Thursday 11 July 2013

My Depp as Tonto in "The Lone Ranger"


Sabtu lepas, sebelum puasa, aku, Nana dan Cae pergi Space U8, layan "The Lone Ranger" dekat MBO.
Harus la kena layan sebab pakwe aku si Johnny Depp tu ada berlakon. Kalau takde, jangan harap aku nak layan..huhuhu..

My Depp..*lempang

Aku memang suka si Depp ni berlakon sebab dia suka bawa watak yang pelik-pelik.. Masa kecik-kecik dulu, aku dah tengok dia berlakon dalam "Edward Scissorhands" dengan Maksu aku. Tapi masa tu aku agak scary tengok kuku-kuku dia tu dan masa tu aku tak kesah sangat dengan dia ni sebab aku kan budak lagi masa tu. Mana ada masa nak 'die hard fan' sangat. Aku fan Doraemon je masa tu..

Lepas tengok dia berlakon dalam "Pirate of The Carribean" dan "Charlie and The Chocolate Factory", baru la aku tangkap angau ngan mamat ni.. hehe..suka2 hati panggil dia mamat. Watak Jack Sparrow dan Willy Wonka tu betul2 membuatkan aku meroyan sampai buat assignment untuk subject Bel pun aku buat pasal dia. cet!!!

Lepas tu aku mula la follow filem2 dia yang lain2 termasuk "Alice in Wonderland" dan yang the latest "The Lone Ranger". Tu pun sebab dia bawa watak pelik ni.. Aku dah agak, mesti kelakar tahap babun.

And YES, part dia je yang kelakar... 

Permulaan cerita ni agak boring...
Tapi bila dia masuk je, terus kelakar... Even dia diam static jer, tu pun dah kelakar bagi aku..tah hape2 ntah..
Cerita ni tak masuk kategori pecah panggung sebab dengar citer kutipan dia tak la sehebat Despicable Me 2. Lantok la..ade aku kesah??

Bagi aku, teknik CGI dan sound effect filem ni memang terbaik..


Dah macam pakai bedak sejuk je aku tengok.. hehe

Kalau korang nak tau cerita ni pasal ape, sila tengok sendiri.. hehehe..aku malas nak menaip..
Aku tunggu DVD citer ni keluar, aku nak beli pastu nak tengok banyak kali macam DVD Pirates of The Carribean jugak.. Huhuhu.. Bila POTC 5 nak kuar pulak??huhuhu..

 Eh?? Aku nampak kurus la..wakakaka...
Ha, belah kiri aku tu Cae, pakwe Nana.. yang bertudung kotak2 tu Nana..

 Walaupun tudung sengat dan  tetiba nampak gemuk balik, aku tetap nak ambil gambar sebelah pakwe aku.. 
*lempang  2x

Okeh, Next Entry..



Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment