Tuesday, 29 January 2013

Langkah Sungai!!

Assalamualaikum..

Sabtu last week Mak & Abah datang ke rumah aku tapi diorang tak tidur kat rumah aku pun. bapak aku nak balik Perak hari tu jugak. Lepas diorang jenguk rumah kitorang, aku bawak diorang pergi ke rumah Mak Teh, adik Abah.

Bila dah sampai rumah Mak Teh, paham-paham la, takde topik lain la. Asyik cerita pasal nak kahwinkan anak jer. Kebetulan Abang Jeff pun bakal bertunang bulan February depan, maka topik ni pun makin menjadi hangat. Mak Teh pulak bercadang nak kahwinkan anak sulung dia, Syukri (sebaya aku) tahun ni jugak.

Hmmmm....

Masa tu, Nana bawak pakwe dia sekali. So, diorang pun tanya la, yang depa berdua ni bila pulak?? Ape jawapan diorang?? Ntah,Aku tak ingat.

Lepas tu Pak Teh tanya aku bila pulak??!!

*Bersiul-siul sambil mata tengok ceiling....
Soalan dibiarkan kosong tidak berjawab... sengih jer...

2 orang cousin pompuan aku yang lagi muda dari aku dah kahwin tahun lepas. Kiranya aku dah dilangkah 2 bendul la... eh??

Pastu tahun ni, sorang lagi cousin pompuan aku akan kahwin. Pun muda dari aku. Kalau adik aku jadi kahwin tahun ni jugak, maka dah berbendul-bendul la..

Lepas tu Pak Teh aku buat peribahasa baru...

"Linda, hang bukan dah kena langkah bendul dah!! Ni dah LANGKAH SUNGAI dah...!!".

*lepas tu semua orang gelak!
Hambik ko!! SUNGAI dia bagi...!
Takpe la, sungai pun sungai la...Ni sungai bersih, belum tercemar lagi.... heheheeheh...

Aku tak sentap pun masa tu sebab masa tu memang rasa kelakar. Tapi hari ni aku rasa macam surius pulak benda ni. wakakakaakaka.....sorry la Mak, anak dara Mak ni tak laku la...haahahahaha

Okay la, aku nak cari mangsa untuk dijadikan suami.muahahahaha

Sekian aku merepek meraban.
Bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!