Tuesday 7 May 2013

Kali Pertama Mengundi

Assalamualaikum w.b.t.

Result sudah keluar.. apa macam?? Puas hati ke idokkk???

Bagi aku, PRU-13 ni adalah pilihanraya yang paling bersejarah dalam hidup aku.
Ni first time aku mengundi dan aku rasa macam teruja bila memikirkan satu undi aku tu amat berharga. Ni adalah salah satu cara aku berbakti kepada negara aku.

Pilihanraya kali ni juga adalah pertama dalam sejarah bila SPR melaksanakan peraturan baru iaitu mencalit dakwat yang kononnya kekal selama 7 hari.. huhuhu.. takyah sampai 7 hari la.. 2 hari pun jadi.. Tapi ramai jugak yang kata, sehari pun dah boleh hilang kalau dibasuh dengan beberapa cecair tertentu. Pada pemerhatian aku, dakwat tu takde la kekal mane pun. Hari pertama je, dah comot dakwat tu kena dekat kuih pau yang aku makan. Tu belum kena basuh dengan air lagi..huhuhu.. SPR kena kaji balik pasal dakwat ni.. Ramai yang tak puas hati nampaknya..hehehehe..

Hari Ahad lepas, aku dan Mak semangat gila nak pergi mengundi. Mak aku awal-awal pagi lagi dah kejutkan aku. Ada la dalam pukul 5.30 pagi dia kejutkan. Tapi aku macam biasa la, golek-golek dulu, tidur-tidur ayam balik.. Best woo tidur kat rumah Mak. Sejuk gile. Rasa macam taknak bangun jer.. Lepas kena sergah, akhirnya aku pun bangun la, sembahyang Subuh dulu. Lepas selesai, aku terus menuju ke dapur lantas mengangkat tudung saji. Ahaaa!!! Ada nasi goreng!! Pemalas punya anak! Bukan nak tolong mak masak. Tau makan jer.. hehehehe... Memandangkan Abah aku kena bertugas seawal pukul 3.00 pagi, maka mak pun masak awal katanya... Tanpa membuang masa, aku pun melantak la nasi goreng mak aku. Mak aku kata nasi gorang dia failed. Tapi aku tetap belasah sampai 2 pinggan. Masakan mak tetap yang ter 'best' in the world.

Lepas setel makan, dalam pukul 7.00 pagi, mak aku dah bising suruh aku bersiap.Nak pergi awal katanya, takut orang ramai, penat pulak nak berbaris nanti..Hehehehe.. Aku cakap, "relaks la mak, pergi lambat-lambat sikit la baru otai...". Terus aku kena marah! Huhuhuhu...

Lepas dah siap, dalam pukul 7.50 pagi, bergerak la kitorang ke tempat mengundi masing-masing. Adik aku yang hantarkan. Mak aku dekat sekolah Adika Raja, aku kena dekat sekolah cina. Dekat sekolah cina ni, aku tengok ramai gila cina. Aku dapat saluran 5. Depan aku ramai anak-anak muda berbangsa cina. Melayu ada la dalam 3,4 orang. India takde. Mungkin sebab aku datang awal kot. Pukul 8.05 pagi aku dah beratur. Depan aku ada la dalam 10 orang kot.
mungkin lebih sikit...

nervous pulak bila nak sampai turn aku. Ada brader polis sorang jaga di setiap pintu.

Bila turn aku sampai, aku bagi IC, pastu akak tukang semak tu potong nama aku. Pastu dia sebut no IC aku kuat-kuat. Abes semua orang tau aku dah tua. Hehehehe..

Tak sampai setengah jam dah settle. Boleh balik dah. Masa nak balik, aku tengok ramai yang pakai baju biru.. Kebanyakannya Cina. Melayu ada sikit. India takde. Huhuhuh.. Mungkin awal lagi kott...

Balik tu, aku teman mak aku pergi pasar. Mak beli kuih cucur kuah kacang favourite aku. Disebabkan plastik kuih tu macam berminyak sikit, terkena pulak dekat jari mak yang dicalit dakwat 'kekal', maka habis la comot plastik tu..hehehhe..

 ni jari aku (5/5/13)

 ni jari mak aku.. terkekeh-kekeh aku gelak tengok jari mak aku..selagi mauh diorang calit.hahaha
(5/5/13)

 ni tangan mak aku comot sebab terkena dakwat yang terlekat dekat plastik kuih
(5/5/13)

  ni jari aku waktu petang lepas aku tolong mak aku basuh pinggan, mandi bagai..
(5/5/13)
 ni jari aku hari Isnin masa aku nak balik shah alam 
(6/5/13)

Ni jari aku hari ni (7/5/13)

Okay la kan... tiga hari pun ada kesan lagi.. Huhuhuhu..

Yang orang duk kecoh-kecoh pasal dakwat ni tanggal sebelum 7 hari nape eh?? Bukan hari pengundian tu sehari je ke?? Tengok la, hari ke tiga pun masih ada kesan dekat kuku aku tu. Yang gigih nak basuh dengan klorox bagai tu apasal?? Korang risau bangla pi mengundi dua-tiga kali lepas basuh jari diorang eh.. Takpe, aku paham keprihatinan korang tu... Huhuhuhu

Sekarang benda dah jadi dah pun. Yang menang, pandai-pandai la korang nak tadbir kerajaan.. Awas, tersilap langkah sikit, buruk padahnya. Pada yang kalah, jangan bersedih. Kalah tipis je tu.. Next PRU, usaha lagi ye. 

Aku nak kata happy tak, sedih pun tak. Cuma aku rasa macam takut jer.. Takut ada orang tu, just permain-mainkan kita, dalam masa yang sama, diorang maju ke depan, kita makin mundur dan berpecah belah. Ini pengajaran la buat mereka yang terlalu confident dengan sokongan-sokongan depa ni.. Awat la susah sangat kita nak bersatu?? 


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment