Monday, 20 May 2013

Sampai Hati Kau...

Last week aku ada register dalam satu laman web mencari jodoh ni..Saje suka-suka, mana tau kot-kot leh jumpa jodoh ker..Verangaaaannnnnn...

Beberapa minit tadi, masa aku tengah godek-godek website tu, DANGGGGG!!! Rasa terkejut macam kena sambar kilat je tadi (ewahhh, macam la pernah kena sambar ngan kilat!!). Terkesima sekejap aku tengok screen monitor. Aku kenal wajah itu!!! Terus sebak perasaan aku, mengalir jugak la air mata aku dua tiga titik tadi.

Wajah yang dah lama aku rindu nak tengok. Tapi bukan wajah yang sedang terpamer di screen ini!! Ya Allah, apa yang kau dah buat?? Kenapa sampai jadi macam tu???

Sungguh aku sedih, kecewa, marah dan kecewa! kecewa! kecewa!!

Korang tak paham perasaan aku kan??

Okay, sekarang, cuba ingat balik cerita 'Waris Jari Hantu' lakonan Maya Karin dan Rusydi Ramli sebagai teraju utama.

Korang bayangkan perasaan Maya Karin masa mula-mula jumpa Rusydi Ramli lepas dia lakukan pembedahan buang.........Ohhh!! Tak sanggup dah aku nak cerita... Dengan makeup, rambut.. Itulah perasaan aku sekarang!! Astaghfirullah.. Ya Allah, kau berikan kekuatan untuk hambamu ini supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan hina kepada hambamu itu Ya Allah. Kurangkan rasa marahku ini.. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan hina..

Kalau dia jadi begitu sebab aku dulu, aku mohon padamu TUHAN, kembalikan dia ke pangkal jalan, berikan dia petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Kasihanilah dia, kasihani ibu bapanya. Makbulkan doaku ini Ya Allah.

Ada hikmahnya aku join website tu. Sekali ko terkantoi dengan aku. Dan website tu jugak akan record every visitor yang visit profile ko. Jangan terkejut, aku adalah salah seorang visitor itu. Aku ingat kau dah berubah, rupanya kau masihhh............. :'(



Thanks for reading =) comment le weyh!