Monday 27 May 2013

Lipas, Lalat, Rambut, Kerengga,Tali Rafia

Assalamualaikum w.b.t..


Tajuk entry ni macam permainan yang aku selalu main masa zaman sekolah rendah dulu. Senaraikan 5 nama, negeri, binatang, buah, benda..Huhu.. Tapi sebenarnya takde kaitan pun. 

Yang ada kaitannya ialah, setiap kali aku makan kat luar, bila time aku semangat gila nak makan, maka, benda-benda yang disebutkan diatas itu akan appear di celah-celah makanan yang aku order. Gila mati terus selera aku. Dan yang paling aku bengang sekali, kenapa benda-benda ni wujud dalam makanan aku???? Bukan makanan orang lain? Sebab tu aku dah malas dah nak makan kat luar sekarang ni. Tak terjamin kebersihannya.


Aku lebih suka makan dekat tempat yang aku pasti dengan kebersihannya, contoh macam restoran nasi kukus dekat Bukit Jelutong. Aku boleh ambil sendiri makanan tu, dan aku boleh kelebet-kelebet dulu kot-kot lauk tak besih ke hape ke.. Kalau konsep cenggini, memang aku akan makan dengan selera sekali. 

Restoran Fast Food pun belum tentu bersih lagi.. Kalau tak percaya, pergi KFC Alamanda, bersepah lalat.. Hahahaha.. Penat aku makan sambil sepak lalat. Kalau bukan ikutkan selera si Safwah, memang aku tak jejak la KFC tu..

Macam semalam pulak, Nana ajak aku makan dekat satu restoran nasi ayam dekat Seksyen 13. Dia kata sedap sebab selalu makan dengan office mates dia. Aku pun teringin la nak rasa kelazatan nasi ayam seperti yang diperkatakan beliau tu. Sampai-sampai jer kat kedai tu, aku tengok ada la 5,6 orang pelanggan tengah soru. Selepas aku 'scan' restoran tu, aku dapat tau tu restoran Cina Muslim. Masakan dia ala-ala makanan Tiong Hua. Ada lauk-lauk yang kita boleh request nak masak ape. Terliur jugak la tengok macam-macam jenis menu seafood tapi disebabkan aku sengkek, tak gaji lagi, maka aku makan nasi ayam roasted je la.. 

Sampai jer order, memang aku terliur la.. Terus lajuuuu je aku hirup sup dia. Sedap! Pastu aku rasa pulak air Jus Epal Asam Boi yang aku order. Pun sodap!! Tapi tetiba aku tengok muka Nana dah kemek-kemek dah.. Aku pun tanye la.. 

Aku: Nape?

Nana: Hehe....
Aku: Nape?? (tak puas hati)

Nana: (Menunjukkan sesuatu dalam pinggan taugeh) Ni.... ada anak lipas!
Aku: Eeeiiiiiiiiiii....... (terus rasa nak nangis)

Nak blah, nampak kurang sopan plak.. Terus aku belek-belek nasi ayam aku. Tengok okay jer.. Aku pun baca Bismillah, ngaappp!! Redho je la... Perut tengah lapar.. Tapi yang taugeh tu, Nana perabeskan! Wakakakakaka..Dah la gemuk-gemuk jer taugeh dia..geram gila tengok. Tapi Nana tak habiskan terus. Dia makan sikit jer part yang tak kena anak lipas tu. Celaka punya anak lipas!! Haizzzz..

Tu baru sikit je tu.. Nasib baik Nana nampak. Selalunya dia main tibai je makan..

Aku ni memang jenis membelek makanan. Pernah sekali, terjumpa bulu dalam roti canai. Terus mati selera aku. Dan tobat aku tak mau makan kat mapley dah..Huhuhuhu.. Gile! Ntah bulu ape la tu..huhuhuh

Aku tunggu gaji masuk je, aku dah nekad nak renovate balik dapur rumah aku tu. Dah macam tongkang je aku tengok. Tuan rumah pun buat bodo jer.. Kalau dia masak roti telur pun bukan reti nak basuh balik pekakas yang dia dah guna. Kalau aku tak tolong basuhkan, agaknya sampai berulat la pekakas tu dalam singki. Celaka! Ingat aku orang gaji ko ke?? Siap la, lepas ni, kalau aku dah renovate cantek-cantek, ko main campak je barang-barang dalam sinki, aku sound terus! Dulik hape aku. Ingat ada orang gaji dalam rumah ni?? Ooooo.. pandai suruh orang sental bilik air, tapi cawan ko sebijik pun pemalas ya amat nak basuh. Aku lempang kang!! Oh..marah pulak aku. Aku memang emosi sikit bab-bab orang pemalas camni. Melampau!!

So, hari ni, makan roti Gardenia dengan Lady's Choice Peanut Choco je la.. Kompom aku sendiri yang sapu! Dah gaji kalu, masak sendiri la ape-ape pun.. Nana ada hutang dengan aku. Dia kata nak masakkan aku TomYam Seafood. Aku menanti-nanti tomyam dia tu..huhuhuhu...

(Aku baru plan nak letak gambar lipas dalam makanan, lepas goggle je, ada beberapa gambar yang menjijikkan, terus tak jedi letak. Kang setiap kali aku bukak blog ni, aku muntah. Huhuhu..abaikan...abaikan..)


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment