Monday, 17 June 2013

JERAWAT

Assalamualaikum w.b.t

Siapa tak kenal jerawat??
Meh sini nak lempang!!
Hahaha..

Aku percaya semua orang benci jerawat.Kira jerawat ni macam musuh utama la kepada kulit.

Punca-punca kulit berjerawat ni ada banyak.. Antaranya ialah:

1) Hormon
Selalunya terjadi kepada remaja yang baru akhil baligh sebab berlakunya perubahan hormon dalam badan diorang. Selalunya jerawat cenggini kalau tak jaga, boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan bayak pada wajah sehingga meninggalkan parut macam kawah bulan. Hehe..

Jerawat ni 'jahat' bagi aku sebab dia boleh meninggalkan parut kekal sampai tua especially bagi budak-budak lelaki yang kita maklum, paling malas nak ambil tau pasal wajah.. Girl okay lagi sebab sebelum matured lagi dah concern dengan kecantikan kulit mereka. Eh??ye ke?? Hehehe

Selain remaja, jerawat yang tumbuh disebabkan hormon ni jugak selalu muncul pada wanita-wanita yang sedang atau sebelum datang haid. Ini menurut pengalaman aku sendiri dan wanita-wanita yang ada disekeliling aku la..Hehehe.. Aku sendiri, kalau lagi dua tiga hari nak period, mesti akan tumbuh jerawat tapi tah hape-hape la jerawat ni. Suka tumbuh merata-rata tempat. Orang lain tumbuh kat pipi ke, dagu ke, dahi ke.. ni tak. Jerawat aku ngada-ngada sikit. Dia tumbuh dalam hidung, dalam telinga, kat kulit kepala, kat pelipat tangan, kat ketiak dan yang paling tak bleh blah, kat kaki dan bla..bla..bla.. Apasal dia tak tumbuh kat muka?? Pelik aku.

Tiap-tiap bulan aku risau memikirkan kat mana dia nak tumbuh. Bulan lepas dan dua bulan lepas, aku terpaksa pergi klinik sebab dia tumbuh dalam telinga. Cet!!

macam ku kenal minah ni...tapi di mana ya??
senget!
  
2) Resdung
Huissh... Resdung ni bahaya tau.. Setiap orang ada resdung, beza kuat atau tak jer.. Macam aku pun, aku ada resdung tapi takde la sampai nak kena buat rawatan resdung bagai.. Alhamdulillah, setakat ni boleh kawal lagi. Cuma kena control sikit dengan makanan seafood dan habuk.

Jerawat yang disebabkan resdung ni memang susah nak dirawat dan selalunya menyebabkan kulit muka yang ditumbuhi jerawat kemerah-merahan dan selalu luka-luka. Ada beberapa orang kawan-kawan aku yang dijangkiti jerawat resdung ni dan kebanyakan dari mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk merawat masalah jerawat dan resdung mereka tapi kebanyakannya tidak berhasil. Kesian aku tengok. Muka diorang comel-comel jer, tapi disebabkan jerawat tu, dah merosakkan kulit dan wajah mereka. Degil betul jerawat ni!! 

Mintak-mintak la resdung aku tak teruk. Dah la muka tak berapa nak comel, kang kalau ada jerawat plak, tak kawen la jawabnya..huhuhu..(bengong!!)

3) Produk Kecantikan yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah.
Ni pernah terjadi dekat aku. Masa tu aku study lagi kat UiTM Jengka. Biasa la, bila tengok kawan-kawan yang ada kulit cantik, mula la nak risik-risik dia pakai produk ape.. Lepas tu aku pun beli produk yang sama dan apply pada kulit aku yang comot tu.. Disebabkan tak sesuai dengan kulit muka aku, bukan bertambah cantik.. bayang-bayang glow in the dark pun takde.. Makin comot ade la!! Penuh jerawat tumbuh dekat dahi aku. Jerawat yang kecik-kecik tu.. Kalau aku tangkap gambar, confirm nampak walaupun dah ditepek dengan seinci bedak.

Lepas aku stop, aku pakai balik produk asal yang aku pakai.. then, okay balik..huhuhu.. Masa tu pakai Safi jerr.. Nampak no kulit aku sesuai pakai produk murahan jer.. Jimat duit aku..huhuhu.. So, takyah gatai-gatai nak ikut orang lagi.. Diorang pakai sesuai, aku pakai jadi selekeh terus..huhu..tobat dah.. hahaha..

4) Make-up
Haaaaa.. ni pun sama macam point kat atas. Tapi make-up ni bukan untuk mencuci kulit tapi digunakan untuk menconteng kulit. hehehe..

Pernah jugak terjadi pada aku.. (ceh!semua pernah!!)

Masa tu aku study jugak dekat UiTM (masa study banyak duit, beli make-up! tak gune!).. Masa ni la nak melawa pergi kelas. Habis, dah semua kengkawan make-up, takkan aku nak tepek bedak ketiak je dekat muka kot.. Nak la jugak bedak tepek-tepek dengan sponge, blusher, liptip, maskarotun, dan eyeshadow..Bajet cantik je! Dah macam badut. Puuiihh!! Kejadahnya nak make-up bagai.. Aku bukan budak OM (office management) pun. Diorang lain la, appearance diorang dapat point. Aku budak CS (computer science) je.. Belengas..

Paham-paham je la, study kat U.. Disebabkan aku stay kat kolej, maka aku pergi kelas jalan kaki. Pagi okay lagi.. Tu pun kalau sampai kat kelas, ketiak dah lenjun. Masa ni, boleh tau siapa yang tak pakai odorono (deodoran) hahaha.. Lepas tu tukar kelas pulak, jalan kaki lagi... Tu tak masuk panjat tangga pergi bilik lecturer bagai.. Percayalah, di saat aku sampai di bilik kolej, muka aku akan berlinang dengan minyak dan ia sangat laaaa.. eeiiii... dah macam opera cina dah. Tu pun kalau make-up tu ada lagi la..

Untuk pengetahuan korang, muka aku kuat berpeluh. Bayangkan peluh + minyak..EEiiyuuuu..
Tu pun bangsa malas lagi nak cuci muka... Lepak-lepak dulu...pastu baru mandi atau cuci muka nak sembahyang.. pastu tepek balik make-up untuk pergi kelas sesi petang pulak.. Boleh bayangkan den jalan tongah-tongah panaeh nak pergi kelas.. Oh gigihnya menuntut ilmu..puuii!!
Tak bernafas kulit aku..

Nasib baik aku cepat perasan perubahan pada kulit aku. Dia jadi merah-merah dan berjerawat sikit. Lagi satu kulit aku macam sensitif sikit kalau kena bahan-bahan kimia ni.. Last-last aku malas dah nak make-up bagai.. Pakai sun block, bedak dan lip gloss jer.. Patut takde boyfriend masa kat U dulu..selekeh!! Ah, lantak la..

Lagi satu, masa aku aktif teater kat U dulu, aku memang selalu kena tadah muka untuk dimake-up kan oleh make-up retis yang tak bertauliah ni yang terdiri dari student-student lembut yang rajin no main make-up.. Paling aku tak boleh lupa bila diorang make-up muka aku jadi setan sebab masa tu aku berlakon bawak watak setan. Ish..Ish..Ish.. Make-up ape ntah diorang pakai! Susah gila nak tanggal. Dekat nak habis sebotol minyak baby Jonson tu aku tenyeh kat muka aku. Sampai esok pagi still ada lagi sebab aku penat sangat dah nak bersihkan make-up tu.. Jadi, aku cuci muka ala kadar je, terus tido. Esok baru aku sambung balik cuci..Hehehe.. Gila pemalas! Dua tiga hari lepas tu, jerawat tumbuh.. Tapi takde la merebak.. Nasib baik.. Aku rasa make-up diorang tak bersih la.. Ye la, main kongsi-kongsi jer.. Eiii yukkss!!
Next teater, aku pakai make-up aku sendiri jer.. Pegang watak orang gaji je pun.. Motif nak make-up bagai???!!!

oh! banyaknya setan??!! 
tetiba rindu zaman ini! hahaha

5) Kulit Berminyak
Dah tau jenis kulit berminyak, rajin-rajin la sikit basuh muka tu dengan pencuci muka yang ada function oil control.. Rasa segar je lepas cuci muka tu.. Baru la takde pori-pori yang tersumbat dengan minyak yang akhirnya mengakibatkan jerawat.

Sebab tu orang yang rajin sembahyang, kulit diorang cantik jer.. Cuba peratikan.. Berkat air wuduk yang diambil secara tak langsung mencuci kotoran yang ada di wajah dan juga mencuci dosa. Huhuhu..

Bukan aku nak cakap orang yang muka banyak jerawat tu malas sembahyang pulak. Jangan nak pusing auta eh!Maksud aku air sembahyang tu salah satu cara untuk mencuci muka bagi mengelakkan minyak atau kotoran tersumbat di ruang pori-pori yang menyebabkan terjadinya jerawat...huhuhu

7) Jari/Tangan Korang Sendiri
Ni mak aku yang cakap. Nak tau tak nape?? Haaa.. meh nak habaq maii..
Sape sini suka kutil(garu/cungkil) jerawat macam aku?? hahaha
Tau tak bila kita kutil jerawat tu, kuman yang ada kat jari kita tu akan menjangkiti pulak bahagian kulit yang lain.. Pandai mak aku kan?? Ni petua orang dulu-dulu katanya.. Pandai kan orang dulu-dulu?? Padahal Mak pun kena marah dengan Opah masa dia muda-muda dulu sebab dia kutil jerawat. Habis jerawat satu muka. Boring katanya...so, sambil menung-menung tu, dia kutil la jerawat..Hahaha..Boleh??

Skarang, Mak pulak marah aku..hehehe.. Kalau aku kutil jerawat depan Mak aku, kompom tangan aku kena pukul tanpa sebarang amaran diikuti bebelan yang berpanjangan. Hehehe..
Tapi masa aku kat U, (U lagiiiii)... takde sape pun nak pukul tangan aku dan takde sape pun nak leterkan aku.. Jadi, aku gunakan peluang untuk kutil jerawat dengan sebaiknya..Nikmat dowh.. Pastu tak sedar jerawat dah banyak kat dahi.. Balik cuti sem, kena tadah telinga sambil tangan garu-garu kulit kepala.. (gian nak kutil jerawat tapi takut Mak nampak).. Berkat bebelan Mak aku, Alhamdulillah..jerawat aku makin sikit dan sampai sekarang tak berani nak tumbuh dah. Kalau ada pun, aku buat tak layan jer..

Mak cakap, kalau kita kutil jerawat batu atau jerawat yang ada 'nasi' tu, parut dia akan tinggal kat muka dan lambat hilang dan sememangnya betul cakap mak. Susah tol nak hilang..

Tangan kita pun sebenarnya banyak habuk atau kuman yang kita tak nampak. Selalulah basuh tangan dengan sabun antibakteria. Kalau malas, jangan pegang muka direct dengan tangan. Gunakan tisu ke, sapu tangan ke.. Janji bersih. Awas, kuman ada di mana-mana..hehehe

Bayak lagi punca-punca terjadinya jerawat ni. Apa yang aku listkan kat sini ialah berdasarkan apa yang aku tahu dan dari pengalaman aku sendiri. korang pun mesti tau kan??

Okay kali ni aku nak share satu petua turun temurun yang diamalkan oleh keturunan sebelah bapak aku untuk elakkan kulit muka menjadi port jerawat datang singgah melepak..Hehehe..

Petua ni rahsia keluarga tapi aku share kan just sekadar tips yang boleh digunapakai.. Terpulang la nak percaya ke idokk..huhuhuhu

Tapi ni untuk bacaan kaum hawa jer yerr.. kalau rasa-rasa korang lelaki, ada halkum, pergi main jauh-jauh.. Kalau pondan, baca je la.. aku izinkan..hahaha

Camni.. menurut Mak aku, Opah aku sebelah Abah, ada bagi tips camne nak kulit licin tanpa jerawat. Tapi mak tak boleh nak 'buat' dah sebab dah terlebih tempoh berkesan. Hahaha..

Opah kata tips ni adalah untuk anak-anak perempuan yang baru akhil baligh means hari first dia datang period, dia kena 'buat' camni..

Masa first period, selalunya kita tak sedar pun kita dah datang period kan?? Jadi, selalunya darah haid tu akan terkena pada pakaian kita. Jadi, Opah cakap, ambil pakaian tu (spender,seluar atau kain yang kena darah haid), basuh sampai cuci tanpa menggunakan sebarang jenis bahan pencuci, then sapu dekat wajah..sambil tu niat la supaya kulit cantik, licin tanpa jerawat.. Jangan tenyeh pulak.. Lap-lap jer.. Pastu tunggu dalam beberapa minit, basuh muka dengan air bersih..

Aku tak tau la mane punya petua la opah aku dapat.. mungkin mak dia turunkan kat dia kot.. Eh! Opah aku anak yatim.. huhuhu.. Makcik dia kot..

but it works!! (maybe~~) sebab aku tengok aunty2 aku semua kulit licin-licin jer.. Tapi pokcik-pokcik aku semua ada kawah bulan termasuk Abah..yelaa.. diorang tak cukup syarat..hehehe..

Dan yang lebih menguatkan andaian aku ialah cousins aku semuanya kulit licin even kulit hitam manis pun.. Adakah tips Opah ni jugak diturunkan kat depa??Hehehe...

Tak tau la kot-kot diorang memang betul-betul menjaga kulit diorang dengan menjaga kebersihan dan mengamalkan petua-peua lain ker.. Tapi family sebelah Mak aku bersepah yang ada jerawat termasuk semua makcik2 aku..ahaha

Korang rasa-rasa aku pernah buat tak tips Opah aku ni?? hehehe

zaman belengas masa kat uitm dulu
nak derma darah tapi tak lepas.Poyo je lebih!

k, next entry plak..


Thanks for reading =) comment le weyh!