Wednesday, 12 December 2012

Random

Assalamualaikum..
Morning alls...

Kali ni aku buat entry random jer sebab aku malas! Hahahaha..
Ni sat g nak kena pergi Putrajaya pulak..
Ape lagi, jumpe pokcik kastam le antar invoice. Dah! Malas!!

1) Kereta aku okay dah. Aku hantar dekat bengkel seksyen 25. Tapi bunyi reverse sensor macam tak best pulak. Bunyi macam orang sembelit kentut tak lepas. Haaaa... Hambik! Geram aku!! Pasni aku nak pergi balik bengkel tu tanya apasal bunyi dia cenggitu?? Pastu pulak, dia lambat detect, even kereta belakang dah dekat dengan bonet kereta aku. Tak macam sensor yang dulu, ada jarak dalam 100 cm lagi, dia dah alert. (*Yo Yo or je aku 100 cm). Ni yang aku nyampah ni. Ape aku nak jawab ngan Apak aku nanti? Haizzz..
Total cat dan ganti sensor semua RM430. Akak yang langgar tu la yang bayar...

2) On da way nak hantar kereta pergi workshop haritu, aku tergesel dengan lori yang park dekat tepi jalan. Bodo punya lori!! Dah tau jalan sempit, ko g park dekat tepi jalan. Disebabkan terlampau rapat, maka side mirror aku jahanam!! Cerminnya retak seribu. Maka, kopak la poket aku membayar RM175 untuk ganti 1 set side mirror tu. Adeh...

3) Oh ye, sekarang aku tengah layan satu lagi drama Mickey Yuchoon. Tajuk dia Miss Ripley. Heroin dia Lee Da Hea (My Girl). Semalam baru layan sampai episod 2. Aku tau cerita ni pun pasal adik aku yang bagitau. Drama Rooftop Prince aku dah habis tengok dah. Sekarang tinggal drama I Miss You je yang tak habis lagi sebab aku tengok kat Maaduu.com. May Queen pun dah dekat nak habis dah. Tinggal lagi 4 episod je. Huahahahahaha....

4) Semalam cuti. Aku tak buat apa pun. Malam tu baru aku keluar pergi dobi baju dekat Seksyen 7. Lepas tu pergi beli kipas sebab kipas dekat rumah dah jahanam. Kopak lagi duit den.. Adoyai..

5) Aku rasa macam nak melabur dalam ASB. Mungkin aku akan start tahun depan. Tapi aku nak mintak pendapat kengkawan aku dulu, which bank is better. Sepupu aku kata CIMB. Pakcik aku suggest RHB. Pastu aku ada ternampak satu pamphlet dekat Maybank ni. "Simpanan Bijak" kalau tak silap. Dia ada pelaburan+insurans+medical card+pencen. Macam menarik jugak.. Hmmm.. Anyone???

6) Diet aku hancur. Sekian terima kasih.

7) Nak cari converter yang boleh convert Microsoft Project to PDF file. Setakat ni pelbagai usaha telah dilakukan namun masih gagal memperoleh jalan penyelesaian. Nak try Cutepdf pulak. Haizzzz..

8) Ayah aku cakap nak datang Shah Alam hujung bulan ni.. Oh yes!! bestnye.. kalau gaji aku masuk awal, nak bawak diorang jalan-jalan. Oh ye!! Cuti aku ada 2.5 hari lagi. Tapi aku rasa macam taknak cuti je. Boring kot kalau cuti. Mati kutu duk rumah. Nak jalan-jalan, takde geng. haizzzz....

9) Pagi ni aku sampai awal.. Selalu lambat jer... heheheh... Tadi awal sebab hantar Maksu aku pergi kerja dekat Glenmarrie. Kereta dia rosak lagi.. Bateri la tu.. Semalam masa aku sembang dengan maksu aku, dia bagitau aku, dia tak tau pun macam mana nak bukak bonet kereta dia. WHAT???? Abis tu sepanjang Paksu duk oversea dulu, dia tak pernah bukak bonet enjin tu!!!! Abis tu, macam mana dia isi air?? Tangki air tak pernah check ke?? Nanti aku tanya dia balik. Adoyaiiiii... Macam ni pun ada kaaaa?? Hahahahahah

10) Aku dah pokai. Okay Bye. Nak keje.Hehehehe

Thanks for reading =) comment le weyh!