Friday, 28 December 2012

Biskut Beras

Assalamualaikum w.b.t

Morning!! ^_^

Semua dah breakfast pagi ni??
Belum???

Aku dah!
Makan nasi goreng kampung + 2 ketul sosej .
(*kedarah tak hengat!!)

DIET????

Ahhhh..fedulik! Aku malas dah! Hahahahahahahahahahahahaha

Okayla, kali ni aku nak share pasal biskut yang aku selalu makan untuk breakfast masa aku on diet dulu.
Sekarang pun kalau aku rasa malas nak makan nasi, aku hentam biskut beras ni je. Cemane le gamaknye rope biskut beras ni ye?? Tengok gambar kat bawah ni. =)

 Biskut Beras 3 perisa

 kiri: seaweed flavour
tengah: tak tau nak explain macam mana tapi biskut dia rasa lemak-lemak masin sikit, pastu yang putih-putih macam snow tu manis sikit. Yang ni aku tak minat sangat. Tapi saja beli sebab nak rasa.
kanan: Perisa seaweed jugak tapi pedas sikit.

 Ni biskut beras yang paling aku suka. (kanan).
Seaweed ni pun aku suka jugak time aku rasa nak gigit-gigit. Tapi kalau nak kenyang memang tak sesuai la.

 Aku kumpul semua dalam plastik cenggini sebab locker kat opis aku tak muat nak sumbat biskut-biskut bertuah ni. hehehe

Walaupun plastik dia ada tulisan cina, tapi ada logo halal. So,aku memang takde langsung perasaan was-was nak makan biskut-biskut ni.

Dulu pernah la ada sorang member aku tegur aku kat facebook pasal biskut ni. Cenggini ayat dia:

"Eiiii.. ada tulisan cina!! Takut..takut..!!"

Vodo ape??? Tulisan cina pun ko nak takut. Aku malas nak melayan orang-orang cenggini. Dia nak cakap yang biskut ni haram la konon..Padahal yang rokok ko hisap tu dah sah-sah fatwa cakap HARAM!! Tapi ko hembus jugak sampai bibir ko pun dah hitam macam tar jalan.

Kalau ko was-was nak makan biskut ni, tak payah la nak provok aku dengan ayat cenggitu. Menyampah hokey!! Biskut beras je pun.. Lagipun aku memang takde perasaan was-was langsung makan biskut ni.
Okay let that vodo guy alone!!

Berbalik kepada biskut ni, biskut ni cepat mengenyangkan bagi aku. Kandungan protein dan karbohidrat dia pun tinggi. So, kalau ko breakfast 2 keping biskut ni (sebungkus) je pun, ko dah boleh bekerja dengan rajin. (Rajin ke???. Pe kena mengena??)
huhuhuhu..

Ye la, macam aku ni, aku tak boleh ambil heavy breakfast macam nasi lemak, nasi goreng, atau mee sebab nanti belum pukul 12pm, mata aku ni dah berat semacam rasa nak membuta je. Tu belum masuk lunch lagi. Hehehehe.. Kalau aku ambil heavy breakfast, aku lunch makan biskut-biskut comel ni je sebab kalau aku lunch makan nasi jugak, kompom dalam pukul 3pm gitu, ada suara orang berdengkur dalam opis. Oh!! Horror!! Huuhuhu

Biasa la, keje aku tak busy sangat. Lain la kalau aku kena pergi hantar invoice kat kastam, takde la aku mengantuk. Projek pun tak masuk lagi. Bila ntah Dato' nak assign aku untuk projek yang melibatkan IT ni. Susah betul nak dapat system untuk set scanner ni. Kedekut bebeno engineer dari China ni nak share teknologi diorang! Ah! lantak! malas nak pikir. Kang dah banyak keje kang, ko jugak yang stress linda!!

Okay la, tu je yang aku nak share pasal biskut beras ni. Sesapa yang nak diet, aku syorkan makan biskut ni je. Makan la tanpa was-was! Heheheheheheheh..

Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!