Tuesday, 18 December 2012

Lepak di Hari Sabtu

Hye.
Aku tengah mengantuk ni. Tadi makan Ayam Penyet Best kat food court Alamanda, Putrajaya.
Ramai gile orang... Hehehehe... Paham-paham je la... Orang gomen dapat bonus.. hehehe..
Abah aku pun dapat pe...hahahahah..paanggg!!!

ok, enough for the intro..

Sabtu lepas, dikala aku tengah tidur (12.15pm).. Ada mesej masuk. Safwa mesej aku ajak keluar. Aku yang memang bangsa bangkit tengahari ni, mamai-mamai baca mesej, pastu terkebil-kebil. Pastu terus ambil towel, masuk bilik air, mandi. Tu maknanya aku agree la nak lepak dengan beliau walaupun aku tak mesej dia pun yang aku setuju nak keluar dengan dia. Apa-apa pun, mandi dulu...

Nana takde, pergi kerja.

Kebetulan Maksu aku sekeluarga pergi Langkawi, so takde sesape dekat rumah. Aman je aku tidur.. Hehehe.. Maid pun ape lagi, ambil kesempatan tak masak. Beliau makan Maggie je kot. Ah, lantak la.. Biar la dia rehat. Kalau masak pun, takde sape nak makan. Aku pun nak kuar dah..

Dalam 40 minit pastu, Safwa sampai. Aku dress up simple dan serabai jer.. Malas aku nak melawa. Kalau keluar dengan pakwe, takpe nak melawa! Muahahahaha...

Terus shoot pergi makan dekat Seksyen 7 dulu. Kat mana lagi kalau bukan dekat medan selera tempat favorite aku. Safwa pun dah suka makan dekat situ. Makcik situ dah kenal aku dah. Setiap kali datang, bawak pendatang baru. Mesti dia suka dengan marketing service yang aku bagi free je kat dia tu. Tak kesah la makcik. Kan makcik dulu selalu bagi saya tapau Gulai Lemak Siput Sedut free... Muehehehehe...

Lepas makan, pergi Aeon Bukit Tinggi.

Disebabkan dah hujung tahun ni, maka setiap kedai ada SALES!!!

HAMPEH TAU!! Duit gaji aku dah kopak. Ye la, haritu repair kereta, ganti side mirror, beli kipas la bagai.. Lari budget aku. Maka, aku jalan-jalan cari pasal je la...

Mula mula aku masuk kedai jual asam. Sawan sekejap sebab aku tak boleh makan asam walaupun aku suka. Aku dalam proses nak menguatkan daya ingatan aku ni. Tiap-tiap hari aku telan Kismis Tok Guru. kang kalau makan asam masin kang, sia-sia je. Jadi, aku tengok-tengok je la.. Si Safwa beli la jugak. Aku TAHAN lagi.... sabaar...sabar...

 Pekerja kedai ni tengah bungkus asam masin. Sebungkus tu dalam 100 g kalau tak silap. So, senang kalau nak beli. Tap payah susah-susah nak timbang. 
Harga berpatutan.

Ni favorite aku. Tapi takleh makan jugak. Manis ni.. Diabetes!! hahahaha

 Masuk ni dah berapa kali ntah si Safwa ni tawaf kedai ni.. Rambang mata wooo..

 Asam yang tepi sekali belah kiri tu favorite aku masa kecik-kecik. Letak dalam aiskrim asam masin yang mak aku buat.

 Dekat lobi utama. Dah dekat nak christmast.. 
yeay!! cuti!! hehehe

 Setiap kedai ada sales!! gile!!
50%, 70%, 80%!!
haizzz...

 Pastu aku ternampak Daiso dekat sini. Safwa kata baru bukak. Aku masuk ingat nak cari masker yang maksu aku selalu pakai tu. Cari-cari, tak jumpa. Pastu keluar takde beli apa-apa. Barang-barang dalam Daiso ni semua RM5 je. Besar ke, kecik ke, semua RM5. Kedai dia dekat sebelah kedai Hinode (pun kedai RM5 jugak). Motif bukak kedai sebelah-sebelah??????

Safwa cari barang-barang untuk nak buat hantaran dia. Aku tunggu dekat luar sambil usya-usya orang dan mamat-mamat handsome yang lalu lalang... cehh!!


 Semua product Jepun je kat dalam Daiso ni. Makanan dia memang takde tanda Halal. Hehehehe.. So, jangan beli makanan dia ye. Benda lain takpe beli.

 Ni Tako Tao sotong.  Aku beli dekat sebelah kedai jual sushi dekat dalam JJ yang bawah sekali tu. Yang ni orang Melayu yang buat. Sedap. Hehehehehe.. 
Selain sotong, ada udang, ayam, dan belut. Next time nak try Onagiri (belut) plak. Hehehe..


 Adoiii..sape la yang tangkap gambar aku ni?? Failed!!
Tido!! hahahahahah
*Serabai tak aku??
Ahh..Malas!!

Sebelum balik, aku sempat beli 1 t-shirt dekat T-Zed sebab murah. Sales la katakan. Wa pun beli sehelai.
Bagus betul semua kedai dalam Aeon ni. Hari Sabtu memang diorang takkan kasi beg plastic. Dah macam mencuri baju je aku bawak baju tu. Next time, hari Sabtu, jangan lupa usung beg recycle kemana juga anda pergi ye tuan-tuan dan puan puan...

Balik tu singgah rumah Wa dulu, solat. Lepas Maghrib, Wa hantar aku. Nasib baik maid dah ada dekat rumah. Sebab sebelum tu Nana ada call, bagitau maid keluar jap jumpe husband dia dekat KL.. Tak bleh blaaa... Dating kat KL weh... Aku?? Aeon Bukit Tinggi je. Muahahahahaha...

Hari Ahad, Wa ajak aku makan Ayam Penyet dekat Padang Jawa. Aku ajak Nana, dia tak mau. Penat konon!! So, aku drive pergi Padang Jawa. Famous la Ayam Penyet dekat situ. Setiap kali pergi situ mesti ramai. Lepas makan aku takde pergi mana-mana pun. Balik rumah terus. Berlambak lagi drama Korea menunggu untuk aku tengok. Hehehehe....


Sekian terima kasih.



Thanks for reading =) comment le weyh!