Monday, 24 December 2012

Tetiba Nak Buat Entry cenggini...

Rasa macam nak buat tutorial..
Tapi macam takde ape yang aku nak tutorialkan sangat..Hahahaha

Okay la, cenggini ceritanya.....

Masa aku pergi DAISO dekat Bukit Tinggi, Klang Sabtu lepas, aku jadi sawan sekejap sebab stock masker yang menjadi kegilaan ramai sudah sampai di sanaa....!! Last week aku pergi, takde lagi!!

 Masa aku dan Nana tengah belek-belek kotak hadiah ni, ada tersesat pulak masker ni kat situ.

Ni kerja orang yang dah ambil barang, pastu rasa nak cancel, terus letak suka hati je dekat mana-mana pun. Ni kes malas nak letak dekat rak asal dia balik la ni... Biasa ni.. orang Malaysia memang suka buat camni.. 
Tak caya pergi Tesco. Kang frying pan boleh ada dekat partition undergarment. Hehehehe

  Tapi thanks kepada si Anonymous yang letak masker tu kat situ.
Dia macam bagi petunjuk pulak dekat aku yang stock baru dah sampai weyh!!1
Apa lagiii!!!! SERBU!!!!


Disebabkan gaji tak masuk lagi, aku dapat grab 3 ketul je..
Huhuuhuhuh...

So, nak tutorial mende?? Gambar tu pun dah menjelaskan segala-galanya..hehehehe

Masker ni memang selalu jadi rebutan. Dekat Daiso IOI Mall, Puchong, asyik habis je. Orang akan borong banyak-banyak sekali. Ye la, murah.. RM5 je satu. Tapi best wooo masker ni wa cakap sama lu..

Cara nak pakai dia, lepas basuh muka, tenyeh je rata-rata dekat muka. Jangan sampai terkena rambut, bulu kening, bulu hidung, dan mulu mata.. hahahaha.. Kalau terkena, nasib korang la. Nana dah jadi mangsa. Bulu kening dah tobek sebelah. Hahahaha...

Korang pakai la dalam 15 minit, atau tunggu sampai kering, then baru tarik. Tarik dari bawah dagu bawak ke atas. Lepas pakai ni, kulit korang terasa licin je. Habis semua black head dia cabut. Pakai seminggu 2 kali je. Disebabkan kulit aku spesies kulit buaya, maka takde la aku mengalami alahan apa-apa pun. 

Malam tadi nak pakai tapi khusyuk tengok Running Man, sampai lupa nak pakai. 

So, sesapa yang rasa-rasa nak try, boleh cari masker ni kat Daiso. Better la dari masker Garnier. Heheheh


Thanks for reading =) comment le weyh!