Friday, 7 December 2012

Disondol dan yang Menyondol

Pagi tadi aku dapat call dari adik aku, dia bagitau aku, ada orang langgar kereta dari belakang. Perempuan!! Adik aku dah ambil no phone dia tapi lupa nak save dalam phone. Pandaiiiii...
Lepas tu nangis-nangis telefon aku... Rileks ar....

Nasib baik dia dah ambil no plate kereta akak tu. Nama akak tu Az***. Dia staff PKNS tapi kerja dekat Damansara. Pagi ni dia ada meeting dekat PKNS. Disebabkan dia nak cepat, maka, dia bagi contact number dekat adik aku. Adik aku punye gabra sampai lupa nak miskol akak tu. Paling sadis lagi beliau lupe nak save number akak tu..Adoyaiii...

 Sedih aku tengok. Mesti tenggiling ni sakit. Aku kena bawak dia jumpa doktor cepat ni.

Nampak tak sensor yang dah tercabut tu?? Siannye..
dah berlubang.....

Lepas tu aku call Abah, tanya apa yang patut dilakukan. Aku cam biasa la, kalau bab-bab kereta ni memang aku refer Abah. First time kena cenggini. Tak pernah lagi orang tersondol bontot kereta aku sebelum ni.
(This is my first time....) *Sebut dalam cara ko innocent tahap pondan!

Disebabkan akak tu nak setlle kat workshop esok, maka tak perlu buat report polis ni bagai. Setle cara adik bradik la konon..(Aku dah report kat bapak aku tu kira report polis la jugak kan?? Bapak aku kan polis..hehehe)

Tapi disebabkan no phone dia dah hilang, maka Aku suruh Nana pergi JPJ untuk semak nama pemilik kenderaan tapi JPJ tak boleh nak tolong. Diorang just boleh bagi no nama and address je la. No phone tak boleh nak trace. 

Lepas tu Nana gamble pergi cari akak tu dekat PKNS. Nasib baik jumpa. Fuhh!! Gasak ko la..sape suruh ko lupa nak save no phone tu. Benda penting camtu pun leh lepas pandang! Bior die rasenye...Takpe, ni experience. Pengalaman mengajar seseorang tu supaya lebih matang. Dalam pada masa yang sama, aku pun dapat belajar sekali dari pengalaman ni.

So, tugas aku sekarang nak cari workshop yang boleh repair apa-apa yang patut dalam masa yang singkat. kalau boleh, sehari je. Malas aku nak letak kereta dekat bengkel lama-lama. Member aku suggest dekat Seksyen 25,area Seri Muda. Dia kata cepat tapi ongkosnya tinggi.

Ahh!! Fedulik ape!! Bukan aku yang kena bayar. Orang yang langgar tu yang kena bayar.
Tu la, sape suruh bawak laju lagi. Depan Giant tu memang jam, sempit. Bawak la slow-slow. Jangan follow terlalu rapat. Kan dah kena kopakkan duit ko..haiiyyyaaa..

Tu la, sondol lagi kete aku!!! Tanggung la...

*Tadi pergi Alamanda Putrajaya, semua kedai kasut ada SALES!! 
Year End Sales..biase la.. Aku plan kalau kereta siap, nak pergi beli Sneakers Converse satu. Ngehngehngeh..

Thanks for reading =) comment le weyh!