Monday 29 July 2013

Demam Denggi


Selamat Menjalani Ibadah Puasa kawan-kawan...

Lama tak update blog..hmmm...
Bulan-bulan puasa ni better aku duk diam-diam kalau takde benda menarik aku nak hapdet.
Kalau jumpe ulat lagi, aku update lagi.... Tak puas ati?? Meh jumpa depan2.. stakat guna nama anonymous tu, puii!! takde idung ke??

*Mohon terasa kepada yang berkenaan...

Yang tak paham tu, abaikan.. tak penting pun..lalalala

Oh ye, nak citer..last weekend, aku dan Nana berulang-alik ke HTAR sebab Cae kena warded sebab Denggi. Tapi semalam dah keluar dah.. Alhamdulillah...

Mostly yang kena warded dekat dengan katil dia adalah orang-orang yang duduk dekat area Seksyen 7 dan Padang Jawa. Memang aku tak nafikan, kat area Seksyen 7 tu memang banyak kes denggi. Masa aku duduk situ dulu pun boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada kes denggi. Walaupun Kementerian Kesihatan selalu duk fogging kawasan tu tapi nyamuk still banyak. Even aku dulu duduk tingkat 5 pun nyamuk still boleh masuk kot tingkap. Gila gigih nyamuk-nyamuk tu terbang sampai tingkat 5!!

Cae punya rumah baru tingkat 3.. apa ada hal kan??

Family aku tak pernah lagi kena demam denggi ni, so, melalui Cae, aku dan Nana tau la serba sedikit pasal demam denggi ni.. 

Cae tu mula-mula dia demam panas. Teruk jugak la sampai lembik. Nana cakap before this, kalau dia demam pun tak la teruk macam sekarang. Siap muntah, sakit-sakit sendi dan cirit-birit lagi.. Bila pergi klinik swasta, doktor cakap demam biasa jer.. Tapi bila dah 3 hari, demam tak kebah2 jugak, dia decide nak pergi check darah dekat klinik kerajaan seksyen 7 tu. Doktor suspect denggi. Doktor keluarkan surat suruh check darah dekat HTAR pulak. Sah Denggi. So, kena la warded sebab nak masukkan air.

Aku baru tahu yang denggi ni takde ubat sebenarnya. Dia depends kepada diri pesakit tu sendiri. Cae ni baru denggi peringkat awal. So, doktor nasihatkan dia minum banyak air. At least 3.5 liter sehari. Air yang bagus diminum ialah air 100 Plus atau air buah-buahan. 

Mengikut apa yang doktor cakap, bilangan platlet dalam darah Cae menurun..So, doktor suggest makan makanan yang boleh naikkan balik platlet. Darah pun tak boleh terlalu pekat sebab tu kena banyak minum air. Kalau darah terlalu pekat, boleh lead kepada denggi berdarah.. lagi bahaya. Ada sesetengah kes boleh melibatkan kematian terus.

Sabtu tu Nana rebuskan ketam untuk Cae. Ketam bagus untuk naikkan platlet dalam darah. Selain dari ketam, jus jambu batu, pisang, dan tembikai pun bagus jugak. Tapi semalam Cae dah boleh balik lepas doktor check platlet dia dah okay so, aku rasa ketam adalah yang terbaik. 

Bila seseorang tu kena virus denggi ni, salur darah kat bahagian bawah kulit ni akan pecah-pecah.. Sebab tu kalau dekat kulit pesakit yang kena denggi ni, kita nampak merah-merah.. Untuk elakkan keadaaan lebih worst, itulah perlunya platlet sebab platlet ni fungsi dia adalah untuk membekukan darah. Ni yang aku baca dari internet la.. nak tau lebih, sila google..aku bukan doktor.. SPM Biologi pun C5 jer..

Jom sama-sama kita cegah denggi dengan cara kemas sikit rumah tu.. Jangan ada semak samum dan air bertakung. Rumah aku dekat dengan sungai memang tak boleh nak elak la.. Tambah-tambah kalau musim panas, memang lagi banyak nyamuk masuk dalam rumah. Solutions aku senang jer.. Sembur jer ridsect tu sebelum tidur dan make sure tutup tingkap sebelum maghrib. Lagi satu aku perasan, nyamuk ni tak suka bau yang kuat contohnya Clorox. So, apa kata kita sembur jer Clorox dekat tempat-tempat yang boleh jadi pintu masuk nyamuk ke rumah kita.. Hehehehe...

Sekian. Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment