Tuesday, 29 January 2013

Diet ku

Assalamualikum w.b.t.
Selamat Pagi!! =)

Jom breakfast!!
Ni breakfast aku tadi.

Bihun Goreng Super Serving plus nuget & sosej
Haaaaa... banyak tak aku makan???
Sekarang ni aku breakfast menatang bihun ni jer.. Aku tak ambil nasi dah.
Dah disebabkan pagi-pagi aku akan kedarah habis-habisan, selalunya aku akan kenyang sampai petang.  So, lunch memang aku tak makan dah... Jimat sket duit aku. Ngehngehngeh...

So, malam aku akan makan biskut atau burger jer.. No nasi!! Perut aku dah berlapis-lapis macam kuih lapis, so, tak boleh makan nasi. Haizzz... Dah la diet tahun lepas failed. Tahun ni kena sungguh-sungguh sikit budok...

Si Nana tak kerja hari ni sebab tak sihat. Dalam mulut dia ada ulser. Pagi tadi penuh bau 'goyok' dalam bilik aku. Pening aku mane datangnya bau pelik tu. Rupa-rupanya si Nana ni tampak goyok kat pipi dan kepala dia. Kesian, ulser sampai migrain. Huhuhuhu.. Lunch sat lagi aku balik rumah sat nak bawak Nana pergi klinik. Nasib baik office dekat je dengan rumah. Senang aku nak balik. 

Okay, bagi yang sedang berdiet, jom diet dengan penuh semangat!
Ganbatte kudasai!!!

Aja..Aja!!

Tata...


Thanks for reading =) comment le weyh!