Wednesday, 31 July 2013

Di Mana Tenggiling Ku??


Pagi tadi aku terkejut beruk.. 
Tapi aku cool lagi..tak panik..
Tipu aih!
Okay,Panik sikit jer..

Ceritanya cenggini...

Hari ni aku yang drive sebab Nana EL. So, pagi-pagi lagi aku dah keluar konon nak sampai awal la ke opis.

On da way nak pergi ke kereta, aku selisih dengan sorang budak perempuan ni. Dia tengah cakap dengan enpon.. Cenggini ayat dia..

"Haaaa..tu la..kami pun tekejut jugak tengok semua kereta dah takde.."

*Ceh! curi dengar perbualan orang pulak..biase dia tu!!

Tapi masa dengar tu, aku takde la pikir ape-ape sebab biasanya pagi-pagi otak aku blurr.. hahaha

Tetiba sampai je depan post guard, aku cari kereta aku, takde!!. Bukan kereta aku jer yang takde.. Semua kereta kat tempat parking tu takde.. Tetiba aku teringat kata-kata budak perempuan tadi.. Oh..ini la maksud dia.. Tetiba aku bodo jap dalam 5 saat gitu.. Nak pergi kat tempat parking tu kena lintas jalan. Tapi aku berdiri je tepi jalan tu walaupun takde kereta yang lalu..Aku tenung jer tempat parking tu.. Aku tak dapat parking dalam kawasan apartment sebab lot parking terhad. 1 rumah 1 parking lot jer.. Untuk rumah aku, anak tuan rumah kedaung dah ambil so, terpaksa la aku park dekat depan kedai-kedai kat luar apartment tu.. Apa la.. cokia punya apartment!! 

'Apasal kereta aku takde??
Eh! Diorang letak tar baru la..cantik dah tempat parking ni..
Tapi mana kereta aku??
Nak tanya pak guard ke nak tanya kedai mamak??
Mana diorang letak kereta aku ni??
Camne diorang angkat keta aku tu??
Nak tepon Nana ke??
Watpe? Dia kan tengah tido!'

Inilah antara persoalan-persoalan yang bermain di minda masa aku lintas jalan.. Mentang-mentang jalan lengang, boleh plak pikir menda-menda tu.. kena langgar dek lori kang, mati katak jer..hehehe..

Aku masih cool lagi.. Aku cuba tenangkan diri walaupun aku rasa dalam badan ni ada kupu-kupu malam..heh!

Aku jalan slow-slow kat sebelah kedai mamak sambil berdoa supaya kereta aku ada la kat area-area situ dan tadaaaa!! Aku nampak WGX9***..Alhamdulillah...

Hehehe.. tu diaaa aih.. kat sini dia lepak yer.. Siap parking masuk belakang dulu plak tu.. senang aku nak keluar.. Hehe..Terus lega hati aku.. Tadi rasa nak tercabut jantung.. Tapi masuk dalam kereta aku macam masih tertanya-tanya lagi.. 

Boleh ke diorang buat macam ni??? Swap abis kereta atas jalan tu sebab nak letak tar jalan.. tanpa sebarang notis.. Kalau cenggini la kaedahnya, senang je la rupanya kalau nak mencuri kereta..letak la berapa jenis lock pun, tetap boleh angkat..hmmm...




Thanks for reading =) comment le weyh!