Friday, 28 December 2012

Aku Dipukau???

Assalamualaikum w.b.t

Suspend je tajuk entri ni kan??
heheheh

Sebenarnya aku bukan la dipukau dalam konteks ilmu mambang hitam atau santau tapi aku dipukau oleh tuturial dan tips-tips untuk blogger nubis macam aku nih.

Hobi aku skodeng blog orang terutama yang banyak tips dan tutorial.
Contohnya blog Cik Lyssa Faizureen kite ni. Memang tak menang otak la kalau aku nak tengok setiap tutorial dia. Jadi, aku ambil masa sikit nak mendalami ilmu berblogging ni dari beliau. Memang banyak membantu betul. Dah la comel, tak kedekut ilmu pulak tu! Menantu sapa la ni ye?? hehehe

Lepas tu, aku usya-usya blog lain pulak dan aku terjumpa jugak la blog yang lebih kurang macam blog si Lyssa ni. Contohnya blog budak Nabila ni.  Banyak gile tutorial. Suke..suke.. tapi boleh berdarah la hidung kalau aku nak habiskan satu hari mengaplikasikan tutorial tersebut ke atas blog yang hidup segan mati tak mau ni. hehehehe..

So, slow-slow la ye.. Aku bukan nak buat blog cantik-cantik tapi aku cuma nak sampaikan ape yang aku rasa aku nak sampaikan (hancur ayat!). At least nanti bila aku dah tua nanti, aku boleh baca balik apa yang aku type dan simpan dalam blog ni. Maklum la, dalam otak aku ni ada pemadam yang kebelakangan ni macam rajin pulak buat kerja-kerja memadam ni. Haizzz...

Tapi aku surius kagum gila dengan budak-budak muda sekarang (cewah macam dah tua sangat rasenye) sebab mampu create blog yang canggih-canggih, gempak, marbeles, kawaii, sampai ternganga la aku nengok codingnya. hahahaha.. Bagus..bagus.. tu tandanya belia-belia di Malaysia semakin cerdik IT. Aku je yang slow lagi. haisssyyy...

Terima kenyataan diri ini sudah suku abad hidup di atas muka bumi ini..huuuuuu...



Thanks for reading =) comment le weyh!