreng jer ni)
3) Apakah perkara yang perlu diberi perhatian jika kita ingin membeli sebuah laptop?
4) Ceritakan pengalaman kerja anda.
5) Berapakah kapasiti hard disk yang terbesar yang ada di pasaran sekarang? (jawapan 6TB)
6) Apakah jenis database yang anda tahu?
7) Ketua agama bagi setiap negeri ialah Sultan. Tugas YDP Agong menjadi ketua agama bagi negeri mana? (jawapan: bagi negeri2 yang xde sultan.. cthnya, melaka, p.pinang, wilayah persekutuan...baca sket bab2 agong ni)
8) Apa yang anda faham mengenai GST dan bilakah ia akan dilaksanakan?
9) Siapakah yang akan melantik Ahli Dewan Negara?
10) Macam mana nak jadikan handset kita sebagai modem?
11) Kenapa anda berminat untuk bekerja di sektor kerajaan?

itu la antara soalan-soalan yang ditanya... walaupun memang ade soalan yang aku target tu masuk, aku pun rasa cam tah hape-hape je aku jawab aritu.. Soalan nombor 1,4,6,7,8,9,10 tu memang aku dah baca dan aku menjawab la... tapi tak tau la jawapan aku tu memenuhi selera mereka ke tak.. Aku tawakkal je la.. 

23 Jun ade interview PPTM F29 dari UiTM Shah Alam pulak... 
Rase macam malas jer nak pergi.. 
Mak aku marah, suruh pergi jugak.. Adoiiii....
Nak pergi ke idok???

Thanks for reading =) comment le weyh!

3 comments:

  1. Org pun dpt kat s.alam 23jun..takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah.. Peluang yang baik tu... Jangan takut... redah jer.. Mana tau rezeki kat situ.. hehe.. Anyway, Gud luck yer...

      Delete
    2. thx..awk pom tahniah jgk sb dapat.. :)

      Delete