Thursday 6 June 2013

Insurans Baru; Kopak di Hari Jadi

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni, aku panas hati dengan Insurans Takaful Protect Plus yang aku ambik melalui direct marketing. Masa aku ambik tahun lepas, tak pikir panjang..Pikir nak murah dan mudah jer.. Ye la. RM45 je sebulan, janji aku ada insurans. Tu je aku pikir. Fadahal... Yang dia cover, memang tak membantu pun sebenarnya.. Aaah!! janji ada insurans..Hmmm..

Dah 3 kali aku hantar form ammend sebab Nama ayah aku (sebagai penama) dan nombor IC dia salah, so aku nak betulkan..Dah berjanggut aku tunggu, ingatkan akan dapat sijil yang baru dengan nama dan ic ayah aku yang dah dibetulkan, tapi....haraaammmm.. Buku lama jugak yang diorang post balik dekat aku. Masalahnya form ammend tu dah dua kali aku hantar. Borang first, aku silap isi, jadi dia hantar satu form lagi, suruh isi semula, aku isi. Pastu aku post bulan 2 aritu. Last week, sijil sampai, tapi!!! Sijil lama! Takde ammend ape2 pun. Pnaih dah ni!! 

Pastu siap kasi surat yang mengatakan aku tak bagi form yang diorang nak untuk ammend kesalahan2 tersebut. WTH!! Aku fed-up dah. Isnin lepas aku call customer service dia. For your information kengkawan, kalau kita ambik insurans direct call ni, kita takde agent khas yang ditugaskan untuk jaga kita punya insurans k. Setiap kali call, kita akan dapat agent yang berlainan. So, kalau ada urusan yang berkaitan, ko kena explain satu-satu kat agent tu. Last Monday, aku dapat agent lelaki, biasa aku call dapat agent pompuan jer.. 

Aku pun explain la dan tanya pasai apa aku dapat sijil yang sama jugak? Berapa kali nak main post-post surat ni? Ingat aku suka ke nak pergi pejabat pos tu banyak kali?? Lepas tu dia kata aku tak hantar amendment form. Palotak dia.!! Takkan ko takde record yang ammend form baru aku tu tengah pending?? Nampak sangat ko pentingkan sales je kan?? Lepas sales, belakang kira. Pergi mampos la dengan customer yang tetiap bulan kena potong duit ni.

Tapi, Alhamdulillah, mungkin Allah nak bantu aku daripada ditipu oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab ni. Aritu aku meyatakan ketidakpuasan service AIA AFG Takaful ni, then ada seorang kakak yang kerja dekat AIA tu nak tolong aku. Akak ni agent AIA macam aku jugak dulu, tapi aku buat half jer, sebab income aku tak masyuk sangat, jadi, aku blah cari kerja lain! Tapi akak ni positif orangnya.. Dia stay jugak sampai dah masyuk nampaknya sekarang ni. 

Tadi akak tu inform kat aku, dia dah check dalam sistem, nama aku memang takder dalam sistem, tapi duit aku Maybank memang tolak tiap-tiap bulan. Senang nak paham, kalau tetiba esok aku mati katak ke, memang aku tak boleh claim la sebab nama aku takde dalam sistem.. Gitu la penerangan dia.. Tapi macam tak logik jugak, sebab aku ada No id aku dan setiap kali aku call customer service, dia akan tanya aku no id tu. Hmm.. mana satu nak percaya ni. Mungkin ada dalam sistem, tapi paham-paham je la kalau dah banyak tangan.. Aku pun dah tawar hati dah kat AFG ni. At least kalau dengan akak ni, aku dah kenal. Kalau ape-ape jadi, aku terjah je opis terus jumpe big boss aku, Encik Rizal.

Aku plan nak stop jer la..
Sekarang, aku dah kasi sijil dekak Kak Wa. 
Dia akan tolong tanyakan macam mana nak stop.
Mungkin dapat duit balik ke camneee... Kalau tak dapat pun lantak la
Malas dah aku nak layan.

Insurans Takaful yang aku baru ambil dekat Kak Wa ni, aku kena bayar banyak sikit, tapi aku puas hati. Macam-macam dia cover including medical card sekali. Dan aku ambil jugak sekali untuk ayah aku. Ok la, pasni aku kena makan maggie je la..hahaha.. Takpun, kena cari keje yang lagi masyuk dari sekarang. InsyaAllah, moga urusan aku dipermudahkan Allah. Amin..

So, next month baru start payment. Tapi tadi aku dah bayar sikit untuk satu sub plan dia. So, in case ape-ape terjadi kat aku pasni, at least sedikit sebanyak dapat membantu. Tapi hopefully aku selamat la. Moga Allah lindungi kita daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini. 

p.s: Semalam dah kopak, beli baju kurung, shopping barang-barang nak renovate dapur. Jeles dowh tengok dapur baru Iqram Dinzly. Aku punya dapur daih bebeno ropenyer..Macam tongkang kena tsunami. Ni kalau mak aku tengok, mau pengsan kot. Hehehehe..

Pesanan penaja: Jangan sesekali accept insurance dari direct call sebab diorang pentingkan sales jer!! Tambah yang murah-murah ni. Diorang cover kalau ko meninggal jer! Jangan merasa la nak duit insurans time ko duduk sepital! Ingat, ko kena meninggal dulu baru dapat claim! Yang aku punya polisi tu lagi best. Aku kena dapat denggi dulu, pastu meninggal! Baru dapat claim! Hahaha.. lawak pulak aku dengar. Tu la, masa orang explain, tak mau dengar bebetul.. Idup-idup kena naya. Linda..Linda..

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment