Sunday, 4 August 2013

Rumah Maksu Dimasuki Perompak Pulak


Pagi tadi Nana terbaca status Maksu dekat fb yang mengatakan rumah dia telah dimasuki perompak. Terkejut kami lalu lantas menelefon maksu. Masa telefon tu, maksu dan paksu tengah ada dekat balai polis buat report. 

Menurut maksu, perompak tu masuk dalam pukul 10 pagi tadi. Kebetulan masa tu, maksu dan paksu dekat tingkat atas, hanya anak-anak dia jer yang ada kat living hall tengah tengok tv. Irfan tengah main laptop. Perompak tu just rampas laptop tu jer dari Irfan. Benda lain dia tak sempat ambil. 

Maksu aku kata, mungkin perompak tu panjat pagar belakang sebab pagar depan dan belakng memang berkunci. Cuma pintu rumah jer tak kunci. Biasanya memang tak kunci sebab tak sangka pulak siang-siang buta ada orang nak masuk. Lagipun rasa secure lagi sebab paksu pun ada di rumah. Takkan orang berani nak masuk.

Ish..Ish..Ish.. tu yang siang-siang buta berani buat kerja terkuuk. Kalau malam, tak kunci pintu tak tau la... Gila seram aku dengar. Nasib baik anak-anak Maksu tak diapa-apakan. Menurut Irfan, wajah perompak tu adalah orang Melayu.. Kesian Irfan. Mesti dia terkejut..

Dugaan datang bertimpa-timpa kat Maksu. Kesian dia. Baru 2 bulan lepas kereta dia kena curi..La ni, perompak pulak masuk rumah.. Walaupun just hilang laptop, tapi aku faham trauma yang diorang rasa. Mesti takut malam-malam kalau paksu takde kat rumah. Harap-harap polis dapat tangkap la diorang-diorang yang suka membuat onar ni.. 

Aku harap Maksu sekeluarga selamat. Semoga Allah bagi ketabahan untuk Maksu sekeluarga menghadapi dugaan ini.Pasni Paksu kena pasang cctv la nampak gayanya.. Walaupun sekarang takde cctv, tapi segala perbuatan kita dirakam oleh 'CCTV' Dia.. Segalanya akan di play back kan balik nanti.. Waspada lahh~~

Thanks for reading =) comment le weyh!