Monday 24 December 2012

Esok Cuti!! + Banjir

Yeah...
Esok cuti sempena Christmast.

Jadi plan aku esok aku nak pergi jumpa budak-budak rumah baru yang bakal aku duduki tak lama lagi dekat TTDI. Esok aku perlu sediakan deposit untuk 2 bulan + deposit utilities. InsyaAllah, hujung bulan ni aku bakal menetap dekat situ pulak.

Maksu aku terkejut jugak bila aku bagitau dia yang aku dah cari rumah lain. Dia nak suruh aku stay dengan dia lagi tapi aku segan dowh. Even dia cakap aku boleh tengok-tengokkan anak-anak dia, aku rasa macam tak selesa pulak duduk rumah orang lama-lama. Kesian pulak aku tengok anak-anak dia. Semakin hari semakin membesar. Takkan diorang nak membesar dalam persekitaran rumah yang agak crowded bagi aku.

Takpe, sekali sekala, aku datang la jenguk-jenguk diorang. Bukan jauh pun. Dalam Shah Alam jugak..Pi Mai Pi Mai tang tu jugak...

Cuma satu perkara yang aku risau sekarang ni. Sekarang ni musim hujan. Hari Jumaat lepas, berlaku kejadian banjir kilat dekat Seksyen 13 area Stadium Shah Alam. Kawan aku kata dah macam air laut dah dekat stadium tu. Banyak jugak la kereta rosak sebab tenggelam dalam banjir tu.

Pagi tadi aku bersembang dengan Akak Cleaner dekat opis aku ni, dia cakap rumah dia pun banjir. Padahal dia duduk dekat Seksyen 22 ni je, blakang opis aku ni jer.. Pun boleh banjir. Lepas tu, dia cakap, kalau seksyen 13 boleh banjir, TTDI pun boleh banjir sama.. Aku macam WHAT??? hoih..hoih.. aku nak pindah situ weyh...

Haizzz... ni yang aku tak senang perut nih.. Semalam pun Mak beriya call aku tanya pasal kawasan TTDI tu pernah banjir tak?? Aku pun baru teringat dekat belakang blok apartment yang aku bakal sewa tu, ada SUNGAI!!!! lalalalalala... abes la aku.... abes la...Nak cancel ke tak nak ha??? Hmmm.. takpe la, esok aku discuss dulu dengan bebudak rumah tu.. Andai kata pernah berlaku kejadian banjir di situ, mungkin aku akan pertimbangkan balik samada nak stay jugak kat situ atau tak. Hmm.. bukan ape, risau jugak la.. Kang kalau dah kereta tenggelam dalam banjir,naya!! Aku dah la tengah pokai ni.. Wakakakakaka....

Apa-apa pun, esok confirmkan balik! Huuuuuuu ='(

 Gambar ni aku ambil depan office Nana dekat Seksyen 13 hari Jumaat lepas.
Lebat betul hujan dia time ni.
Tak sangka malam tu terus banjir.

 Motif sebelah office ada butik??? Siap ada SALES lagi tu.
Nasib baik la Nana ni bukan kaki shopping macam aku. 
hehehehe..

 gambar atas & bawah: Aku snap masa nak pergi Aeon Bukit Tinggi dengan Nana hari Sabtu lepas.
Masa ni baru nak hujan. Elok je lepas parking, terus mencurah-curah hujan nye. Nasib baik ada payung dalam kereta. 

Sekarang ni musim hujan. Di Dungun, Terengganu dah banjir. Kesian betul penduduk yang kena banjir ni. Setiap kali banjir, berapa banyak diorang rugi. Barang-barang electrik especially, mesti rosak kalau dah terendam dengan air banjir tu. Lepas tu bila dah surut banjir, satu kerja pulak kena cuci lumpur dalam rumah.

Nak buat macam mana, kuasa Allah. Tu semua peringatan untuk kita. Bagi mereka yang sabar dengan dugaan Allah ni, insyaAllah, ganjaran menanti anda. Berprasangka baiklah terhadap Allah s.w.t.

Alhamdullillah setakat ni, rumah mak pak aku tak pernah kena banjir. Even though berek polis dekat Gerik tu selalu jugak kena banjir, tapi rumah diorang tak pernah kena banjir sebab diorang duduk tingkat 2. Dan blok yang mak pak aku duduk tu jauh dari sungai dan bertanah tinggi sikit...Hehehehe... Alhamdulillah.. Hopefully TTDI tak banjir la.. Hohoho.. Motiippppp????

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment