Thursday, 23 May 2013

Moon Brothers, Kegilaan Terbaru Saya!!

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni aku nak bercerita pasal 3 orang adik beradik yang cute miut ni.. Disebabkan ke'cute'an mereka ni la, aku tak dapat nak tidor lena, malas update blog, dan terasa malas nak kerja (alasaaaannnnnnnn!! Ape kena mengena???). Sorry la, aku macam takde mood sangat nak berblogging sejak dua menjak ni.. Eleh, blog aku bukan best pun. huhuhu..

Okay, pasal 3 adik beradik ni, diorang ni cute dan comel sebab diorang ni kacukan Kanada (ayah) dan Korea (Emak). Nama ayah diorang James Moorhouse manakala emak diorang Moon MiWon. Bagi peminat-peminat drama Korea atau K-Pop, mesti kenal dengan adik beradik ni. Okay la, aku perkenalkan sorang-sorang.


Dari Kanan, Mason, Maden, Mavin



Moon Mason adalah anak sulung merangkap abang kepada Mavin dan Maden. Dia sekarang ni dah berumur 6 tahun, lahir pada 21 March 2007. Aku mula-mula tengok dia ni masa dia berlakon dalam movie 'Baby and I' lakonan hero febret aku, Jang Geun Suk. Masa dia berlakon cerita ni, dia baru berumur setahun lebih. Memamng cute gile. Bawah ni foto untuk movie tu.

 

 Anak dengan bapak, sama cute! Hehehe..

Si Moon Mason ni, sejak kecik lagi dah jadi model. Aku suka gila tengok dia posing depan camera. Memang gaya seorang model tu dah ada dalam diri beliau. Kalau korang nak tengok dia dalam youtube, taip je Moon Mason. Macam-macam program realiti dia ada terlibat. Yang paling aku suka ialah Hello Baby, bila dia dan adik-adik dia kena jadi anak-anak kepada girl group T-Ara. Kelakar tengok telatah diorang. Yang paling aku suka pasal Mason ni, selain cute, dia juga bertanggungjawab dan sebagai abang yang sulung, dia 'menjaga' adik-adik dia. Bagus didikan yang Emak dia bagi. Kagum jap!



Ni aku bagi link untuk tengok show Hello Baby tu. Episod lain, korang tengok sendiri kat Youtube.

Ni beberapa lagi gambar Mason, yang lain-lain leh cari kat cik google ye..Bersepah.. huhuhuhu

 

 
 
kompom handsome bila dah besar nanti. Sesiapa yang mengandung tu, jom buat wallpaper dekat desktop. Muahahaha...

Moon Mavin

Kyaaaakkkkkkkk!!! Ni yang paling comel bagi aku!! Huhuhuhu... Moon Mavin adalah adik kepada Mason, anak yang ke-2 (sama macam aku, harusla backup geng!)

 

 

cutenyeeee!!

Aku suka Mavin ni sebab aku rasa dia special sikit. Sebab apa?? Sebab dia ada lesung pipit dekat dua-dua belah pipi dia yang cute tu!! Dan lagi satu, dia suka senyum!!Arrhhhh..rasa nak picit-picit jer.. sabar..sabar... Aku tunggu masa je nak letak gambar dia besar-besar dekat desktop!! Huhuhuhu... Sekarang pun dah letak tapi kecik2 jer..hahaha..

Mavin ni baru berumur 5 tahun, lahir pada 17 December 2008. Kalau Abang dia, Mason, wajah ala-ala mat salleh gitu (ikut apak dia), si Mavin ni macam Korea sikit. Tapi still cute. Si Mavin ni macam nakal sikit tapi tetap sayangkan abang dan adik dia. Dalam Hello Baby, kalau dia ada buat silap, dia akan menyorok, lepas tu terus tidur. Hahahaha... Dia ni pun model jugak macam abang dia selain berlakon dalam iklan. Untung mak diorang dapat anak comel cenggini. Huhuhuhu...

Ni antara video-video yang buat aku suke gile kat dak Mavin ni



Taking care of Mavin 1


Taking Care of Mavin 2

Dalam Hello Baby T-Ara, ada satu part tu bila Mavin Menari lagu T-ARA. Tajuk 'Yayaya'. Cute gile.
Aku nak post dari youtube tak boleh pulak. Kalau nak tengok, clik sini Mavin Dance

Lagi satu, video ni... saje jer..huhuhu.. 


 hehehe..mesti korang gelak tengok video ni...

Terimalah gambar-gambar Mavin lagi..muaahhahaha


 



 

 Besar dah... Comel betul!

Moon Maden

Haaa, finally.. Fuh!! Ni magnae kepada Moon Barothers.. Maden!!! Umur dia sekarang 4 tahun, lahir pada 18 December 2009.. Si maden ni memang muka Mat saleh betul! copycat bapak dia. Juga sangat cute. 








dengan abang dia, Mason.

Disebabkan dia ni anak bongsu, maka nampak la dia ni macam manja sikit dan suka diberi perhatian. Dalam siri We Got Married yang famous kat Korea tu, 3 adik beradik ni ada terlibat dalam show tu  bersama pasangan Sunhwa dan Kwanghee.. Kelakar la jugak aku tengok, bila dia jelous tengok Sunhwa ribakan Mavin sampai taknak makan gitu..huhuhuhu.. Tengok kat sini..

Okeh, kat bawah ni, ada lagi gamabar diorang.. Hope korang suka la post ni. Kalau tak suka, takpe.. Huhuhuhu..






p.s: Aku rasa macam panjang jer post ni.. Sebenarnya nak qada' balik kemalasan aku mengepost entry sejak dua menjak ni..hehehe buleh??? =p

Sumber gambar2: google dan facebook
Thanks for reading =) comment le weyh!