Friday, 31 May 2013

Khatan Zaman Sekarang...

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam Nana tanya aku,

Nana: Kak, ko tau tak Awish dan Irfan dah 'sunat'??
Aku: Ha?? Dah 'sunat' dah?? Bile??
Nana: Ntah! Baru lagi la kot sebab cuti sekolah kan sekarang. Tapi macam tak sunat je...
Aku: Maksud ko?
Nana: Ye la.. ko tengok gambar-gambar diorang dekat FB Cu. Diorang macam tak sakit je.. Lepas tu dapat hadiah banyak pulak.. 
Aku: Gila la.. Cu tak bagitau pun.. Takpe! Esok aku tengok.
Nana: Perlu ke nak bagitau ko???

Huhuhuhu...

Maka, pagi ni aku telah meng'skodeng' FB Maksu aku. Nin Dia rupa budak baru lepas berkhatan

|


|

|


|


|


|


|


|

|

|
Awish
Caption Maksu Aku: Beberapa jam selepas bersunat...



Irfan

Caption Maksu aku:Lupa ler tu..baru bersunat...papa dah belikan mainan..





Nana

Yang ni takde kene mengena.. hehehe..
Comel tak Nana??
Macam 'Utajah'...


Nana dan Lala 


Maksu aku kata, doktor ada pasang satu alat dekat tuuuuttt diorang untuk protection dan diorang tak rasa sakit sangat.. Ohhhh..baru aku tau... 

Aku just teringat zaman Abang aku dulu berkhatan. Masa tu abah decide nak buat kenduri dia sekali dengan kenduri kahwin Paksu aku (adik Abah yang bongsu). Abang aku dan sorang sepupu aku, dilayan macam pengantin jugak. Siap pakai baju cantik-cantik, siap kena dukung lagi walhal masa tu dah besar gajah. Dia darjah 5 kalau aku tak silap. Jeles aku, dah besar-besar pun ada orang dukung lagi. 

Lepas tu, diarak macam pengantin.. Dapat makan Ayam Golek.. Lepas tu siap dapat hadiah lagi.. Bapak aku siap kasi basikal BMX lagi... Nak bagi dia semangat sikit supaya cepat sembuh. Lepas tu boleh main basikal dengan riangnya...

Abang aku dulu tak pakai doktor.. Pakai TOK MUDIM!! Hahahaha..
Masa siang, kemain lagi enjoynya.. Dalam dekat-dekat nak maghrib tu, aku tengok muka dia dah pucat semacam.. Asyik duduk kat tepi tingkap jer.. Penat Mak aku pujuk-pujuk, bagi kata-kata semangat. Aku dah gelak guling-guling dengan sepupu aku. 

Abang aku ni penakut sikit.. Masa TOK MUDIM datang, dia dah tak bercakap! Pucat habis! Mak aku decide suruh abah aku 'setel'kan abang aku dulu.. Takut nanti kalau dia tengok sepupu aku tu memekik, meraung, takut dia lari satu kampung pulak.. Hahaha.. 

Rumah Opah aku ada dua tingkat. So kerja-kerja 'sembelih' tu diorang buat kat tingkat atas. Aku dengar abang aku menjerit kuat giler!! wakakakaka.. (Sorry la brader, gua terbukak rahsia besar lu..hahaha)..
Lepas tu terus senyap dah. Pengsan kot!! hahahaha...

Lepas tu abah bawak dia turun tangga.. Mak urut dada... Legaaa.. Setel dah!
Pastu tiba giliran sepupu aku.
Dia siap buat gaya ala-ala Miss World lagi masa naik tangga. Tak takut langsung!! Cehh!! Berlagak gila.
Dan aku tak dengar langsung dia nangis!! Hahahaha

So, bila dah setel tu, terbaring la dua orang bebudok ni di suatu sudut dengan kain pelikat yang diikat ke atas seperti yang biasa kita tengok kat tv keadaaanya.. Lepas tu, sesi memberi makan ubat pulak. Abang aku ni cukup payah nak makan ubat. Mak aku jumpa ubat-ubat dia campak keluar dari tingkap. Lambat la sembuh jawapnya. Yang si sepupu aku tu dalam 3 hari je, dah pergi main bola mak dia cerita.. gile dasat!!

Zaman sekarang macam simple sangat aku rasa. Ye la, teknologi dah canggih. Buat apa nak susah-susah siksa diri ye tak?? Sekarang, lepas sunat jer dah boleh pakai seluar, main masak-masak..Ehh??

Tapi, aku percaya, kenangan manis yang dialami oleh abang aku dan anak-anak maksu aku (budak zaman sekarang) ni jauh bezanya! Kenangan yang abang aku rasai lebih manis! 

Ye la, dapat merasa jadi 'Raja Sehari', makan sedap-sedap, diapit oleh sanak-saudara, ada pakcik-pakcik yang bagi kata-kata semangat... "Tak sakit... Rasa macam kena gigit semut api jer..." Ayat cliche.. lepas tu boleh dapat hadiah... 

Hmmm.. Anak aku nanti camne eh?? Huhuhuhu...

p.s: bebudak sekarang banyak main kat dalam rumah jer sebab kat luar dah tak selamat. Banyak penyangak! Kesian budak-budak sekarang.. Tapi zaman diorang dah ada online game, PSP, PS2, ipad, bla..bla..bla.. Kalu aku dulu kena kurung dalam rumah, boleh mati keboringan kot.. Hehehehe..

Tapi korang tak merasa la main kat sungai, kat bendang, main basikal turun bukit laju-laju, tangkap berudu, main gasing, galah panjang, baling selipar, main masak-masak(guna kreativiti menjahanamkan pokok bunga mak kau), main panjat pokok, kejar ayam, bagi makan kambing, curi-curi naik motor bapak, main lastik burung, main layang-layang, tangkap ikan, cari cacing dalam tanah, jalan-jalan dekat kubur cina, main kawen-kawen, naik bas ramai-ramai dengan kawan pergi bandar, pergi tikam telur dekat kedai nyonya, main lompat getah dan macam-macam lagi la yang kalau aku sebut kat sini, memang tak habis! Huhuhuhu... 

Kesian budak-budak sekarang...



Thanks for reading =) comment le weyh!