Monday, 17 June 2013

Orang Gaduh Masa Aku Tengah Makan

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas, lepas balik kerja, aku dan Nana singgah makan dekat sebuah restoran dekat area rumah aku kat TTDI.Malas nak pergi jauh-jauh.

Sementara aku menunggu makanan yang aku order sampai, terjadi la satu drama yang aku tak berapa berkenan nak tengok.

Ceritanya cenggini....

Ada sorang kakak cashier ni yang merangkap pekerja kedai tu marah marah seorang customer lelaki ni yang dikatakan selalu makan free dan bagi alasan macam-macam masa nak bayar. Disebabkan masa tu tak ramai orang dekat restoran tu, maka setiap makian akak tu aku boleh dengar dengan jelas tapi aku malas nak toleh dekat kaunter cashier tu. Konon-konon taknak ambil taw, buat-buat tengok tv. Sebenarnya aku cuak sikit tengok orang bergaduh ni, aku takut kang aku pulak kena bantai..hihihi.. So, antara dialog akak tu dengan brader yang asyik nak makan free tu berbunyi cenggini...

*KK=Kakak Kashier
*BMF= Brader Makan Free

KK: Ah!!! Macam-macam la alasan time nak bayar. Awak ingat saya tak nampak ke awak selalu lari lepas makan!! Sebelum ni saya malas nak tegur sebab orang ramai!!
(tetiba je terus dialog ni yang aku dengar.. Aku tak dengar ape yang BMF cakap kat KK sebelum tu..)

BMF: Esok saya bawak duit, saya bayar.. Nah ambil ni dulu.. (sambil bagi business card)

KK: Ah, takde-takde.. Ni mana laku!! (sambil bagi balik business card BMF. Masa ni aku curi2 tengok scene ni)

BMF: Esok saya bayar.. Hari ni saya sakit kaki~~ (Sambil macam nak blah dari kaunter)

KK: Ha!! Tak payah la.. Saya halalkan je laaa! (sambil meninggikan suara.. maknanya dia tak ikhlas la nak menghalalkan makanan yang BMF makan.. tu firasat aku laaa)

BMF: Nanti saya bayar.. (sambil bergerak keluar dari restoran)

KK: Dah.. dah.. tak payah la.. Lain kali tak payah datang dah!! Dah lama saya perhatikan.. Memang slumber jer ambil lauk la, makan tak bayar la.. (Sambil bagitau dekat kawan2 dia)..

(Sambil tu, BMF masih mundar mandir depan restoran sambil belek-belek purse dia..Lepas tu dia masuk balik dalam restoran. Masa ni aku macam tak sedap hati, takut kot-kot dia nak mengamuk ke.. Masa ni Nasi Goreng Kampung aku baru sampai. Aku takut kang dia mengamuk ke, kempunan plak aku nak soru nasi goreng aku tu..Huhuhu

Brader tu pergi dekat KK yang tengah kemas-kemas kerusi...)

BMF: Saya ada duit~~ Saya kerja la...!! Esok saya bayar 20 ringgit..

KK: Ohhh!! Alhamdulillah kerje ye!! Bagus laaa!! (Nada perli).. Dah, tak payah la.. Saya halal je la.. Esok macam-macam lagi la pulak alasan dia bagi. Hari tu kata tertinggal dompet la, motor rosak la.. Ni kata sakit kaki la..!! Asyik nak makan free jer.. Halal haram jumpa la dekat akhirat nanti!

(Masa ni BMF masih mundar mandir depan restoran,dekat-dekat dengan satu lori jual burger depan restoran tu..Aku risau jer dia masuk balik dalam restoran pastu mengamuk.. Nasi goreng aku ada separuh lagi ni!!)

Lepas tu aku tengok brader jual burger halau dia jauh-jauh.. Muka BMF macam tak puas hati lagi.. Lepas dia kena halau, baru dia blah.. Menghilangkan diri di stesyen minyak Petron kat depan restoran.Alhamdulillah..takde apa-apa berlaku.. Boleh sambung makan Nasi goreng dengan tenang..

Sambil tu ada la lagi kakak kashier tu merungut-rungut.. Malas aku nak ambil tau dah..

Yang aku peliik tu, orang macam BMF tu wujud jugak eh?? Kenapa dia buat macam tu?? Aku tengok dia normal je..Pakaian okay, siap pakai lebai lagi..Mungkin nak tunjuk macam baik kot.. Takde la compang camping ke, cacat ke..sihat je tubuh badan. Tapi kenapa la buat macam tuu.. Tak takut ke makan makanan haram??

Cakap pun okay jer.. Nak kata gila??? Hmmm.. Wallahualam..Aku malas nak fikir lebih-lebih.. Kang silap judge kang, aku lak berdosa.

Kakak kashier pulak slumber badak je sound orang time customer lain ada kat dalam restoran tu lepas tu tak mintak maaf pun kat kitorang yang ado ni.. Boleh tahan kuat la jugak suara kakak ni sampai aku rasa boleh tersedak la kalau tetiba dia menempik dekat sebelah. Tanjat Boboi!!

Tak sopan la cenggitu.. Aku yang rasa takut! Pasni tak mau dah aku makan kat situ. Tapi makanan dia sedap dan murah.. Hmm tapau je la..

Dulu masa aku sekolah form 2, ada seorang kawan pompuan aku ni memang jenis garang. Dia suka sound2 budak lelaki. Suatu hari tu, ada seorang ustazah ni lalu depan kelas kitorang dan terdengar kawan aku ni tengah sound sorang budak laki ni. Then, ustazah tu tegur kawan aku ni. Dia kata suara perempuan tu aurat. Tak elok bertempik-tempik ni. Tak manis orang tengok. Lepas tu, kawan aku tu terus insaf. Before kena tegur dengan ustazah,dia memang garang. Aku pun takut nak tegur dia. Pantang silap sikit. Lepas kena tegur, dia dah cool sikit, bleh la dah nak bergurau, sepak terajang,,hehehe..

Tapi pesanan ustazah tu bukan untuk dia seorang jer.. Ditujukan untuk semua..dan pesanan itu aku ingat sampai sekarang. Aku kalau cakap pun sopan jer..kepit-kepit jer.. Aurat la katakan..huhuhu.. Tapi kadang-kadang kalau dapat mengilai ngan kawan-kawan yang gila-gila, hilang kepit. PUiii!!!

Oh yer, berbalik kepada cerita brader yang makan free kene marah dengan kakak kashier tadi...

For your information, BMF tu cakap slow jer.. Kepit jer dia cakap. Mungkin dia takut dan rasa bersalah kot.. Ye la, salah dia kan???

Terbalik sudah dengan kakak kashier..hehehe..ye la..sape tak bengang kan?? Kalau dibiarkan, bermaharajalela la BMF tu dengan perbuatan dia tu.. Rugi la kakak tu, kalau asyik nak makan free jer.. Buat nye ambik lauk mahal-mahal ye tak??

BMF tu pun aku rasa tak cerdik.. Kot ye pun, cuba la try modus operandi tu di restoran yang berlainan.. Takde la obvious sangat kan?? Tapi jangan buat kat restoran mamak..Kang tak pasal-pasal masuk ICU kena tabuh dengan pekerja-pekerja kedai mamak yang ramai tu..hahahaha.. Jahatnya aku bagi idea terkutuk ni..

Masa aku nak bayar, aku macam nak cakap camni jer kat kakak tu..

"Kak, lain kali kalau akak nak sound orang laki, suruh pekerja laki ye.. Tak manis la akak terjerit-jerit tadi.. Suara tu aurat.. =)"

Tapi tak keluar... dalam hati je la.. Barangkali aku takut dia sound aku balik kot..hmm.. bila  mau datang keberanian??? Nasi goreng dia sedap... dan murah...

zzZZzzzZZ....





Thanks for reading =) comment le weyh!