Friday, 10 May 2013

Aku Dijangkiti Virus??

Semalam aku MC. Aku demam, loya, pening, muntah2 dan selsema. Jadi, macam biasa, aku pergi klinik depan rumah aku ni. Masa jumpa doktor, aku bagitau la ape yang telah terjadi. Aku bagitau aku demam, muntah2, loya, pening dan sakit tekak. Mula-mula, doktor tu check mata aku' ppastu dia tekan ibu jari aku pulak. Lepas tu dia kata aku macam takde darah sebab muka aku pucat gile. Manr tak pucat, semua yang aku makan, keluar balik.

Lepas tu dia check pulak tekanan darah aku, dia kata rendah sikit. Lupa pulak nak tsnya berapa bacaan dia. Lepas tu dia check jantung, normal. Pastu dia check perut aku pulak. Masa aku baring, dia tekan-tekan. Ada beberapa bahagian yang dia tekan tu, aku rasa sakit. Dia kata 'angin'. Mungkin la kot sebab aku adyik sendawa je. Bila sendaws, mesti aku rasa nak muntah. Pastu aku tanya la, ape penyakit aku sebenarnya sebab aku tak pernah kena macam ni. Lain macam je... Doktor tu terus cakap. 'Awak dah terkena virus'.

Cheh!!! Virus mende pulakkkk??

Aku malas nak tanya sebab masa tu aku macam blur jer. Muka doktor tu pun aku tak nampak sangat sebab aku lupa nak pakai speck. Lepas tu doktor tu tanya aku, semalam ada pergi mana2 tak? Aku baegitau la kat doktor tu, semalam aku pergi pejabat imigresen Putrajaya. Lepas tu aku pergi Plaza Masalam. Masa dekat Plaza Masalam tu aku dah rasa nak demam dan muntah2. Kat plaza masalam la aku start muntah2. Doktor tu boleh gelakkan aku pulak. Siap tanya aku sempat pergi toilet tak. Mesti la sempat!! Takkan aku nak muntah dekat food court dia pulak. Tak pasal-pasal kena saman plak kang. Hehe. Dalam hati aku cakap, 'eh' orang tua ni gelakkan aku plak. Biadap dia ni.

Bila dah balik rumah, makan ubat, baru aku tertanya-tanya virus apa yang dah serang aku? Serius kah? Ape kena mengena dengan tempat yang aku pergi? Macam mana aku boleh dapat? Adoiiii.. tadi taknak tanya sebab masa tu aku just pikir nak makan ubat cepat, dan nak sembuh cepat. Hmm...

La ni aku okay sikit dah tapi tak larat nak pergi office . Pening dan loya tu masih ada. Masuk hari ni dah 3 hari aku makan roti Gardenia cicah air kosong je. Masih tak boleh makan nasi. Pikir nasi pun aku dah loya. Dah macam orang mengandung jer... huhuhu...

Ni nak letak minyak cap kapak atas kepala. Best  betul. Hilang sikit rasa pening tu. Semalam bapak minyak cap kapak Nana belikan untuk aku.

K lah, lapar la pulak . Nak makan jap. Makan biskut kering perisa jagung plak.
Bye.
Doakan saya cepat sembuh ye. Tq.  :-)


Thanks for reading =) comment le weyh!