Friday 18 January 2013

Aku busy Study... Study la sangatttt....

Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang penuh barakah..

Aku dah lama tak update blog ni sebab takde ape yang aku nak update kan.. Kang aku citer pasal semut kang, ada yang terasa nak baling pasu bunga kat kepala aku kang..kompom!

Okay la, aku nak citer sikit, sekarang aku tengah busy study!

Jeng..jeng..jeng...

Takde ape pun..saje propa...

Aku study sendiri je... Nak tau aku study ape??? tengok kat bawah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeh..ngeh..ngeh.....

Aku tengah study tulisan Jepun.. Setakat ni aku baru tengah menghafal tulisan Hiragana. Seronok pulak aku belajar tulisan Jepun ni. Disebabkan tangan aku keras (*pengkor), maka aku kena berusaha keras untuk membentukkan lengkok-lengkok yang cantik dari tulisan Hiragana ni. Hehehehe

Apasal tetibe je nak belajar tulisan Jepun ni???

Saje... Nak menambah kemahiran..Tak salah kan?? Kalau aku dah mahir tulisan Jepun ni nanti, (Hiragana, Katakana & Kanji) maka aku akan dapat menulis dalam 4 jenis tulisan iaitu Rumi, Jawi, Korea(Hangul) dan Jepun. Terer tak?? Hahahaha *ppaaangggg!!!

Tu tak masuk bahasa programming lagi...
(HTML, C++, C#, Java, VB.NET, Pascal,ASP.net, SQL, dan kejadah yang lain lagi)
Ko ade???hohohohoh...

So, aku kena belajar dengan rajin supaya dapat menguasai tulisan dan bahasa nya dengan baik. At least ada sesuatu yang aku boleh banggakan dengan diriku... Huhuhuhu..

Lagi satu sebab kenapa aku belajar bahasa jepun ni, ialah apabila aku terjebak dengan satu blog ni iaitu blog

Mulanya aku just usya blog ni untuk study balik bahasa Korea yang dah lama aku tinggalkan. Dah berkarat sikit skill aku. Tetiba aku tengok ada entry untuk belajar bahasa Jepun pulak. Bagus blog ni. Dia ajar dari mula macam mana nak kuasai tulisan Jepun ni dari kosong....kosong....(Mode Najwa Latif).

Terus aku beli buku kotak-kotak kecik tu untuk aku belajar tulisan Jepun ni. Macam masa masuk tadika dulu bila kena tulis ABC. Lepas tu aku beli buku pulak untuk lebih memahami dengan lebih detail. Poyo kan??

So, disebabkan aku dah tak busy sangat, maka akan aku gunakan masa terluang dekat office ni untuk study sendiri. Lepas ni kalau terer cakap Jepun, boleh keje kat Toyota pulak. Muahahahaha..verangan.....

Okay la, takde ape nak cakap dah..

Mata-ne!
(*Jumpa lagi!)
Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment