Friday 25 January 2013

Mengantuk Punya Pasal, Aku.....

Assalamualaikum...
Salam Jumaat =)

Pagi tadi dengar Hot FM AM Krew.. Macam biasa la, dengar si Fafau dan FBI tu mau pecah perut gelak. Pagi-pagi mesti kena dengar. Baru rase happy nak pergi kerja...Wahhh...propa sangat!! Tapi segmen Panggilan Hangit pagi tadi cam tak best sangat.Huhuhuhu

Siapa dengar Hot.FM tadi???

Topik pagi tadi ialah "Bila Dah Mengantuk...." (cenggini la lebih kurang tajuknya..)

So, ada la pemanggil yang call, ceritakan pengalaman mereka bila diorang dah mengantuk, apa perkara yang tak terjangka yang telah mereka lakukan.. Ada sorang tu cerita, dia tertidur dalam sembahyang Jumaat!!! Sembahyang Jumaat weyh!! hahaha.. Orang lain dah tahyat akhir dah, dia still berdiri lagi waktu rakaat pertama. Hahahaha... Yang sorang lagi pulak sebab dah mamai sangat, pergi singgah dekat rumah orang yang tengah buat kenduri tahlil, pastu order Kopi!! Tak bleh blah.... Hahahaha.. Mesti malu gile. So, berhati-hati la bila mengantuk! Kalau ada orang sorongkan bantal pun belum tentu selamat. Ntah-ntah landing atas tanah kubur nanti...Oh misteriiii...seraaammmm!! Hahahah

Mesti korang pun ada pengalaman macam ni kan?? Aku pun tak kurang jugakkkkk (ceh!! Nak jugakkk)..

Ye la, ada beberapa kenangan yang tak dapat aku lupakan disebabkan MENGANTUK!! Antaranya ialah:

1) Tertidur Atas Motor, Lepas Tu Kena Marah Dengan Abah
Kenangan ni aku akan ingat sampai aku tua. Ceritanya cenggini, masa aku kecik-kecik dulu, Abah selalu pergi kebun buah dia dekat kampung opah aku. Dia akan pergi naik motor Honda Cup dia. Selalunya aku akan ikut sebab aku suka ikut bapak aku. Biasa la, anak manja!! *ceh! Aku suka ikut bapak aku pergi kebun sebab setiap kali dia nak pergi kebun dia, dia akan lalu satu jalan short cut ni di mana beliau dengan berjiwa kentalnya mendaki sebuat bukit dengan motor Honda Cup nya tu! Camne aku nak explain ha?? Hmmm.. Korang bayangkan la, Kaki bukit tu tinggi dia hampir 4 or 5 meter, hanya ada batu-batu kecil dan akar-akar pokok dan cerun dalam kedudukan 50°. Kalau takde skill yang mantop, memang terbalik la motor tu...Hahahah.. tapi gile kental jiwa aku masa tu, aku tak takut langsung, walaupun bahaya, aku peluk bapak aku kuat-kuat, tapi aku rasa seronok dan excited!! Ke aku je yang rase bahaya??? Ok. full stop! Aku nak cerita pasal mengantuk, bukan pasal bukit!

So, bila nak balik rumah aku, (dalam 20km dari kebun) aku rasa mengantuk sangat-sangat! Selalunya aku tak mengantuk. Bapak aku dah pesan, jangan tidur sebab dia risau aku jatuh sebab aku bonceng kat belakang. Aku memang takkan duduk depan sebab aku tak suka. At least duduk kat blakang aku boleh nyanyi-nyanyi..hahahaha.. Nak dijadikan cerita, bapak aku macam dapat feel yang anak dia dah tidur kat belakang sebab mungkin dia rasa aku dah tak peluk pinggang dia dah. Dan memang benar tekaan bapak aku. Aku dah tertidur, lagi sikit je nak jatuh dah. Huhuhuhu.. So, bapak aku berhenti kat tepi jalan. Tengok-tengok, selipar aku dua-dua dah takde, tercicir kat mane2 la tu..Nasib baik helmet aku dah diikat. kalau tak, dengan helmet-helmet skali dah tergolek atas jalan. Pastu aku yang tengah mamai-mamai ni nampak banyak sangat pokok pisang kat tepi jalan tu. Pastu tanpa menghiraukan bebelan Abah aku, aku tunjuk pokok pisang tu, aku cakap ada King Kong kat pokok pisang tu. Vodo gile. Pengalaman ni aku tak cerita kat sesapa pun sebab aku malu gile!! Hahahaha... Mak aku je yang tau kot.Pastu bapak aku marah aku balik sebab aku cuba nak lari topik!! hahahaha... Taktik gagal!! Lepas tu, bapak aku ni gigih patah balik untuk cari balik selipar aku yang tercicir tu. Jumpa jugak akhirnya..Huhuhu..

2) Tertidur Masa Exam SPM

kalau basah paper tu, tau la dari mana datangnya..

Kompom ramai yang pernah tertidur masa exam kan?? Terutamanya pada yang suka study last minute macam aku. Esok nak exam, mula la malam tak tido, sibuk nak menghafal di saat-saat akhir. time tu la nak buat nota bagai.. Sangat huduh perangai aku! Tak patut dicontohi. Itu la yang terjadi masa aku nak exam last peeeyyypeeerrrr KIMIA. Disebabkan aku tak minat subject Kimia, aku malas nak study awal-awal.So, esok nak exam, baru aku pulun study hafal formula kejadah semua. Masa tu paper Kimia subjective. Aku dah mengantuk gile, dan aku tak sedar pun aku dah tertidur. Ngantuk gile! Tapi aku tak tidur lama pun sebab takde pengawas peperiksaan kejutkan aku pun. Kalau aku tidur lama, mesti diorang akan kejut suruh cuci muka kat toilet kan?? Mungkin aku tidur dalam 5 minit je kot. Aku tersedar pun sebab aku dengar ada bunyi pen jatuh. Rupenya pen kawan aku jatuh. Pastu dia sengih-sengih tengok aku terkebil-kebil bangun tidur. Terus segar mata aku time tu. Ingat nak sambung balik la jawab soalan. Tapi bila aku tengok buku jawapan aku, dah macam kena conteng-conteng. Aku syak, masa aku tidur tu, tangan aku masih gigih menjawab soalan sebab tah hapa-hapa je jawapan aku. Siap ada lukisan lagi. Tulisan jangan cakap la, dah macam cakar ayam. Benda yang takde kena-mengena pun pun ada dalam buku tu. Terpaksa aku cancel 1 pages tu. Buat malu je.. Dan keputusannya, Kimia aku adalah 6C. Tahniah...

3) Tidur Dalam kelas
Masa aku tadika sampai Form 5, surius aku tak pernah tidur dalam kelas. Sebab bagi aku, siapa yang tidur dalam kelas tu adalah budak yang tak berdisiplin dan tak menghormati guru. Cikgu penat-penat mengajar kat depan, ko pergi tidur pulak. Tidur dalam exam takpe! haahaha

Tapi aku telah menjadi tidak berdisiplin dan biadap sekali bila dah belajar di universiti sebab aku selalu tidur dalam kelas terutamanya kelas yang boring kuliah yang diadakan waktu tengahari selepas aku bantai sepinggan nasi dekat dining. Hahahaha...Saya rasa bersalah kepada lecturer yang saya tidur dalam kelasnya. Walaupun aku duduk depan sekali, aku tetap tak boleh nak hide perasaan mengantuk aku. Jadi, cara aku nak curi-curi tidur ialah aku letak tangan aku kat dahi (cover sikit tang mata), pastu tunduk mengadap buku sambil angguk-angguk sikit. Kononnya paham la ape yang lecturer tu cakap. Hahahaha.. Taktik ni aku banyak guna untuk kuliah subject Management, Networking, E-Commerce, CTU, dan kuliah-kuliah seangkatan dengannya di mana lecturernya, hanya membaca apa-apa yang dah ada pada power point atau buku. Baik aku baca sendiri je kat rumah. Tolong la, kalau ada sesapa kat sini lecturer, jangan la baca balik apa-apa yang dah ada kat slide show atau buku. Pastu guna intonasi suara yang mendatar, tanpa ada 2 way communication dengan student, tahukah anda suara anda seperti lullaby bagi kami. Hahahaha... Alasan!!! *ppaanngggg!!! Sape suruh ko tidur lewat kan!!!!

Tapi tak boleh lawan ada sorang member aku ni, siap berdengkur lagi dalam kelas!! Muahahahahahaha... Lecturer pun tak sampai ati nak kejut dah sebab nampak macam letih bebeno la study malam tadi konon..Padahal, main DOTA!!

4) Tidur Dalam Train dan Bas
Ha... ni yang paling aku tak sanggup. Kalau sedar tepat pada masanya takpe, tapi kalau terlajak tidur, terpaksa la ko turun kat train seterusnya, pastu patah balik ataupun tunggu train patah balik ke station yang dah terlepas. Aku pernah tertidur dalam KTM sampai ke Klang station. Ciss!! Sepatutnya turun dekat Station Padang Jawa. Tak pasal-pasal balik lambat. Masa tu aku kerja dekat KL dan oleh kerana terlalu penat, aku tertidur dan aku tak tau la macam mana la rope aku tidur dalam train tu. Huhuhhuhu..

yang pastinya bukan macam ni la...melampau!!!!

mungkin macam ni je kot. Hahahahahahah
|
|
|
|
|
|
ceh!! x senonoh!!

Dalam bas jangan cakap la... Zaman muda-muda aku dulu, bas tu memang kenderaan yang dah sinonim setiap kali aku nak balik kampung dari kampus. So, macam-macam gaya aku tidur dalam bas tu. Tapi selalunya aku akan cover muka aku dengan sweater. Hahahaha.. Bila dah jaga tu.....paham-paham la... Muka layak diberi penampar. Oh! Aku tak senonoh rupanya.... Ah!! mengantuk punya pasal! Fedulik apa??!!

5) Tidur Dengan Pakaian Kerja
Yang ni pun orang pernah buat kot. Disebabkan aku telampau penat menempuh perjalanan pulang dari tempat kerja (paham-paham je la, kalau kerja kat KL, naik train pulak), sampai rumah pun dah dekat pukul 12 malam, aku terus tidur tanpa cuci muka . Asalnya nak rehat je dekat hall, tapi pagi tu aku sedar aku ada dekat hall.Mula-mula rasa macam terkejut beruk, pastu blurr sekejap. Sape pulak yang angkat aku campak kat hall ni??? Macam la rumah aku ada orang!! Cess!! Terus aku EL hari tu sebab aku rasa diri aku dah tak senonoh dan otak aku dah ting-tong. Nasib baik muka aku spesies kulit buaya. Kalau tak kompom dah naik jerawat besar-besar telur ayam sebab tidur tak cuci muka! Haizzzz...


Setakat ni, tu je la kot.. Tak pernah lagi la ada perkara yang sangat memalukan terjadi dekat aku disebabkan aku mengantuk. Kalau drive pun aku jarang mengantuk, sebab kalau aku mengantuk, awal-awal lagi aku dah suruh orang lain replace. Taknak aku ambil risiko drive waktu mengantuk. Bahaya! Nasib baik la aku ni jenis susah nak tidur. Ada kawan aku ni, dia cakap kalau dia drive sorang-sorang, dia selalu tertidur masa tengah drive. Walaupun jarak perjalanan tu dekat pun, dia boleh tertidur. Giler bahaya! Pasang la Hot.FM kuat-kuat, kompom tak ngantuk!! Huhuhuhuhu!!


Ada satu kenangan masa aku kecik dulu. Bapak aku ni polis bahagian transport. Kalau dia nak isi minyak kereta polis dulu, dia selalu bawak anak kesayangan dia ni temankan. *ceh!! Kadang-kadang malam pun kena isi dan bila aku dah mengantuk sangat, aku selalu tertidur dalam kereta tu. Bila aku terjaga, aku tengok bapak aku dah takde. Mula la aku takut, terus nangis. Adakah sebab dia kesian nak kejutkan aku?? padahal scary kot. Selalunya lepas isi minyak, bapak aku akan record dalam buku log dekat office dia. Dan aku pasti akan ditinggalkan dalam kereta kat garaj. Bapak aku tak risau ke orang culik anak dia yang comel ni?? Haizzz... Even kereta tu dalam berek polis pun... penjenayah ada di mana-mana. Mungkin dulu jenayah kurang tak macam sekarang kot... Pernah satu hari tu, aku ingat bapak aku tak ingat kat aku dah, terus aku balik rumah nangis-nangis. Mak aku terkejut beruk sebab aku balik sendiri. Rumah kat belakang garaj transport je, jalan kaki memang no hal la tapi disebabkan aku masih kanak-kanak ribena, perkara ini dipandang surius! Pastu Mak marah Abah sebab biarkan aku balik sorang-sorang. Hehehehehe...Sejak dari hari tu, terus Mak tak bagi aku ikut Abah dah! Aku tak salahkan Abah aku sebab mungkin dia plan nak kejutkan aku lepas dia setelkan kerja-kerja dia dulu. hehe

Oh! Sekarang ni kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Budak yang nama William Yau tu masih tak dijumpai lagi. Tolong lah jaga anak-anak anda. Jangan biarkan mereka sendirian dalam kereta atau nak ke mana-mana pun. Even depan rumah pun orang still boleh culik lagi. Kesian budak-budak zaman sekarang terutama yang duduk kat bandar. Mereka tak sebebas macam kita dolu-dolu..

Sekian.


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment