Thursday, 10 January 2013

Dan Akhirnya Aku Terjebak; Felinna Inch Loss

okeh, tadi aku baru je dapat Felinna Inch Loss ni dari Ella. Aku beli kat dia. Oh! Ella ni office mate aku. Dia ni ape yang takde..Semua benda dia jual.. Otak Bisness wa cakap lu...

Felinna Inch Loss
Wangi tau!! suke..suke..hehehe

Kalau korang ada tengok entry aku sebelum ni, aku ada post gambar sorang cik kak ni, dari muka dia yang agak chubby, leh jadi kecik cute miut lepas sapu losyen Fellina ni dekat muka dia. Aku tak pernah lagi dengar ada losyen yang boleh kecikkan wajah. Ni yang aku nak try ni. Hopefully takde side effect la.

Diet aku???
Ntah la.. kadang-kadang aku makan nasi jugak. Tak boleh tahan jugak. Ate, udoh perut ni dah biase disumbat dengan nasik sejak azali lagi...nak buat cam mane.... sekali sekala kena makan jugak... Kang meleleh je air liur aku tengok orang makan nasi. Heheheheh Alasaaaannnnn!!! Ppaaanggggg!!!!

Aku pun dah lama tak timbang berat badan ni. Hopefully lepas menonyoh Fellina di setiap anggota yang bermasalah ni, aku boleh dapat berat badan ideal la... muahahahahaha...

okay la.. aku nak rehat ni. Makan kuih popiah je..hehehe.. jemput makan semua... =)
Thanks for reading =) comment le weyh!